Quantcast
Channel: Blogger. Model.Vlogger
Viewing all 336 articles
Browse latest View live

Pengalaman naik helikopter round Kuala Lumpur - KL Sky Tour

$
0
0
Hey Hey korang . 
Alhamdulillah happy sangat!
Best gilaaaaaa dapat terbang tadikkkkk .. Lagi lagi dapat round KUALA LUMPURR . Dulu berangan je kan nak naik heli round Malaysia hhe . Hari ni dapat naik Heli round Kuala Lumpur . First time dalam hidup naik heli taw. Nak lompat lompat jerrr  ! HAHA best!
Rasa  nak naik lagi . Seronokkk tak tahu nak cakap apa hehhehh


  Wuhuuuu! Eksaited ibuuu! 




Kalau korang nak tahu ini salah satu tarikan terbaru di TASIK TITIWANGSA . So kalau rasa nak ada pengalaman best macam Mar jomlah ke sana ! . Sekali seumur hidup pun dah okay . Asalkan ada juga pengalaman yang korang impikan . Bagi Mar pengalaman tu lah Memori hidup . Semua tu lah akan buat kita happy . Seriously Mar memang suka kumpul kenangan hhe . Sebab tu lah nama Putery Memory kan, hiks !



Yuhuuu . Bye semua ! Nak terbang ke hati awakkk  jap .Eh .. HAHAH ! 
credit pic : Blogger Ben Ashaari

Bismillah . 
Jangan lupa baca doa okay . Masa kami nak fly baca Bismillahirahmanirrahim , tetiba je pilot kami ikut baca gak . hhah . Terbaik!


 Seronok bersama dua kawan blogger Mar . Dua dua polis okay .  
Dari kiri  Blogger umminani & Kanan  Blogger shiqeensattar 

Kenalkan pilot sporting kami . Dato' James Ashley Greaves . 

  Bila korang fly pilot akan bagitahu semua permandangan yang kita akan nampak . Beliau akan cakap satu persatu pehhhh . Dia pulak lebih tahu pasal KL . hhu 

 Ini permandangan dari Heli yang sempat Mar rakam . Cantik kan! Allahu


KL SKY TOUR DI TITIWANGSA HELIPAD

Okay korang . Bagi Mar okaylah harga dia . Naik Heli kot . Tak kan nak memurah . Harga dia berbaloi lah dengan pengalaman berharga yang kita dapat ni .

HARGA Bermula dari RM198 seorang .
Korang boleh pilih korang nak rasai pakej yang mana okay . Takpe korang, simpanlah duit dulu taw. nak travel pun kita sanggup menabung , ini pengalaman yang best untuk tengok permandangan di udara. Mar tahu semua orang teringin kan . Yang penting memang best puas hati!

1) THE KL EXPRESS
RM198 per person + 6%GST
6minutes
 Korang boleh view sehingga  KLTower, Merdeka Square, National Stadium & view KLCC !

2)THE CITY EXPLORER
RM488 per person+ 6% GST
15minutes
Discover sehingga ke Batu Caves site of the annual Thaipusam festival.

3)THE JUNGLE ESCAPE
RM960 per person + 6% GST
30 minutes
Huyyoy yang ni best untuk lihat hutan alam semula jadi . Quartz Ridge sehingga Batu Dam!

4)THE MOUNTAIN VIEW
RM1388 per person + 6% GST
45minutes
Fly & boleh lihat permandangan Genting highlands? !Wah yang ni mesti cantikkk gila,  patutlah padan dengan hargaa . Fuh lagi seronok!

*semua pakej ni hanya untuk 3 penumpang dalam 1Heli & jangan risau semua dicover oleh insuran .

Korang tahu tak mereka akan berada di Pulau Pinang , Melaka , Johor , Terengganu  dan Langkawi jugak taw . Tasabar Mar nak try kat langkawi pulakkkk . Doakan ! hhew

Alhamdulillah . Saya dah. Korang pulak hokayyy . Siyes Seronokkkk .

Ahhhhaaaa ! Waitt korang nak tengok video tak ?? Jom layan .
 Klik  - 

TEMPAT:

TITIWANGSA HELIPAD,
Tasik Titiwangsa , Titiwangsa,53200,Kuala Lumpur ,
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ,Malaysia



CEMPAKA HELICOPTER CORPORATION SDN BHD

Sales Line : +0192586818 | Email : info@klskytour.com

INSTAGRAM : klskytour
TWITTER : Klskytourbychcs
WEBSITE : www.klskytour.com

Kalau korang nak tengok pengalaman yang dah rasai heli best ni
boleh cari melalui hashtag #klskytour okay !
atau follow instagram Mar
@puterymemory


Lets Fly with them! 





Tak pernah sambut besday? Yeke?

$
0
0

Assalamualaikum semua . 
Mesti seronok kan kalau dapat sambut besday dengan famili! Urm . Seumur hidup serious tak pernah sambut . Memang dalam famili tak pernah sambut besday sesiapa pun . Sambut besday ni biasa je . Macam biasa . Tak penting sangat pun . 

Biasa kalau orang yg selalu sambut ni mungkin diorang memang pentingkan untuk mengingati hari kelahiran setiap adik beradik, anak, anak, ibu bapa & yang lain . Sebab sambutan hari jadi ni kan asalnya dari orang bukan islam. Sebab tu tak penting kot bagi kami anak beranak . Lagipun takperlu membazir kan. Lagi lagi aku yang adik beardik ramai ni . Huhu 


Tapi sebenarnya best kalau sambut untuk ada memori. 
Lebih lebih lagi aku yang suka kenangan ni . HEEE .
Dalam hidup aku .  Dalam famili pernah sambut besday Mak aku . Masa aku di sekolah menengah . Memang best . Itu aku lah yang buat suprise . hhe


Thanks kawan aku di universiti yang beli kek besday depan mata aku ahhaha . 
Atleast ada jugak aku kek hari jadi . hahha kelakar pulak . 
Masa ni sambut besday aku yang ke 21 . Wahhh sekarang umur berapa dah? Ce teka .


Memanglah kalau ada orang yang tersayang wajiblah sambut kan . ada kek & hadiah tu wajib . Bila berjalan sendiri sekarang ni aku pun tak ingat dah besday aku bilaaaa . Wahahah . 
Serious la ni . 

Biasa kalau besday celcom akan bagi plan hari jadi untuk kita kan . Memang dia akan mesej untuk reminder kita untuk accept YES  or Not kan . Tak silap aku dah lama aku tak accept YES . sebab aku tak tahu nak call sape sekarang ni huuu . Sedih la pulak . 

Ceitt .
Dahla . Bye .
Ingat sape tah malam malam buta nih .

Selamat Malam Saudara .

p/s : impian nak sambut besday dengan famili & suami . Ewah .
Mar pernah je sambut besday . Tipu la kalau tak pernah sambut . hhu 



Mika Aaron Jenewein - Model lelaki kacukan Malaysia Australia

$
0
0

Lama kan aku tak update bab fashion . 
Hari ni aku nak berkongsi pasal Model hot Kacukan Malaysia vs Autralia . 
Before ni tak pernah tahu pun nama Mika Aaron ni dalam dunia Modelling .

Tak sangka rupa-rupanya Mika ni Model Malaysia famous kat luar negara . Antara negara yang Mika bergiat aktif sebagai Model adalah Milan & Austria . 

Macam mana terlibat? Wow ibu Mika yang nak Mika jadi Model . Puan Azra support 100% & hantar penyertaan untuk Fresh Face kat luar negara. Hebat ! 


 Namo den Mika - Hahha asal nya nogori semilan .
Pandai cakap nogori okay . Walaupun ada pelat pelat omputihnya .


Name : Mika Aaron Jenewein 

AGE :
18
ETHNICITY :
White/Caucasic
GENDER :
Male
HEIGHT :
190cm / 6´3”
EYES :
Dark Brown
CHEST :
87cm / 34"
WAIST :
79cm / 31"
HIPS :
94cm / 37"
SHOES :
44 EU, 9½ UK, 10 US






Baru baru ni Mika buat peragaan jugak untuk KUALA LUMPUR FASHION WEEK 2016 (KLFW2016) . Seronoknya kalau boleh tengok dia kat pentas Memang tak sangka lah kalau tengok paras muka dia rupa rupanya orang melayu rupanya . Tahun ni  tak dapat pergi tengok KLFW sebab travel ke penang time KLFW berlangsung . Fuh tengok gambar kawan kawan Model Muslimah je yang pergi .  Memang awesome !



