Quantcast
Channel: Blogger. Model.Vlogger
Viewing all 336 articles
Browse latest View live

Ayam Penyet Sedap di Wisma Central KL (Tepi Klcc)

$
0
0
Assalamualaikum Kaki Foodies,
Sape kaki foodies kita geng. Hehe . Bagi Mar tak semua orang boleh jadi kaki foodies walaupun dia makan untuk hidup . Hhehe . Orang yang boleh  dipanggil kaki foodies ni adalah :
-Orang Yang Suka Makan
-Suka cuba macam macam makanan 
-Sanggup pergi cari makanan yang dia nak/ cari kedai makan tu sampai dapat . hhehe
Contohnya macam dak Mar ni! > < hehe

Mar dari rumah ambil GRABCAR RM4 je, semata nak pergi lunch ayam penyet ni. Sebab mengidam sangat lama tak makan! Haha inilah dipanggil #KAKIFOODIES . Dan Mar sanggup je p makan sorang sorang . Hm, ada ke orang sanggup? No need teman Mar, Mar okay je. Nak tunggu kawan? berabad . hehhehe 

Okay korang, ini ayam penyet lain dari yang Mar pernah makan . Sebelum tu Thanks untuk kawan Mar Ilham sebab pernah ajak Mar try kedai ni. 
Ini lah kedai dia dalam Wisma Central,Tingkat bawah . 
RESTORAN SELERASA 
Kalau taknak order ayam penyet, kat sana ada macam macam jenis laukkk .
Boleh tahan . Memang buat korang terliur nak try semuaa kalau lunch . Hahaha
Kebetulan Mar pergi depa baru siap masak & orang tak keluar lunch lagi . hehehe Heaven!
AYAM PENYET RESTORAN SELERASA
Pergh Ayam penyet diaaa. Nampak simple tapi sedap!
Ayam penyet , sambal,kobis ,Asam limau .Bila order, dia akan bagi sup sekali, Air tu korang boleh ambik sendiri (LAYAN DIRI) 
Bismilllah . Gulp! Dah tertelan air liur dah? hhu
Okay Korang, Kenapa Mar cakap Ayam Penyet kat sini lain dari yang lain & sedap? 
Sebab dia punya sambal tu lain bukan sambal dari cilimerah yang pekat tu . Walaupun sambal simple macam ni tapi serius sedap! Pedas+ Manis + Masam (kena perah asam limau) memang rasa sebati . Ugh! Nak p makan lagi lah. 
Makan dengan tangan je baru syok! hhe
Okay , Kalau korang nak makan . Ada cara dia hhehe 
Pertama : Korang perah dulu limau dalam sambal dia .
Kedua :Then baru ambil ayam tu
Ketiga : Dan cicah dengans sambal tu . Pastikan sambal dah sebati dengan asam limau tadi baru laa makan dengan nasi , Kobis tu korang boleh buat ulam cicah sekali dengan sambal . Jangan lupa makan dengan sup yang dia kasi . Wuuu Sedapnyaaa!
Ni suasana dalam kedai dia sebelum orang keluar lunch, hey kalau time lunch korang memang takde seatla nak dudukkkk T_T . Serius cakap . hhu . Sebabtu la Mar pergi awal awal. 
Hhe tengokla Dak Putery Memory ni pakai simple2 je nak p lunch kat sana, then balikk dengan kenyaaang! hehhe Syabasss girl! Next time nanti nak pergi lagi . 

Lokasi :
Restoran Selerasa, Wisma Central KL
(Tepi KLCC)

Bye all the kaki foodies
Much love,
Mar

How to Activate Maybank2u & Cimb Click

$
0
0






Activate Maybank2u :

1- Go to Atm Machine.
2- Select Maybank2U/Phone Banking
3- Select Maybank2U Application
4- Enter 6 digits temporary pin no
Internet
5- Go to http://www.maybank2u.com.my, click “LOGIN” and select “FIRST TIME LOGIN”
6- Read the Term & Conditions carefully and click “ Accept”
7- Enter your “Access Number” – ( 16 digits ATM card no) and “ Pin No” – ( Enter 6 digits temporary pin no) then click “Activate”
8- Select your preffered “Username” – (6 to 12 characters) and “Password” –( 8 to 12 characters)combination of numbers & alphabet then click “confirm”
Please use this “Username” and “ Password” for future access
**New : http://mobile.maybank2u.com.myfor mobile banking

p/s : Never login to Maybank2u.com via email link. This link might direct you to fake site. Always type manually our URL address www.maybank2u.com.my  . Maybank2u.com DOES NOT communicate with customer through emails on matter relating to security or your accounts.