 Hai Mika , Awak makan budu tak? Kalau makan budu bolehla jadi orang kelantan . 
Ehhhhh . Tak tak . gurau je . Hhaha . Sempat lagi Mar!


  
Suka tengok gaya gaya TOP Model posing . Yang paling suka gaya muka yang exclusive vogue  cangini .  Hheh 
Kalau kita tengok Model model Top atau Model antarabangsa memang tak senyum bila fashionshow atau posing photoshoot . Itu yang paling exclusive . 

Kena dengan suasana & keadaan . Kena dengan fashion yang mereka gayakan . Kalau ikut experience Mar dalam fashionshow & photoshoot sebagai Muslimah model ni dia agak berbeza siket. Ada brand yang nak model semua senyum bila catwalk . Sebab nak suruh nampak manis gayakan baju yang sopan . Sebab tu Mar cakap dia kena sesuai dengan apa yang brand nak sampaikan . 

Tapi bagi Mar sendiri . Memang suka kalau posing without a sweet smile . hahah . 




Eh , ini bukan Mika . Ini Mar. hhe . Mana tahu one day boleh jumpa Mika dan photoshoot sama sama kan . Ewah kemain . hhe . 

“Fashion is not necessarily about labels. It’s not about brands. It’s about something else that comes from within you.” — Ralph Lauren

Bye semua! .

Re-Brand kan balik jenama Butik Online - HEARTBEAT.KL

$
0
0
Hai korang .

Before ni ramai yang tanya Mar bila nak berbisnes balik . Mungkin ramai yang tak tahu masa kat universiti dulu Mar ada satu butik Online . Dan selalu jugak bukak booth kat universiti  . Kongsi dengan member yang ada butik Online jugak share tapak untuk bukak booth . Best memang best korang! hhe *tetiba teringat zaman muda muda kat U* Ehhhh T_T


Sape kata berbisness ni tak best . 

'Insha Allah kalau kita ada keinginan , kita rajin , kita ada usaha , kita mesti boleh' -Mar  
Bila di final year & sibuk praktikal memang Mar tak sempat nak update . Bila kerja pulak kadang lagi busy . Lebih lebih lagi Mar banyak pulak invitation event , busy berblog  sekarang ni . Tak sempat .

TAPI .

Silap, Mar silap kalau cakap tak sempat . Nak berbisness, kita tak boleh ada satu pun alasan . Kalau kita ada keinginan kita kena fight dengan semua tu betul tak? kalau kita tak start sekarang bila lagi? kalau kita xcari masa, then bila lagi? 


Okay Mar dah RE-Brand kan balik jenama Butik Online Mar . Insha Allah . Dengan sokongan anda semua boleh?

Perkenalkan .





Kenapa HEARTBEAT? 
sebab ini adalah satu dari degup jantung Mar . Insha Allah . Heartbeat akan release kan Tudungs & Apparels . So stay tuned okay korang .


Follow Instagram :

Mana tahu ada hadiah untuk follower HEARTBEAT.KL ni . hhe Thanks semua 

Doakan Mar dimurahkan rezeki ya :)

Alhamdulillah syukur 

Jatuh cinta dengan brand Carlo Rino

$
0
0

CARLO RINO 
Minggu lepas Mar dijemput ke fashionshow  brand hebat , CARLO RINO . Disebabkan Mar memang suka hadiri fashionshow ni, memang tak lepaskan peluanglah  lebih lebih lagi untuk tengok design terbaru dari CARLO RINO . 

Pereka design terbaru Carlo Rino.

Jom kita tengok design design yang fresh dari CARLO RINO


Whoa, model model yang meletops ni pun memang familiar Mar tengok kat fashionshow sebelum ni.

 Cantikk, Tak pernah ada bag warna oren . 
Orang yg berani je yang berani mengayakan warna ni . 

 Wah, warna ni lembut je , memang kesukaan byk wanita lah . 
Gabungan warna putih tu buatkan bag ni nampak sangat soft . Suka ! 
Warna ni Mar tengok nampak feminin sangat . Sifat wanita yg lebut memang sesuai pakai. Memang akan nampak lagi ayu .

 Okay, yang ni ada dua lapisan yang agak menarikkk . Tengok hari tu ada banyak warna taw korang  . Cantik . Lagi lagi warna merah . hhe Biru agak biasa je aku tengok . Oh ke aku ni memang minat warna merah? hiks 

Banyak lagi design yang memang buat korang tak berkelip kelip mata. hahahha . Huh Mar rasa tak nak tengokk je . Sebab rasa berkenan semua ! ahhahaha .   Kemain !

Korang suka tak? Mestilah suka . Mar kalau lepak lepak kat Mall memang suka usha design terbaru dari carlo rino ni . sebab design dia sentiasa fresh . Nampak youth kan ! 

Thanks Carlo Rino buat Mar jatuh hati ! 

Kadang handbag ni , kena sesuai pakai sesuai ikut peringkat umur . Nak nampak muda pilihlah brand Carlo rino sebab design dia memang akan buatkan kita kelihatan muda remaja . Seronok ! 

Agak agak yang mana pilihan Mar untuk tahun ni? 
Mar suka handbag yang nampak simple & feminin .

Jangan lupa lawati laman web Carlo Rino & kalau nak beli secara online pun boleh taw! 



Agak agak pembaca blog Mar ada yang nak shopping kat Carlo Rino tak nanti? Kalau ada jangan lupa komen "Nak Baucer RM30 & RM20 kat bawah taw

Nanti Mar hadiahkan untuk korang! 
Bye Muach Love untuk semua .


Pembukaan cawangan baru Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

$
0
0
BENANG HIJAU ,
Wakaf Che Yeh, Kota Bharu


Hai korang !
Balik kelantan raya hari tu kemain excited taw . Penggemar tudung Benang Hijau wajiblah excited . Kebetulan pembukaan cawangan baru Benang Hijau di Wakaf Che yeh hari jumaat . So memang sempatlah Mar nak pergi shopping kat Benang Hijau .

Time pembukaan butik macam ni lah best nak pergi shopping taw . Sebab harga time launch ni kemain buat Mar nak beli semua! hhe . Lagi lagi minggu depan nak raya pulak . Jumaat tu Mar & kawan (Syazwane Fauzi ) nak lepak lepak kat KB, jadi before kitorang lepak kat KB kita lepaklah Benang Hijau dulu . Hoyay! Thanks Wane luangkan masa dgn aku! hahha Dia pun kemain cuci mata kat Benang Hijau . Hihiks .

Kitorang sampai awal jugak dalam pukul 10 pagi . Tengok kat luar macam tak de orang . Tapi bila sampai je pintu masuk . Huh kemain penuh butik! huuu 



Apa lagi jom! Semua staff staff Benang Hijau ni peramah . Kemain bersemut senyum tu. Hhew. Terbaik pembukaan benang hijau hari ni ! Nak shopping pun seronokk . :)

Okay korang , mula mula aku masuk Dress Autumn ni yang aku nampak dulu! Haippp , berdegup kencang jantung ni . Meleleh ayaq liur hhu . Cantikkkk sangat hokay!!! Okay sabar tarik nafas jap . Jalan jalan dulu cari benda yang lagi cantik ..

Okay dress Melissa pun boleh tahan ! Sampai hati buat mata aku jadi hijauuu . hhu i love u lah Benang Hijau . Semua cantik cantik . Tak rugi datang jauh jauh dari kuala Krai taw .











Huk alos pening palo nk pilih hok mano adik kakok wei. Hhew. Semo comel comel jubah kat Benang Hijau,  . Hari first pembukaan ramai betul seronokk pulak! Kalau orang lain tak suka sesak saesak ramai orang kan . Tapi aku lagi happy tengok ramai orang . Jadi semangat jugak nak memilih . HHEW

Alahai blous blous pun ada , apa lagi yang korang nak . hahah .Sebelum ni tak tahu pun blous& dress ada jugak . lepas usha dekat butik di Bangi baru tahu memang benang hijau ni ada semua yang aku nak . hhew tak yah p carik tempat lain dahhh .




Yuhuuu ! Shawl kesukaan kat Benang Hijau tempoh hari .

Banyak lagi shawl & tudung promo untuk september taw . Korang yang nak tengok pergi usha dekat web dia atau walk in okay .

Aku nak nasihatkan korang, pergi walk in lagi best sebab korang boleh pilih banyak lagi pilihan yang best best taw . Jangan risau korang pergi lah cawangan butik benang hijau yang berdekatan okay . 

Kalau sesiapa warga kelantan nak pergi cawangan wakaf che yeh yang aku pergi ni . Senang je . 
Korang waze : Benang Hijau Wakaf Che Yeh . 

Orang kelantan wajib tahu pasar wakaf che yeh yang tersohor tu kan . Orang luar pun kenal . Aha, Butik ni dekat situ . Sederet Old Town dan Ariani.





Untuk membeli secara online korang boleh lawat 

website Benang Hijau :

 Follow :
instagram :
Facebook :


Thanks reading korang!

Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 - KEKK2016

$
0
0

Hello semua, Sebenarnya Mar dah ternampak iklan KEKK ni baru baru ni, tertanya -tanya jugak apa KEKK ni? Karnival apa ni?  Kebetulan semalam Mar dijemput bersama sama kat sidang media Pelancaran  Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) .
  

KEKK ini adalah merupakan acara  kemahiran terBESAR di Malaysia dan Noraniza Idris ProductionVentures Sdn Bhd (NIPVSB) diberi mandat untuk membentuk satu konsep pengisian acara persembahan yang dinamakan Skills of Brilliance@ Rhythm of Unity.




 Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Pang Chau Leong, 
yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia 2016 kat Serdang. 

Katanya :
“Bidang kemahiran adalah bidang yang telah diterima oleh masyarakat . Itu sebab tema kali ini di pilih adalah sangat bersesuaian iaitu “ Skill For The Brighter Future”.
Haa, korang yang ada pelbagai kemahiran tu perlulah berbangga taw, sebab dengan kemahiran yang kita minat itu boleh jadikan satu kerjaya yang profesional . Dengan adanya Karnival ni memang sangat terbaik untuk memartabatkan lagi para masyarakat yang berkemahiran tinggi dalam negara kita.
Menurut wakil Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd“Sebagai penggiat seni  tanah air Malaysia yang telah berkecimpung dalam industri muzik selama lebih 30 tahun, Noraniza Idris  dan NIPVSB komited untuk mengangkat  dan mengetengahkan industry muzik dalam kesenian dan kebudayaan  ke peringlat Global. Beliau berharap agar KEKK 2016 ini menjadi medium yang boleh menyatukan masyarakat antarabangsa menerusi pertukaran budaya dan seni”.
Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan kat sana nanti . Antaranya : 
  • Pertandingan Kemahiran Peringkat ASEAN
  • Seminar dan Bengkel Kemahiran
  • Konferens TVET Peringkat Antarabangsa
  • Malaysia Book of Records
  • Demonstrasi Kemahiran
  • Temuduga dan Carian Kerja
  • Pameran ILKA/S
  • Ceramah KerjayaPertandingan Robot
  • Konvokesyen
  • Pertunjukan kereta
  • Servis Motosikal RM1
  • Servis Gunting Rambut RM1
  • Gerai jualan
  • Try A skill
  • Battle of The Band   

Untuk kawan kawan Mar yang masih mencari peluang pekerjaan bolehla datang sini untuk sesi temuduga . Ouwahh . Kemain menarikk! Ehem Mar nak pegi ahad ni bawak resume siap siap hha.

Sedikit schedule untuk korang :
24 September 2016, Sabtu
 : Pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Thailand, Filipina dan Cambodia. 

25 September 2016, Ahad : Slot ini diwarnai dengan persembahan Vietnam, Brunei dan Indonesia.

26 September, Isnin : Slot diwarnai dengan Myanmar, Singapura dan Republic Of Laos selain multiracial Malaysia. 

 Tahniah Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. (NIPVSB) 

Rugilah kalau tak datang nanti . Artis pun akan ada kat sana taw .
Antara artis terlibat seperti Noraniza idris,Ihab Ismail, Fee Haiqal, Liza Kool fm, Fedtri Yahya, Dalili Amerda, Fadzlee Sufri, Azmir Arif, Khai Bahar, Achey, Eka Syarif, Ayda Jebat, Pengasas Zapin Selat Panjang dan Pengasas Zapin Lenga. Selain itu, artis tari Sanggar Budaya Malaysia dan juga kumpulan Buskers akan turut mewarnai acara pentas sebagai tarikan pengunjung yang datang ke Karnival ini. 

Bertempat :
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), 
Serdang, Selangor


P/S : Slot persembahan kebudayaan ini akan diadakan di pentas utama seawal 
jam 9.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari tahu . So guys, datang beramai-ramai nanti & kalau jumpa Mar say hi taww! hhe . 

Deeja Cosmetic buat i jadi terlebih confident !

$
0
0
Assalamualaikum.
Hai  Cantik Hensem semua!
macam mana penjagaan kulit muka korang? okay ?

Kenapa cantik hensem?sebab Mar nak share produk kecantikkan khas untuk lelaki & wanita. Yang paling menarik produk ni sang lelaki pun boley pakai . Ouwahh! Heyyy Heyyy bolehla korang kongsi dengan husband korg kan , Mar ni nak kongsi dengan sape T_T Okay bye jealous hihikkss! *menyorokdalamtudungperiukk*


DEEJA COSMETIC 
Keayuan Semula Jadi Dalam 5hari


Deeja Cosmetic ni kalau korang nak tahu ia  dirumus khas dari bahan-bahan semulajadi dan herba-herba terpilih. Memang sesuai untuk semua jenis kulit okay . Take noted! So korang janganla risau taw, kalau korang ada kulit sensitif pun boleh pakai, sangat sesuai untuk hilangkan jerawat,jeragat,pimentasi,berminyak di zon T, black head, bintik-bintik halus dimuka & banyak lagi la. Kira mampu merawat segala masalah kulit wajah . 


Yang paling penting Deeja Cosmetics ni lengkap dalam 1set, tak perlu lah nak beli satu satu . Lagi lagi orang lelaki , kadang, kaum Adam ni malas nak fikir banyak . Sesuai sangat terus amik set Deeja Cosmetic ni je . Bukan setakat lelaki je malas , Mar pun kadang malas nak beli satu satu . hhe .
Thank you lah Deeja Cosmetic



Dalam 1set ada .
Sabun pembersih muka, krim siang, krim malam , krim nano(malam) & toner . PERFECT! *Naknangesssshappylompatlompattttt* heee



1)SABUN PEMBERSIH MUKA 

Sabun pembersih muka ni paling best, bukan Mar sorang je cakap best kawan dalam group whatsapp yang guna Deeja ni semua cakap nak repeat balik beli sabun ni lagiikkkk . Fuh! bangun pagi rasa lembut je  kulit rasa macam sentuh kulit baby  Ehhh!wait ! rupa rupanya  kulit muka sendirikk T_T . Wuuuuu . Besttnyaa rasa nak sentuh sentuh buat macam iklan kat tv jugakk huhu okay sis bukan Duta iklan . Bye .

Sabun Pembersih ni ada vitamin A , that's why la ia melembutkan kulit muka kita sepanjang hari Mar suka kalau after pakai feeling dia rasa segar seolah olah keluar dari peti ais . Eh , peti ais pun boleh la hahha freshh gitew !

Korang boleh potong dadu, letak je dalam bekas . Ahaa, kadang Mar lebih prefer yang dalam botol sebab apa, senang tak perlu cari bekas bekas bagai dah . Hehhe . Ini kalau berbulan bulan pakai pun tak habes . Sebab Mar potong kecik kecik bila nak pakai . 



2)TONER NANO 

Then, lepas keringkan muka, korang kena pakai toner pula okay .

Oh yaa, kalau nak tahu Mar memang suka pakai Toner . Always pakai untuk segarkan muka . Kira benda wajib, bukan sunat sunat tak . hahhaew . Sebab pakai toner ia akan serap masuk dalam kulit muka buat kita rasa besttt sejukkkk je. Anyway, korang kalau rasa pedih pedih sikit don't worry , biasa la tu, just kita pakai dap dap sikit sikit je kat kulit . Just ambil kapas muka,sapukan kat muka , jangan sapu terlalu kuat okay . Lembut jee taw .