For enquiries, call Customer Care hotline
1-300-88-6688 or 603-78443696(overseas) any time,any day (that includes holidays)




_______________________________________________________________________________________




How to register for CIMB Clicks?

Firstly, go to ATM Machine & press:
1) Others
2) CIMB CLICKS
3) TAC (Key-in your HP NO)

1)Click On “ONLINE REGISTER”
2)Clicks on “REGISTER NOW”
3)Key in your ATM CARD NO
4) Key in your ATM PIN NO
5)Key in the words that appear in the BOX
6) Clicks on “ I agree”
7)Clicks on “ SUBMIT”

Lastly on the top appeared your HP NO (e.g : 019-620xxxx, if okay then follow the step below :
1)Create ID ( alphanumeric min 6 & max, 32 characters)
2)create password & Re-enter password (alphanumeric 8 characters)
3)Mother Maiden Name & E-mail Address
4)Create SECUREWORD


That's all, Hopefully helpful you guys!




#Viral : Si Mata Biru Jadi Tumpuan Malaysia!

$
0
0
Walawei! Cantiknyaaa!
Hehe

Itulah first impression bila tengok famili bermata biru ni . Mar pernah tengok berita & dalam akhbar beberapa tahun lalu (Zaman sekolah ) berita orang yang  mata berwarna ni.  Siap simpan keratan akhbar tu sebab unik sangat! hhe.  Dulu kan bukan zaman viral so orang maybe xtahu pasal famili yg tu .

 Inilah kanak kanak yg bermata biru yang Mar pernah tengok suatu ketika dulu . Dan gambar bawah ni mereka dah besar ! Lama dahh rupanyaaa berita tuu . Tengok hensem je kan .Hehe

and Now!

Viral famili bermata biru ni dari Beufort, Sabah. Wow . Ibu , Anak perempuan & Anak lelaki.
Kata ibu " Mungkin ia dari keturunan neneknya org pakistan , sebab org Pakistan kan ada yg mata berwarna. Ooo. Patotlaaa . Dan mata berwarna mereka Doktor cakap tiada apa apa masalah .


From Metro .

Kalau lah dapat mata berwarna ni memang semua orang nak kan. Hehe Hensem & Cantik . Ada juga wanita yang pregnant pergi ke rumah mereka sebab nak tengok . Mungkin nak dapat baby macam mereka hhe. Ini juga kuasa tuhan kan . SubhanAllah !

Mar juga pernah jumpa kanak kanak yang mata berwarna coklat oren camtu dekat Kota Serimas . Jumpa depan mata la. Siap selfie lagi . Gambar selfie tah kat mana dah . Memang suka sangat tengok . Takyah pakai contact lens nak dapatkan mata cantik dah . Hhehe


Bye guys!

Teruja dapat Cincin Ukir Nama dari Asia Silver !

$
0
0
Assalamualaikum Korang!

Akhirnyaa sampai juga cincin emas silver dariASIA SILVERni . wOww! Cantik sangat korang! Mar dah lama teringin nak ada cincin yang ada ukir nama sendiri ni . huhu Yey!
Akhirnya dapat juga merasaaa .hehe Korang semua mesti teringin nak ada jugak kan?

Before tempah, Korang kena tengok dulu jenis jenis cincin yang mereka buat. Semua cantikkkk tak tahu nak pilih yang mana taw. Lepas dah pilih Mar cakap je nak cincin ukirkan nama MAR& juga saiz jari . Tengok hasilnya!