Kalau korang ada masalah lebam bawah mata macam seorang Mar ni , memang sesuai pakai . Toner Nano ni juga agent anti penuaan taw . Boleh jadi awek muda laa uolls kalau always pakai . 


3) KRIM SIANG (spf 50)

Lepas cuci muka, pakai toner semua . Sapukan krim siang ni okay . 
Mar sapu krim siang ni pakai nipis nipis je, best tak perlu nak pakai tebal tebal dah nampak aura tu . haaa kemain auraaa dia . Taknakla nampak tebal tebal pakai produk kan . 

So nak keluar tak perlu calit calit foundation lain dah . Pakai krim ni je tak perlu pakai bedak pun okay . Serious, ini barang wajib yang ada dalam handbag Mar, senang uolls nak bawak sebab kecik comel camni . 


Tengok kemain feeling bila pakai krim siang Deeja Cosmetic ni . 
Best lah share dengan korang, nanti korang share la jugak bila pakai produk ni taw :) 
Nak cantik sama sama kan :)


4)KRIM MALAM 

Malam pula Mar sapu krim malam ni . 
Yang ni korang pakai time nak tidur okay . Lepas dah siap bersih muka nak tidur , calitt krim ni sikit . Jangan malas pulak . Kena lah ada disiplin taw . Mar kadang memang malas nak pakai kalau malam tapi kalau nak cantik kena laaa pakai . haip! jangan malas malas! *cubit pipi sendirikkkkk huhu*


Krim malam  ada Vitamin E akan buatkan kulit muka kita rasa segar esoknya , boleh mengatasi masalah kulit yang kering , bila pakai ia akan menghaluskan tekstur kulit dan rawat kulit normal kering taw . 


5) KRIM NANO(Malam)

Ahaaa, ini pula krim Nano untuk pakai di malam hari , 
nak buat kulit korang naik seri , pakai ni okay. Ala Mar pakai gilirgilir dengan krim malam yang satu lagi. Kalau Mar pakai yang ni rasa nak pakai tebal tebal je biar muka macam hantuuu kunyitttt Arghhh hantuuu ! Eh bukan bukan buat muka persis macam pakai mask! ahhahaha . sebab krim dia bestla korang . tapi sapu sikit sikit pun dah okay lah .


Krim Nano ni akan menghilangkan lagi jeragat kat kulit muka kita taw, sape kata kulit Mar halus nampak tak de masalah, ada okay jeragatt kemainn menyorokkk dia , bila ada krim Nano ni rasa tak da masalah lagi , dapat serap dengan cepat . Terbaik!



Bila ada Deeja Cosmetic ni memang Mar agak disiplin sikit . Set dalam kepala , awak kena pakai, pakai , pakai . haa jangan ikutkan hati yang malas tu . hhe . Thanks la Deeja buat seorang Mar ni jadi disiplin hhe! 

TESTIMONI 
Pengguna Deeja Cosmetic :


P/s : Kalau kulit korang sensitif /berjerawat banyak, first korang pakai sabun , toner & krim malam dulu untuk 1 minggu pertama taw. Kemudian masuk minggu kedua baru korang pakai krim malam & krim nano . Hokay . Jomlaa cantik sesama!  :)

 Product ni kemain femes skrg! Pagi pagi kalau Mar bangun bukak radio , always dengar iklan ni . Whoaa kemain seronok pulakkk hhe yelah sebab kita Deeja Cosmetic User kan . Ewahh


Nak selfie gayakan tudung muka dekat dekat kamera pun tak segan, 
ni after Mar pakai lepas 2 minggu . Memang rasa sihat ja kulit ni . Alhamdulillah best . Yes , calit sikit je krim siang , ni Mar tak pakai bedak pun taw .  


Korang yang nak try , nak cantik cantik pergi beli cepat taw . 
Kalau tak best Mar tak story . 


IG :  Deeja_Cosmetics_HQ
Contact: 0196945950



Sarapan Dutch Lady : Bubur Nasi Sayur campur + Susu Dutch lady

$
0
0

Breakfast 7day Challenge by Dutch lady .
Day 1 


Bahan-Bahan yang sangat simple :

Beras + Sayur Campur + Perasa



Macam mana nak masak sarapan simple sangat ni?:
 Awak senang sangat ni tak kan tak tahu ? hehew

Masak nasi biar sampai mendidih & masukkan sayur campur . kacau sampai sebati .
Masukkan sikit garam . No need more salt okay . Kurangkan masin dalam masakan itu lebih baik kan. Kalau uolls nak letak ayam pun boleh .


Then hidang .
Kalau rushing nak ke office, ini masakan breakfast paling sesuai korang boleh siapkan cepat .

Dan .
Jangan lupa ambil satu SUSU DUTCH LADY okay. PERFECT !


Bila sarapan ada susu dutchlady ni rasa kenyang sampai lunch .

Selamat Mencuba untuk esok !
Love healthy life style .



Manfaatkan masa dengan KEKK 2016

$
0
0
Hello semua! buat apa weekend ? 
Mar ahad lepas ke Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) . Siapa yang nampak Mar  post status kat Mar Mokhtar Facebook? 

Ahah, jangan kata Mar tak hajak pulak kay . Tak kan nak tidur makan kat rumah je . Eheh .
Sometimes, we need something good & benefit for our day ! 

Mar nak ajak korang kat Pentas Utama KEKK ni , sambil layan konsert kat sini banyak benda yang best kita akan dapat . Kat sini banyak pameran & pertandingan kemahiran kebangsaan yang korang boleh tengok . So first kita enjoy dulu dengan Artis Undangan Noraniza Idris (NIPVSB) kat pentas utama! 

Ayda Jebat performance 
Salute lah kat Ayda Jebat, dia ni kemain buat penonton terpukau taw . Aku pun terpegun tengok dia hebat tarik perhatian penonton dengan nyanyian & petah bercakap tu .  Haih, panas panas terik orang makin ramai . 
Khai Bahar . Artis baru yang makin meningkat naik . Kenal Khai ni sebab dia duet lagu dengan Siti Nordiana . Untunglah badan . Hehe Memang suara dia power . Hai Khai awak umur berapa yerk? Eh tetiba nak berkenalan . hahah .  







Tarian Seni adik adik cilik ni . Kakak tak pandai menari dik . Hebatnya korang buat kakak terpegun dengan macam macam tarian tu . 



FADZLEE SUFRI
artis baru NIPVSB dari Singapore taw .




  Kemain Fee Haiqal , Adik Dalili Amerda& Ihab Ismail buat persembahan . 
Ada video klip ! Nanti nak search . Kalau korang nak tahu mereka artis bawah naugan Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd taw . ( NIPVSB)

Hari tu masa sidang media sempat aku zapin, huh kemain tak pandai. ahhahah . Dah kena belajar zapin lepas ni . Mohon la sesape ajar . ahha . Keras macam kayu batu angat ni . El-Ihab pulak cakap ahah zapin jerk . memang aku belasah la zapin . ahhaha 



Congrates Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd 
kerana memartabatkan lagi genre etnik & tradisional dalam industri Muzik Malaysia . Kalau takda Kak Ani , Aku rasa pupus wal mati dah keunikan tradisional Malaysia . Jomlah kita support sama sama untuk selamatkan genre etnik kat Malaysia . Huh korang orang Malaysia zapin pun tak pandaiii . Aihh . aku nak p belajaar dah . korang? ahhaha segan jugakla tak pandai ni . Krik krik je aku rasa hhu .



Thanks reading . 
I love you more silent readers!


Bila aku rajin baiki selipar jepun putus

$
0
0
Aku pelikk jugak dengan Housemate aku ni . Haha . 
2 Hari aku tak de kat rumah . Balik tengok selipar dapur boleh putus.Yang helokk je selama ni . Eh korang gigit eh selipar dapur tu? ke korang potong? haha baik je terputus macam kena potong pisau.


 Bila masuk dapur takde selipor ni . Tak best jugak . Kalau rumah sendiri okay je . Ni rumah sewa lain macam sikit rasa . Biasanya kalau selipar putus wat tak heran je . Beli la baru selipar jepun je kot kan . 
Tah macam mana aku boleh rajin fikir macam mana nak baik pulih selipar ni . 

Hurmmm . Cari punya cari tali dalam rumah jumpa pun . Tali Rafia ni . ahhaha  Tali rafia eh nama dia? Kalau aku, aku panggil tali ropia . Haaa loghat kelate gittew .


Then , amik amik garfu untuk cucuk lubang hidung dia  . Opps . Panas kan dulu kat api dapur gas tu . Then cucuk! yeahh . Akhirnyaaa . Hhew bukan lubang hidung lah . kat selipar yang terputus tu buat lubang untuk sangkut tali kat situ . hhew 

Tarrra siap! tak yah nak membazir sangat p beli selipar jepun baru. Kemahiran baik punya . hahha . Orang perempuan pun kena ada skill jugak . Kalau yang ni pun malas nak baikpulih . Susahla nanti . Aku ni kadang bukan rajin pun nak betulkan  then tah kenapa tetiba TERRR insaf . ehhh . hew 

Ok bye . Tu je nak cite sebab takde cite .

Laksa paling sedap kat Bangi

$
0
0
REDUP RIMBA CORNER

Korang nak tahu tak . ahha Kawan kawan Mar sekarang kalau nak cari tempat makan mesti akan rujuk kat Mar taw . hahha macam ada cop tempat makan best pulak atas dahi Mar ni . hhiks  . Yelah kalau tak best Mar tak kan share kat blog . 


Okay Mar bagi pic lama  kat korang . Pic tahun lepas . Kalau nak cari gambar terbaru memang tak de la sebab selalu sangat pergi sampai tak sempat nak snap pic . Layan Laksa sampai terlupa nak tangkap gambar  weihh . Hhew tu kawan universiti Mar ,
 kiri : Lt. M. Saifa & kanan : Lt.M Nurul . Always lepak makan dengan depa ni laa kat sini sebab semua hantu LAKSAAAA!hha


KEDAI LAKSA & CENDOL Sedap di Bangi 


 Serius sedap , Kalau ada 10 bintang . Mar bagi 10 bintang , kalau 5 bintang Mar bagi 10 bintang jugak . hhu . Makan kat kedai la best .  Selalu kalau makan Mar akan order yang special . 




 Ahaaa! 
yang ni pic Mar bungkus bawa balik kat rumah . kat bangi ni kalau lalu sini memang selalu berhenti bungkus Laksa dulu taw . Wajiblah berhenti . 



Pic dari VKEONG.COM
Korang makan Laksa tu bolehlah order Cendol kat sana . Boleh tahan sedap jugaklah . Pekena dengan laksa pulak . Peh ! Jeliro sangat kalu ore kelate oyak . Ehh . hhe 


Alhamdulillah . 
Harap Redup Rimba Corner ni kekalkan kesedapan Laksa tuu . Nanti Mar nak pergi lagi . Mana tahu owner Laksa ni nak belanja Mar nanti hahahha .

Lokasi : 
Sebelah perpustakaan awam & Berhadapan pejabat Pentadbiran Daerah Hulu Langat (Pej Tanah), Bandar Baru Bangi .

Gerai Cendol & Laksa
Gerai No2,Kiosk Tasik Cempaka, Persiaran Pusat Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu perniagaan: 
Sabtu-Khamis 11.00 a.m-7.00pm
Jumaat : Cuti

Facebook :


Kembara Media bersama FELCRA 2016

$
0
0
Hai Semua .
Korang tahu weekend lalu  Mar dijemput untuk konvoi Media bersama Felcra taw . Excited lah dapat konvoi ke Lumut! Kat sana Mar jumpa dengan ramai media dari semua genap lah.
RTM,TV3,TV ALHIJARAH,KOSMO, UTUSAN MALAYSIA , 
hm macam macam lagi lah! Yang paling penting Mar jumpa ramai jugak blogger taw . Memang havoc gila konvoi media kali ni .



Tengok Breakfast ala ala kampung yang diorang sediakan . Besttt . Nasi lemak dia buat Mar jatuh cinta ! Ewah .


Inilah dia , FELCRA PLANTATION SERVICES . Pusat Benih Padi .
Jom tengok aktiviti Mar kat sana . Ehem yang pastinya kat sini semua pekerja bumiputra kita taw . No bangla No nepal okay . Terbaikk !

 Kalau awak berani rentas lautan api untuk dapatkan cinta saya. Inikan pula hanyalah lautan sawah padi . Ibaratkan kacang sahaja di Mata awak . Hoiyttttt apa aku merepek nih hhe .

Okay korang ni kawasan tanaman padi . Memang Mar xsabar nak tanam padi ni. Dahlaaa cantikk permandangan kat sini ! Tunggu taw . Baca dulu.

Antara benih padi yang ditunjukkan . Mar ni dahla jakun pasai benda benda macam ni . Memang baguih jugakla Mar ikut konvoi ke sini . Ada jugak pengetahuan kan . 












Ini padi yang dah tumbuh menghijau sebelum kita bawa ke sawah untuk ditanam .


Baru aku tahu benih padi ni ada banyakkk rupanyaaa . 






Okay selepas dah tengok pameran . Faham sikit proses dia . kita ke tapak penanaman padi pulak . Ini yang paling excitedddd . Nak lompat lompatttt! 


Guesss what? Helikopter pun ada? Eh heli ke? kecik semacam . Ke apa nama . aku pun lupa nama spesifiknnya .  Kalau nak tahu inilah yang digunakan untuk sembur racun dari atas taw . Maknanya ada pilot yang akan bawak benda alah ni . HUYOYYY korang hebat kan . Xyah susah susah upah pekerja duk siram hari hari . 






Ahhhaaa, tengok tu abang driver ni kemain segak bergaya . Dia la yang akan terbang nanti . Woot Woot tasabar nak tengok ! 



Then sekarang , 
kami diberi taklimat tentang penanaman padi ni .
Kalau tengok padi yang menghijau tu jangan pulak korang sangka rumput karpet . Hahhaha itulah padi yang dah tumbuh .  Kita just ambil untuk tanam kat sawah ni je .





Tengok ni , just ambil gulung letak atas jentera .
Jentera itu bertujuan memudahkan kerja-kerja menanam padi dengan menggunakan mesin khusus berbanding sistem tabur yang diamalkan pesawah sebelum ini. 




Mar nak tanam padi okay! 
Senang! jentera ni dapat menjimatkan masa .  Baru tahu prosese penanaman guna jentera ni . Memang sangat pantas . 


Best okayyy .  Ibuuu! i did! hhe masuk tv3 okay . Korang la yang xtengok berita hari tu .  Mar masukk tibiiii huyoyy hha ! 




Inilah padi yang da siap tanam segaks segakk semua haih , hhiks .



Then, konvoi ke tempat seterusnya iaitu Koperasi Felcra . Pejabat operasi kat sana .
COOPMART : antara hasil dari Koperasi Felcra . 








Dan sekarang Felcra dah meluaskan projek untuk menubuhkan rumah murah untuk warga felcra .


Ada 4 buah jenis rumah . 
Jadi ikut kewangan masing masing untuk pilih rumah yang mereka inginkan . 
RUMAH A :
 Rumah ni paling besar . Cantik pulak tu .  Saiz Bilik yang agak besar .
RUMAH B
Rumah b ruang tamu dia luas . Okay jugak . Nice!
RUMAH C
Rumah  C untuk mereka yang sederhana mungkin boleh pilih rumah ni . 
RUMAH D
Rumah yang agak biasa tapi untuk mereka yang inginkan rumah sendiri . Ini pun okay bagi mereka yang berpendapatan rendah .
 Hebatkan Felcra! Sangat prihatin untuk buat projek ni .


 Hokay!! Lepas dah habis round tengok rumah . Kami dijemput untuk makan tengahari kat sini . Hey beersama warga Felcra taw . Bestnyaaaaa . Hai warga Felcraaaa ! 






Haa, kami sempat dihidangkan dengan persembahan tradisional kat sana . Sangat menarik . 




Kat sana juga disediakan pameran , Yang penting warga felcra sangat meraikan kami . Banyak sangat hadiah yang mereka bagi . Thanks Encik , Cik, Makcik Pakcik Adik kakak abang warga felcra yang meraikan kami semua!

Alhamdulillah seronok . 