Wah , cantikkk kan!! Mar suka sangat. Rasa nak pakai hari hari taw. Sebelum ni Mar suka pakai cincin silver, dan Mar suka juga cincin emas. Then yang ni terus gabungkan sekali . Tak sangka cantikk rupanya. hhe berbaloi sesiapa tempah dengan ASIA SILVERni . Kalau korang nak tahu dekat ASIA SILVER ni boleh tempah rantai atau gelang ukir nama juga taw . Lepas ni nak rantai ukir nama laaaa. heheh


Memang Mar puas hati sangat! Terima kasih ASIA SILVER hadiahakan Mar cincin emas silver ni!
dengan ukiran nama MAR tu rasa teruja sangat nak pakai . Ahaa, kalau nak jadikan cenderahati kat kawan kawan pun cantik taw sebab harga dia sangat murah korang.

Kalau korang nak tempah walk in kat kedai dia terus pun boleh .
Yes kedai dia kat kelate . Off course la. Geng kito . hhehhe Korang boleh follow mereka untuk dapatkan maklumat tentang jenis cincin & harga okay.

ALAMAT:
ASIA SILVER
G-L1-22, GROUND FLOOR, BAZAR TUAN PADANG, LOT 962,
SEKSYEN 11, 15000, Kota Bharu,KEL

Instagram: @asiasilver
Official instagram : asiasilverhq_official


CONTACT:
016 940 3330 (sha) – produk custom made
012 813 7330 (azi)-customer service
017-9496330 (fatin)-produk ready made

____________________________________________

#Rideasy : Sewa Kereta & sewakan kereta anda!

$
0
0
Hey guys, 
Mungkin sebelum ni ada kawan kawan korang minta bantuan untuk dapatkan nombor telefon orang yang sewakan kereta "Mar ada contact number orang sewa kereta tak" kadang, susah jugak  nak bagitahu sebab tak tahu nak yang macam mana dan orang tu still buat sewa tak . So bila ada Rideasy ni Mar rasa ianya sangat membantu! Okay baca selanjutnya -
Mar ke soft launched Rideasy di APW Bangsar semalam. Its good new for you guys !
Rideasy didatangkan dalam bentuk yang supercanggih . Iaitu satu website untuk korang semua sewa kereta & menyewakan kereta . Sebelum ni susah nak dapatkan contact number orang yang sewakan kereta & sekarang dah ada website yang cukup lengkap & selamat .

Bagi sesiapa yang nak cari duit lebih bolehlah sewakan kereta. Daripada kereta korang tak guna kat rumah better bagi orang sewa boleh juga dapat duit poket kan. Kalau setiap dari family ada satu, apa kata kongsikan kereta untuk pergi kerja & kegunaan , manakala kereta lain sewakan. Ahaa. Senang senang je dapat duit hehe. Jangan risau sebab RIDEASY ada coverage by Allianz taw.

CARA-CARA
Korang klik je [ rideasy.my ] . Pertama kena Sign up dulu . Then boleh Pilih lokasi , tarikh pickup, tarikh return & jenis kereta yang korang nak. Jangan lupa korang kena Submit details korang taw!


Harga bermula dari RM120 taw. Memang sangat berpatutan untuk korang semua . 
So yang tertanya tanya macam mana nak daftar kereta untuk disewa & ada syarat syarat ke tak?Boleh baca kelayakan untuk kereta korang :
Syarat2 kelayakan kenderaan:
1. Usia kereta tidak lebih dari 10 tahun.
2. Keadaan kereta yang baik dan sempurna.
3. Mempunyai sijil Vehicle Ownership Certificate (VOC) yg sah
4. Mempunyai polisi insurans kenderaan terkini
5. Mempunyai road tax yang hidup dan sah

So apa lagi? hhe
Joinlah komuniti perkongsian kereta Rideasy sekarang dan jana pendapatan sehingga RM10,000 setahun! Wahh syok jugak Rideasy ni .