Ini antara cenderahati yang warga Felcra bagi . Terima kasih banyak banyak dapat beras lagi tawww pegi tempat proses padi tu . Then Kain pasang jakel & yang paling best produk koperasi Felcra ni . Besttt . 


Thanks Warga Felcra ! Thanks warga Perak! 
Nanti kita jumpa lagi taw .

Syabas & Tahniah  Felcra Berhad !

Susu Dutch Lady sangat penting untuk berkasih sayang !

$
0
0
Hello Awak semua .

First sekali i nak korang tahu favourite drink sejak i kecil lagi adalah SUSU . Hey lepas keluar dari perut ibu terus menyusu taw. hhe . Dann bila dah besar i suka minum Dutch Lady Milk . Nak nak time sekolah rendah pulak always nak ada susu dalam peti ais . Haip bukan terpengaruh dek iklan TV okay . Tapi suka susu sebab rasa lemakkkk lemakkk berkrimmm tuu . Pehh sedap! . Sanggup pegi kedai cari susu DUTCH LADY bila fridge da kosongg Wuu T_T


Yes . Favourite i yang Full Cream Milk . Rasa macam berhantu la susu tu . hhe

Korang kena tahu susu ni banyak kepentingan dia dari segi fizikal dan juga emosi taw. Okay jom i share kepentingan susu untuk kita semua :

Pertama :

Susu memang baik untuk kesihatan kerana ia mempunyai protein yang memainkan peranan untuk kesihatan tulang, otot dan tisu dalam badan kita . Bila kita amalkan sarapan susu setiap pagi ia akan buatkan tulang kita kuat . Ohh patotlah i kuat eh? eheh .

Kedua :

Ia mengandungi Vitamin A untuk kesihatan mata kita , Vitamin B2 menyokong fungsi fungsi selular yang mengubah makanan kepada tenaga  dan vitamin D3 untuk penyerapan  kalsium dan fosforus . 

Ketiga :

Susu jugak mengandungi nutrien taw . Ianya sangat diperlukan oleh badan kita yang mana tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita

Keempat :

Susu ni penting untuk keluarga , bila bersarapan dengan Dutchlady Milk buatkan keluarga kita ceria & mengeratkan lagi kasih sayang antara semua . Bila kakak adik ayah ibu pun berebut susu . Memang buatkan hidup ni berseri lagi ! hhe . Ada pulak anak buah i cakap, Eh Tok Ma pun minum susu? Tok Abah pun? hhe Cubit Cubit jugak pipi si kecil ni kan , ingat dia sorang dapat minum susu! hhe

Aha,
korang tahu kan Aaron Aziz sekeluarga pun selalu sarapan dengan Dutch lady Milk kan?
Menurut kata beliau :

Menikmati susu yang kaya dengan kalsium sewaktu bersarapan bukan sahaja menguatkan keluarga dari segi fizikal , malah ia juga memberi mereka masa & ruang untuk mereka bercakap antara satu sama lain & kongsi perasaan cinta sesama keluarga  sebelum memulakan hari .


Korang tahu bila i stay kat KL jauh dari family , i tetap ambil sarapan pagi taw . Yang penting always with Dutch lady Milk . sebab susu ni  buatkan i rasa family i dekat je . Thanks Dutch Lady Milk !~

Nak tahu sarapan One Week i dengan susu Dutch lady ni?
Jom usha !


Day 1 . A breakfast, but it's can be a brunch! Kenyang sampai lunch. Yang paling penting Mar akan minum dutchlady favourite ni. Tips easy breakfast sape nk bawa ke office taw porridge rice+ mixed vegetable. Happy working! 


DAY2 : Sandwich with hotdog . OMG! ini kesukaan semua . Boleh packing untuk kemana saja . Dan yang paling penting bawa favourite milk bersama .


Day3 : My breakfie! Ini favourite Mar. Roti,pisang,milo then panaskan roti dlm kuali biar milo tu cair! Umm yummy! Lagi best bila ada susu Dutch lady . hhe

DAY4 : Korang kita jugak boleh sarapan dengan favourite fruit kita taw . Mar suka banana! I love banana very much & I suka makan dengan coklat tu bestt . Dan bila ada Dutch Lady favourite ni buat lagi kenyang hhe .


DAY 5: Hotdog with sos & salad . Simple breakfast but lagi beautiful bila ada Full Cream Milk . 

My Day 6: breakfast! Oat + Dutchlady Milk with favourite fruits, banana & red Apple. Make sure pilih fruits yg manis sbb ramai org xsuka oat tawar kan. So this tips for breakfast sedap. 


Day 7 breakfie :  I love egg ! I love half cook ! I love veggies ! Then taburkan dgn blackpapper . Ouch much love!  Seronok ada minuman favourite pulak disisi . 


Guys, please having milk for your breakfast setiap pagi okay . Especially for nourishment to kick-start your day! Orang yang berdiet pun wajib breakfast setiap pagi .

Korang kena tahu, 2servings of  milk a day helps to meet your nutritional requirement; and 1 serving at breakfast can provide 200mg of calcium to jump start your daily nutritional intake .

I percaya SUSU DUTCH LADY MILK boleh buat hari hari kita bahagia kerana ianya
SUSU No 1 Terbaik di Malaysia .


Facebook@dutchladymalaysia
Instagram@dutchladymy 



DEELLEMIE PERFUME pewangi kegemaran Mar !

$
0
0
Holla Holla .
Here with Mar again . Eceh . xyahlaa speaking ngat . Hey guys ! I want surprise you my favourite perfume . Opps . tadikk cakap tanak speaking london . tetiba tertype pulakkkk . Hayya .  Okay korang ni perfume best Mar sekarang . Dah jadi favourite Mar dah  . Hoyay!

DE'ELLEMIE PERFUME 




Mar suka sangat kalau tengok anak muda berbisness, yang ni Mar jumpa dengan pemilik brand ni sendiri . Walaweii . Mudaaaaa ngattt! . Memang respect lah kat dia yang rajin berusaha nak jadi usahawan ni . Opps . Pemilik dia lelaki la . Sorry korang tak de pulak gambar selfie dengan dia . hhe 

De'ellemie ni special untuk lelaki & wanita taw . Semua ada , nak bau apa . cakaap jaaa . Hm teka pilihan Mar bau apa? HHiks . rahsia laaa mana leh kasi tahu nanti peminat Mar bagi hadiahhh pulak . Ehh hhe 



Ahaaa, peluang untuk korang kat luar sana yang berminat untuk berbisness jugak . Boleh la bermula jadi stokis dahulu . Kebetulan De'ellemie ni bukak peluang untuk korang . Grab cecepat okayy!!





Taraaaa!! . Okay okay Mar bagitahu okay . Favourite Mar mestilah DIOR . best bau dia . Hari hari nak keluar spray dari atas ke bawahhh hhiks . Wangii sangat . Memang senang untuk bawak kemana mana saja . Ofcourse barang wajib yang ada dalam handbag Mar . hhe . Korang cuba okay!








Guys, korang berminat kan?? Cepatlah p beli lekaihh . 
Mar ta sabar nak beli kali kedua pulakk . As usual, perfume ni one of collection Mar kat bilik . hhe 

Call : 011-35735794
Instagram : deellemieparfum

Thanks singgah ! 
bye xoxo

Pelancaran lagu '' Cukup Sekali" - Oja & Tunable Band .

$
0
0
Hey guys ! 
Dua hari lalu Mar ke pelancaran album single Cukup Sekali oleh Oja & Tunable Band
Mar memang tertanya-tanya tentang band hebat ni . Siapa Oja, siapa Tunable Band . Tasabar nak tengok diorang perform live! Hey Mar dah usha lagu best tu kat youtube, memang best . Ni nak dengar live pulak .


Projek yang bermula dari reunion kumpulan spoon yang akhirnya bergabung dengan Oja , ia membawa nafas baru dalam seni muzik dalam mengetengahkan idea-idea lagu yang berkonsepkan balada & slow rock serta disulami oleh susunan orkestra yang dinamik . Wahh menarik kan!

 Siapa tak kenal Deenn Maideen kan? Sape tengok Gerak Khas mesti kenal hhe . Beliau adalah pengurus untuk Oja &  Tunable Band ni.

Kalau dulu Spoon pernah muncul dengan lagu Rindu -Serindunya . Korang ingat tak? 
Serius lagu tu Mar suka gila . hhiks . Sape kata Mar xlayan lagu 90 an . Layan okayy peh Marrr hhew 

Dan sekarang pelancaran lagu ''CUKUP SEKALI'' direcord sepenuhnya di Tunable Record Sdn. Bhd. 
Best lagu ni agak sedih  . Korang boleh Klik kat link ni 

 ( https://www.youtube.com/watch?v=ldZv0ESA0mg )

Dan lagu ni lagu OST satu buah movie Malaysia-Indonesia yang bakal ditayangkan kat pawagam 2017 nanti taw .  Lagu Menantu Tintong yang kat drama Menantu Tingtong TV3 hari tu pun lagu dari Tunable Band ni la . Baru Mar tahu hhe . Iyelah memang layan lah drama tuu . hhiks .
 Majlis pelancaran baru baru ni telah dirasmikan dengan meriah kat Studio Finas. 
Tahniah Oja & Tunable Band !

Bowtak(Pemain gitar),Shahnaz (pemain drum), aboy (Pemain gitar), Oja (Vokalis), 
Norule( Pemain gitar).

Oja sebagai vokalis band ni yang telah dipersetujui ramai . Oja atau nama sebenar Daninas Huza bin Daud  menggunakan keseluruhan pengalaman yang ada bagi membentuk satu susunan muzik yang berlainan. Pertemuan Oja dengan Norule (gitaris spoon) beberapa tahun lalu telah mengilhamkan satu " comeback" yang daring untuk menghasilkan album ini .
 Okay sempat Mar bergambar dengan  Oja & Tunable Band . Mereka semua havoc ! 
Best gila . hhew 
Okay guys, Mar payung pic dengan Oja Vokalis band hebat ni . Moga Oja & Tunable Band terus menyinar dalam seni muzik tanah air kita . 

Korang yang nak layan lagu lagu dari mereka boleh klik terus youtube Tunable Record okay ! Bye see you soon :)

Instagram : tunablerecordsdnbhd 

Elle Lena Boutique sponsor 5 baju raya untuk Mar

$
0
0
Assalamualaikum loves! :)
Hari ni Mar nak kongsi kan gambar bajubaju raya 2016 Mar. Okay memang late, tapi disebabkan baju baju raya Mar tu bestt sangat sangat pakai. jadi Mar nak buat entri jugak.
First of all, Mar ucapkan terima kasih kepada ELLE LENA Online Boutique yang bermurah hati sponsor 5-7 helai baju & skirt untuk Putery Memory . Alhamdulillah .


FIRST : 
Dress Blue Black ni paling Mar suka. Sebab memang kena dengan saiz. Selesa sangat . Kain dia pun tebal dan sejukk. Tak perlu nak iron lebih. Simple but elegant kan korang? So dress ni kalau nak p event yang glamour pun sesuai . Boleh buat kita nampak tinggi & kurus taw. Mesti lah, itu apa yang setiap wanita inginkan. Tetiba rasa seronok pakai dress ni hhew.











SECOND:
Dress ni pun best , Actually dress ni banyak colour taw . Mar pilih warna ni sebab belum pernah pakai lagi dress warna  camni taw . Mar tak sure warna apa orang panggil hhew . Kuning langsat kehijauan maybe? . hhew . Dress ni kalau orang yang badan berisi sikit pakai boleh nampak kurus taw . Sebab corak dia . So tips dia kalau nak beli dress kena pandai pilih corak apa untuk nampak kurus tinggi kan . hhew






THIRD :
Okay ini  Kaftan Mar pilih dua warna 1 purple & biru muda . Nak pergi majlis apa apa pun sesuai baju ni . Ni Mar pakai masa pergi majlis hari raya dengan blogger KBBA.  Ramai yang cakap baju ni cantik. Kalau korang berminat boleh terus hello kak ELLE okay . Material kaftan sangat soft .



Ini kawan kawan blogger Mar, diorang siap panggil bergambar lagi oarng yang pakai baju sedondon . Tetiba pulak baju Mar sama warna dengan abg jenan kawan blogger Mar . hahha .  Tapi mmg nampak cantik kan baju ni . 

FOURTH ::
Dress sweet pink ni pun nampak manis je pakai . Mar pergi event pun Mar pakai dress ni . Pic hari raya tak sempat nak snap pakai dress ni . Memang  warna favourite lah .
Ini pulak Mar pakai dress ni time pergi pembukaan butik kat kelantan . Memang Mar bawa balik kampung sebab baju ni best . 



FIFTH:
Inilah warna kedua Kaftan yang Mar pilih,  warna biru muda . Suka warna yang lembut pastel camni . Yess. Inilah baju raya pertama Mar sebenarnya hhe . Nampak sopan santun je pakai baju ni . Haha Mak pun cakap cantikk baju ni . 



Thanks ELLE LENA Boutique
Korang yang mana berkenan baju yang mana mana Mar pakai . Korang boleh order kat ELLE LENA Boutique taw . Then , yang paling best Online boutique ni always with fashion advices. Shopping & dapatkan tips fashion from kak Elle okay korang :) 
Bye #Alhamdulillahsyukur

Contact : 0132377203
FacebookElleLena.my 
Instagram@elle.lena

Pengalaman paling indah terbang bersama Malaysia Airlines

$
0
0
Hey guys!
hari ni i nak share korang tentang penerbangan travel best , ingat tak beberapa bulan lalu I travel ke Penang? . Dan I pilih travel dengan menaiki Malaysia Airlines (MAS) . hhe Okay semua orang nak tahu kenapa I pilih travel dengan MAS kan? Nak cite kat korang le ni hhiks .

Mas airline atau lebih dikenali sebagai Malaysia Airlines ((MH / MAS) merupakan syarikat penerbangan Malaysia, yang diasaskan pada tahun 1937 oleh British di bawah nama Malayan Airways. Pada hari ini, Malaysia Airlines adalah sebuah syarikat penerbangan bertaraf lima bintang yang disahkan oleh Skytrax  dan menyediakan laluan untuk ke Asia, laluan kangaroo (Kangaroo Route) antara Eropah dan Australasia serta penerbangan transpasifik dari Kuala Lumpur ke Los Angeles melalui Tokyo. *hey hey korang , baca ok, tahu la macam catatan sejarah tapi ini pengetahuan* hihiks
travel dengan kawan blogger i, Opps Teamsingle only :)

Dengan slogannya,Journeys are Made by the People You Travel With,sistem penerbangan ini sangat mementingkan keselesaan penumpangnya. Selain ciri keselamatan, pelbagai kemudahan asas lain juga disediakan selain sistem hiburan yang hebat bagi memastikan penumpang mendapat layanan yang memuaskan serta pengalaman penerbangan yang menyeronokkan taw :)
Ahaaa, korang kalau nak tahu, Malaysia airline system mempunyai dua anak syarikat penerbangan yang memberi tumpuan kepada lapangan pasaran yang berbeza. MASwings adalah anak syarikat yang memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak serta kawasan BIMP-EAGA manakala Firefly adalah syarikat penerbangan serantau bajet rendah yang memberi tumpuan pada penerbangan tambang murah dengan pengurusan berasingan oleh FlyFirefly Sdn.Bhd. 


Ia menawarkan tiga kelas penerbangan: Kelas pertama, kelas perniagaan dan kelas ekonomi. Bagi kelas ekonomi, penumpang mendapat kerusi lebar 18 inci. Lebar tu, konfem sangat selesa lebih-lebih lagi bagi mereka yang dalam perjalanan jauh. Hhe :)
Airlines ini juga menawarkan lebih daripada satu cara untuk check in selain di kaunter lapangan terbang. Bermula dari 48 jam sehingga 90 minit sebelum berlepas, penumpang boleh memilih untuk melakukamelakukan mas online check in melalui website atau melalui web-to-mobile check in(tanpa kertas dengan 2D code bar mobile boarding pass) dan MHmobile di mana boarding pass penumpang dihantar melalui melalui SMS dan e-mel. Haaa mudah kan ! :)  
Bukan tu je korang, 
syarikat penerbangan ni juga menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang enak dan lazat serta diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Macam-macam menu hidangan yang terdapat dalam penerbangan ni sama ada menu antarabangsa sampai la menu untuk hidangan tempatan. So memang tak risau lah i nak order apa apa makanan bila terbang dengan MAS ni . Part yang paling i suka ialah their free meal. Untuk orang yang kuat makan macam I, mesti la happy bila dapat makanan free. Sedap dan mengenyangkan, I dan kawan-kawan tak perlu order extra meal lagi taw . Wuhuuu berbaloi baloi . hhiks!