Contoh:
Kereta: Perodua MYVI 1.3 (2016)
Kadar Kongsi: RM120 sehari
Tempoh Kongsi: 10 hari (sebulan)
Pendapatan Kasar: RM120 x 10 = RM1,200
Pendapatan Bersih: RM1,200 - RM500 (loan bank) = RM700
Pendapatan Setahun: RM700 x 12 = RM8,400
Siap buat calculation lagi kan.  Nampak tak korang?berbaloi juga HHe.
Untuk maklumat lanjut korang boleh klik media sosial Rideasy okay! :


Thanks reading!
Much love,
Putery Memory 


Riessa Rose SPA Terbaik & Murah!

$
0
0
Hey akak abang semua!
Baru baru ni Mar lepas Marraton lenguh sesangat badan, mana taknya join warrior challenge mencabar sangatt hhu Then, Mar teringin sangat nak orang urut urut badan . Apa lagi Mar try la ke RIESSA ROSE ni. 
Muka Mar lepas lena diurut ke? ahhaha
SPA RIESSA ROSE ni sangatlah cantik & serba lengkap . Kat sini korang boleh buat Facial Treatment , Body Treatment & juga Body Massage. Tak silap Mar kat Spa ni ada 5bilik untuk treatment taw . So jangan risau korang nak datang boleh book masa korang & tak perlu nak berebut rebut hehhe. 
Bila Mar sampai , Mar dihidangkan dengan teh taw. Layanan diorang baik sangat.
Kalau korang nak tengok pakej pakej yang RIESSA ROSE sediakan boleh terus ke Facebook & Instagram mereka taw . (Link dekat info  bawah)
 Kat RIESSA ROSE ni Mar pilih Aroma Teraphy Massage . 
Pakej Aroma Teraphy
takmahal taw .
60 Minit : RM78
120 Minit : RM138
kat sini juga ada Thai Traditional Massage :
60 Minit : RM68
120 Minit : RM108
Herbal Ball Massage:
120 Minit : RM138
Back & Shoulder Massage :
45 Minit : RM68
Okay ini katil untuk Mar , Mar dah ready untuk diurut yeyy tak sabar hhe!
Apa perasaan ketika & selepas Massage? 
Rasa best & sedap sangat korang . Serius kalau sebelum ni orang nak urut je mesti Mar geli sangatttttt. Alahai tak boleh orang sentuh siket ada la nak tergelak gelak nak jerit jeritt hehe . Geli sangat! TAPI bila kat Spa ni, besttt lah weyhhh! Tak geli . Hebatnyaaaaa staff dia urut Mar . Fuh! memang nak pergi lagi . Bila dah habis urut rasa macam nak lagi jangan stop boleh dak? hahhaha . Rasa puas, sedap & hilang lenguh lenguh badan Mar . Thankyou sangat!
Wah kat sini pun boleh Sauna & mandi bunga taw . Ehem next month jomla mandi bunga !


Ini pula kerusi , untuk korang massage kaki sahaja. 
Ini tempat untuk Facial Treatment 
Aha, korang kat sini juga ada jual Jamu terbaik untuk wanita taw. Mar dah makan satu. Makin bertenaga . hehe 

Ini adalah staff RIESSA ROSE, yang urut badan Mar tu haa yang sebelah kanan kecik molek tu . Fuh tangan dia bestt heheh .

Korang yang nak cari Spa Mar memang recommend sangat SPA ni sebab servis dia terbaik. Memang ikhlas review dari hati Mar . Jom kita pergi next month pulak ! hehhew

TEL
03 92865499
012 2155499
FACEBOOKRiessa Rose
INSTAGRAMRiessarose 

LOKASI :
Lot F-07A, Fisrt Floor G-Village, No 35, Jalan Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur. 


5 Sebab Kenapa Mar Sayang Nak Potong Rambut

$
0
0
Hey girls, 
sesiapa yang rapat dengan Mar mesti tahu rambut Mar panjang mana. hehe Okay kenapa Mar sayang sangat nak potong rambut tuuuu T_T :


1)    USAHA GIGIH KAU SELAMA NI
      Serius Mar cakap memang takboleh terima kalau tetiba nak potong taw. Sebab nak simpan rambut sampai panjang ni bukan senang . Huhu Mar dah simpan dari form5 SPM taw. Masa tu potong rambut pendek ala ala Janna Nick tu. Lepas tu sampai sekarang tak potong hehe. 8 tahun Mar simpan maunya tak menangis Wuwuwuw T_T . 


 2) CANTIK
Ofkos cantik . Kalau tak takkanlah sayang sangat sangat macam ni hehe. Then, semua orang cakap cantik pulak . Hoho Mar behave Mar! Huhu Sorry sorry . tapi rambut Mar lurus, panjang, ikal mayang. Hhehe sayangla nak potong . Saloon nak potong bawah siket pun takasikkT_T hhu adalah potong siket hujung rambut untuk elakkan rambut tu rosak . Tips bagi orang yg rambut panjang hehe.

 3) UNTUK BAKAL SUAMI
(haha please orang lelaki takleh baca hhe)
Rambut ni kan asset that why setiap wanita sayang sangat sangat kan. Mestilah nak simpan . Then nak bagi cantik bagi hadiah kat suami hhe . Tapi Tapi nanti jumpa jodoh Mar akan potong sampai pinggang je. So nice je kan . Hi bakal suami surprise untuk awak . Wait for it  hhe 




4)       LAIN DARI YANG LAIN
       Kalau kat rumah jadi perhatian siket org rambut pjg ngat ni . Yang pastinya bukan Mar  sorang . Hahah . Mar & anak buah form6 . Memang kitorang geng la boleh save rambut  sampai pjg2 ni .Kalau kami berdua lepaskan rambut tu mesti yang lain . Wow wow tgk tuuu rambut dua anak dara tu . ahhahahah . * tapi bersiap bersedialah bila kami lepaskan rambut ada la adengan kejar mengejar jadi hantu kak limah jap hahhahaha usik anak buah yg kecik kecik hheheh . Sama juga kalau p memana surau /rumah sesapa then nk ambil wudhu org tgk rambut pjg tu diorg excited gila . Tetibaa hati rasa terujaa . MasyaAllah jauhilah sifat riak dari Nabila YaAuloh . hhu . * Nauzubillah* . Cuma kadang sanggup xlepaskan rambut sebab taknak bg org tegur . Nanti ter *riak* susah lak hidup hhu T_T


5) PANJANG RAMBUT, USIA KENAL  EX BOIFRIEND 
(Huhu. takdelah cinta monyet gila zaman muda muda . Urm. maybe la kot ). 

      First potong pendek , sama hari kenal Ex. So faham faham lah dah berapa lama usia kenal dia till now Mar tak potong. Tapi kenal dia just 4tahun je break up takde jodoh orang kata. Kadang, rambut ni pun boleh jadi kenangan dengan ex sbb usia rambut ni sama kan dengan hari 1st kenal dia. Huu Mohon rambut ni takde memory 'terlekatlah' kan . hahaha . Urm dulu Mar pernah fikir juga nak potong rambut ni bila jumpa jodoh yg betul betul jodoh tapi skrg pun takpotong lagi maknanya takjumpa jodoh lagi la tu hhe . TAPI kalau jumpa nanti Mar akan potong pendek sampai pinggang je Hee taksabar! Oppss. 


Then, sure ni favourite rambut Mar, i'll cut like that. bye long hair . Tapi taktahu laaaa bilaaaaa nak potong  . hhe 
Bye awak .. Stalker ya . Haip!



terima kasih sudi baca :)

yang ikhlas ♥, Putery Memory

Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler

$
0
0
http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html


Hey awak! Thanks invite Putery Memory untuk join give away ni. Dah lama sangat tak join . Hari ni rasa macam teringinlah nak join . Mana tahu boleh juga rapatkan ukhwah gitteww hehe. Hadiah Misteri apa tu? Tak sabarnya nak tahu! Hope ada rezeki untuk Putery Memory hehe . 
------------
Untuk pembaca blog Putery Memory ni jomlah korang join giveaway dari blog ASTraveler ni .
Korang klik je link ni :

 Next time i'll make give away also to you guys! Lets support each other okay!


Thanks singgah .
Much Love,
Putery Memory





Eat & Repeat Seksyen 7 Shah Alam perlu perbaiki lagi .