I decide dengan kawan untuk travel ke Penang dah lama dah taw.  kalau perempuan ni biasalah mesti bawa banyak barang kan . Walaupun nak pergi berapa hari je hhiks. Nasib baik Mas sangat pemurah , suka lah bersama Malaysia Airlines ni, bagi free 30 kg baggage check in, jadi tak perlu risau kot-kot kena bayar lebih untuk extra kilos weyh korang. Bukan tu je, hand carry pun dah 7 kg percuma, jadi banyak barang boleh bawak. Dah la tu, kesemua krew dalam flight tu sangat peramah dan membantu, sampaikan benda-benda remeh pun diorg layankan. Sebab tu la personally, I rasa this is the best airlines in Malaysia :)
Sebenarnya, ada sebab lain kenapa I sangat suka dengan this memorable experience. Walaupun merupakan salah sebuah sistem penerbangan yang tiptop, harga untuk tiket I tak semahal yang I sangka pada mulanya. I book Mas airline ticket kat Traveloka  . Huh So easy!!
Korang boleh search /download terus Apps Traveloka kat handphone taw .




TRAVELOKA adalah sebuah flight dan hotel searching site yang dah mula mendapat nama di kalangan travelers sejak dua menjak ni. Bukan flight tiket je tau, hotel pun I tempah kat situ. Sangat berbaloi sebab I dapat banyak diskaun! Website ni offer macam-macam jenis promo termasuk la promosi pada hujung minggu. Ada certain occasion tu, korang juga boleh pakai coupon code di payment page untuk dapatkan rebat atau diskaun sehingga RM60. Feature yang paling best ialah bagi yang takde credit card tu, korang boleh bayar guna online banking macam maybank2u dan cimbclicks. Daaan, sebab takde hidden charge dikenakan, the price you see is the what you gonna pay for!  Hoyay thanksss TRAVELOKA & HELLO PENANG !



Lets book with Traveloka guys !, 
Ahaa, jangan lupa tunggu entri pengalaman i kat Penang okayyy . 
Dah lama korang tunggu kan . hhe Stay tune k!



Rasa Mas tempat lepak makan sampai kenyang

$
0
0
Assalamualaikum loves!
Dah makan? Hujung minggu hari tu Mar boring & lapar gila. ahaha apa lagi jalan jalan cari makan la.  Biasa lah, Mar kalau weekend busy ke , xbuat apa ke, mesti nak cari tempat makan best ! Kalau lapar mesti cari port yang kenyang punya. 
ahaaa bila dah sampai kat KPJ Tawakal hari tu, tak sangka ada Restoran Rasamas ni kat sini.Yang i tahu RASAMAS ni ayam dia best, cepat kenyang dah la banyak ! hey terjun tingkat doblas sbb best sangat! hhe
Alololo , jumpa pakwe hensem kat sini . Comel kan , ini anak kepada kawan Mar .
This one is my favourite gila! 
Roaster Blackpaper .
Then, yang ni kawan kawan Mar semua suka . Roaster Percik ! Seriously rasa dia boleh buat i teringat kat kampung . Maaaaak nak balikk  T_T hhe
Awak semua, try bayangkan awak dan kawan makan 1 pinggan sorang macam ni? Walaweiii . Pengsan hhe .
Taraaaaa!! korang beli la pakej macam ni kalau nak makan ramai ramai . 1 pinggan roaster ni boleh makan 4 orang . Memang kenyang sangat . Mar makan 2 ketul je ayam dah kenyang.  Macam mana ni Mar kata makan banyak . Penangan RASAMAS memang buat i rasa kenyanggg wuhuuu Best okayy! :D
Jangan risau nak makan berdua je . Beli yang set macam ni je . Berbaloi sangat . Japanese Tofu dia ni yg melengkapkan hidangan kat sini.

Asam Laksa 
Lagi satu benda yang buatkan Mar suka gila RASAMAS ni sebab dia ada Asam Laksa & Curry Laksa . Asam laksa dia best , tak masam sangat . Nanti nak pergi lagi semata nak makan Asam laksa dia ni . Hari tu makan tak puas . Rasa nak lagi hhew .
Curry Laksa.Kawan kawan Mar suka curry dia.Pekat dan berkrim tu memang menyengat! uuwww
Okay apa lagi , jomlah tapau bawa balik untuk family! :) hhe Packaging yang perfect .
Bye pakwe hensem! hhe 
nanti nak lepak dengan Angah lagi . Budak baikk ni . Tak meragam pun :)
Ahaaa, korang kalau nak dapat promosi best kat RASAMAS ni pergi la setiap 
15hb & 30hb taw . BUY 1 FREE 1 okay . sape tak nak, hhu . Mar nak pergi lagi 30hb ni Jom! 
_____________________________________________________________________________
Korang yang dekat dengan Restoran RASAMAS ni untunglah! 
yang Mar tahu ini antara cawangan RASAMAS yang ada kat Malaysia :
Warta Bangi Utama, Giant Batu Caves, Sunway Carnival Pulau Pinang, Tesco Mergong Alor Setar, East Coast Mall, Megamal Kuantan, Giant Kuala Terengganu, KPJ Tawakal KL, Aeon Bukit Tinggi


                                                                          
               Lets Try RASAMAS! Memang puas hati :)

Rahsia Mee Goreng Sedap Mar

$
0
0
Hey korang semua ! 
Dulu kalau korang nak tahu i suka sangat Mee berkuah. Whateverlah Mee Soup ke , Mee Celup ke, Mee Tomyam ke, asalkan Mee tu berkuah hhew. Takleh hidup kalau takde kuah. Since stay rumah bujang ni setiap hari nak try buat menu baru taw. 
So apa lagi, i teringin nak makan Mee goreng yang sedap. Kalau Mee goreng Mamak memang kurang siket, ta tau lah mungkin rasa mudah muakk kot. 
Okay Lets Cooking :) !
MEE GORENG MAR
RESEPI Bahan Bahan :
Mee 1plastik / half (utk 2 org)
Lauk (ayam , udang,sotong)
Sayur Lobak 
Tomato 
Lada besar 
Bawang putih
Kicap Manis , Sos Tiram, Sos Cili 
Cara Cara Memasak :
-Goreng bawang putih yang telah ditumbuk(tumbuk okay kalau hiris xbest)
-Masukkan sotong (kali ni Mar just letak sotong je)
-Then masukkan batang sayur dulu .
-Masukkan kicap , Sos Tiram, Sos Cili . 
-Masukkan Mee yg da siap basuh . Gaul sampai sebati 
-Masukkan Sayur ,Cili,tomato for the last .
-Gaul biar sebati.
-Siap & hidangkan .
-Kalau suka letak daun bawang /daun sup taburkan dan perah siket asam limau (hhi favourite Mar)

P/S : Okay kalau masak, jangan letak kicap sampai hitam legam. Letak biar sebati, Tak perlu letak perasa lain dah, no need garam or etc . SIAP!

P/S : Opps , Kenapa Mar xletakkan telur?sebab nanti jadi mee goreng Mamak bukan mee goreng Mar haha, salah satu sebab Mar xnak bagi rasa manis sotong/ ayam tu hilang kalau letak telur hhe nak biar rasa manis mee hasil dari ayam/sotong yg kita letak, itu yg kita nak .

P/S : Masak jangan sampai lembikkk . please nanti muak haaa sape yg susah . biarkan Mee nampak fressh dan sedap nak makan . 

Rasa dia macam mana? Rasa dia manis macam tuan diaaa . Ehh hahaha . 
Yes MEE GORENG RESEPI MAR rasa dia manis tapi xlah manis sangat sangat . Kalau makan rasa nak lagi . Tak cukup sepinggan . Pernah bawa ke office semua suka dan ada yang tanya resepi . 

Okay itu sebab Mar kena jugak buat resepi ni kat blog .
Walaupun Mee biasa tapi rasa different kan?
Selamat Mencuba okay! :)

Viewing all 336 articles
Browse latest View live