$
0
0
Hey korang, korang tahu kan Mar ni penggemar gila Boatnoodle Restaurant . 
Tetiba baru baru ni Mar jumpa satu kedai yang seakan boatnoodle dari segi harga & saiz mangkukknya . Huhu So rasa nak lah try ! Biasa lah kalau kaki foodies ni .

Bila pergi , nasib baik ada satu meja kosong untuk Mar & kawan kawan. So kitorang masuklah . Biasalah mesti ramai orang nak makan kat kedai yang murah macam ni kan. So bila dah full seat. Ada la cust yang beratur . Tapi hari tu mungkin dia tak sanggup terus blah . hhe
Mar ni kalau boleh nak try semua menu kalau boleh . Sebab murah kan . So hari tu Mar order la Mee celup, bihun sup, laksa , pulut mangga . Rasanya Mar yang order banyak . hahah kawan order dua dua macam tu . So air macam biasala order air anggur je tak silap.

Suasana kat kedai okaylah full. Then setiap meja dekat dekat so kadang macam tak selesa siket orang nak lalu tak muat sebab masa tu Mar duduk meja dekat dengan pintu masuk . Okay makanan kami sampai akhirnya . Kat situ ada la problem siket sampai makanan tak sama yg diorder . Tapi takpela macam sama je .Try je la. Tasabar nak rasa weyh! hehe kemain .


TAPI
Taktahu la kenapa rasa macam semua tak best . hhu sorrylah takkan nak cerita sedap pulak kalau tak sedap hey :( . Mee celup rasa tawar, mee pulak keras siket mungkin sbb terdedah so dia kering then kuah tak berapa panas, So that why la tak lembut . Bihun sup pun sama rasa tawar. Okay makan je la sebab feberet . Adehhh .  Then rasa pulak laksa okayla nice wlpn biasa biasa je. Try pulak Pulut mangga , kecewa la pulak sebab santannya cair lahaiii . Ini jimat bajet ke hape . Tahu la murah . tapi janganla sampai cair camtuu seakan letak air . So tetiba kawan pulak cakap sama macam Mar bihun sup tawar la apa la. Dia order nasi pun macam kureng jugak . Okay dah badmood . Wlpn semua tak sedap . k fine, Mar habiskan je semua. Yelaaa bayar kot . Hurm . Maybe brownies aiskrim je kot yang okay hahah
Lepas ni, Hope EAT & REPEAT dapat improve lagi menu mereka . 
Mar tak kutuk pun . Mar just bagi review betul . Mar tak buat review yang fake . Adehh . Makan dengan senyum aje . hhu

K la bye awak . 
Next kedai makan nak terjah? 


Best Sangat Join Larian Warrior Challenge 2017 !

$
0
0
Assalamualaikum . Hai awak semua!  :)
Perasan tak kita dah nak habis 2017? huhu cepatnya masa berlalu .



Okay guys, 11hb Nov hari tu Mar sempat join larian Warrior Challenge dekat UPNM. Maigad lama sangat Mar tinggal marraton ni then join larian dengan cabaran yang best pulak. hehe Serius best rugi sangat sape yang tak join . Sebelum join Mar sempat lah ajak beberapa orang kawan Mar then ada yang tak sanggup dengan 10km . Bagi Mar 10km tu tak jauh lah. Sebab kalau nak ikutkan larian yang lain lagi jauh. Tapi Mar tetap semangat nak join kalau sorang sorang pun tak kisah! hehe

Tapi Mar dah contact kawan blogger Mar iaitu Mira untuk jumpa dia & kawan kawan kat sana. So its okay je. Mar bertolak dari rumah pukul 06.30am sebab event akan bermula dari jam 7 lagi untuk senamrobik . 

Sampai sana jumpa dengan Mira . Then yang paling syok pasal larian Warrior Challenge ni iatu mereka sediakan breakfast yang best! Memang bagus sangat penganjur larian ni . Biasa kalau larian lain just bagi air & roti biasa je. Ni siap sedaikan roti sandwich dengan inti sardin & telur . Ada pulak pisang sebijik dah la besar gila hhe (Yes sure Mar kongsi dengan Mira untuk habiskan) hhe. Then ada pulak snek Cranberry Mangga yogurt bars dan air mineral . Memang sihat & bertenaga lah semua runner hhe 

Setiap peserta dah dibahagikan wave masing masing. 1-7 . So Mar dapat wave 7 . Iaitu kumpulan larian yang paling last akan dilepaskan. Syoklaa sape dapat wave 1 hhuk . Memang nampak sama je sebab ikut masa sape paling laju & cepat habiskan. Tapi bagi Mar sape yang lari awal best sebab akan semangat untuk lari . Kalau last Mar akan berada dalam kumpulan yang dah ditinggalkan so semangat akan hilang bila tengok oarang orang yang penat . Heeeeeeeeeeeeee takdelah tu pandangan Mar je. Sebab Mar rasa macam tu hari tu . ahhaha 



Bila kitorang dah dilepaskan syok lah awal awal lari pada mulanya . hhu Rasa nak pancit jugak, mungkin sebab xwarm out lama . kitorang kena lari 3km dahulu sebelum tempuh 16 obstacle challenge. Paling frust bila tergendala dekat larian di tepi tasik . Semua macam kanak kanak beratur masuk hutan . Alahai . habis masa kat situ je sebab tunggu turn tak gerak gerak . Atleast laju laju jugak sebab ni competion hhuu ingat lawatan sambil belajar ke . hhu 

Lepas dah melepasi semua tu, kena masuk paya yang membasahkan hampir keseluruhan kasut seluar Mar hhu . Siyes berat weyh! . Okay cooldown buang air sat . Tak maksud Mar buang air dari kasut tu uitt hahahah.  Then terus larii naik anak tangga. Fuh kat situ memang pancit . Then takpe lah berjalan laju laju je naik tangga. Perempuan bahaya sikit kalau lari naik anak tangga. 




Then lepas dah lari jumpa obstacle race . Time tu dah start hujan . Then bayangkanlah kalau licin licin ni susah jugak nak buat terutamanya Monkey bar tu . Then paling best bila Mar dapat panjat tembok yang paling tinggi dekat obstacle race tu . Time Mar sampai kat tembok tu tengok semua ladies tak dapat panjat . Huihh macam mana ni . kalau tak dapat lepas, kira out dari win top three taw. Haaa tengok Mar join bermatlamat jugak hhe. Mar try buat 2x taklepas . Aik asal taklepas . Tetiba takpuaih hati . ahha . So Mar baru tahu silap, kalau nak panjat tembok tinggi tak boleh ambil jarak jauh. Kena lompat dari bawah je then lengan kena kuat untuk cengkam tembokk tu , then gagahkan lengan untuk bawa naik badan & kaki.Fuh! akhirnyaaaa . Im proud to you Mar . heeee .

Then bila dah lepas semua, kena lari menuju bukit besi kot tak silap Mar . Kena hiking & rock climbing . Memang mencabar jugak kat situ sebab hujan licin & terlalu meninggi. Nak turun pulak curam. Kat situ Mar sorang je gigirl lari sorang sorang . Takpelah tak kisah pun walaupun ramai pulak lelaki yang suka mengacau . Lari diam diam la awak. 

Then Mar lari tinggalkan orang orang. Mar tak boleh jumpa orang lain ni,  nak lari jauh jauh sorang sorang hahahha . Sebab nanti emosi tak stabil haha . Maksudnya emosi terganggu tengok orang penat berjalan. Heeee .

Then . lepas dah 2.4 km pulak lari balik ke stadium . Ada cabaran angkat log kayu pulak . okay lupa Mar nak cakap kasut Mar saat tu dah parah dah. Hahah . dua dua tapak dah terbukak . Tapi Mar ikat dengan tali kasut . Tali kasut , getah mar dah siap siap bawak dari rumah sebab Mar tahu kasut tu tak tahan. Yela pakai kasut yang paling buruk Mar ada. hahah . Takla buruk tapi macam tahu nak arwah dah . hhiks . So nasib baik dia behave sampai ke garisan penamat . 

So welldone Mar. 
Best gilaaa . Sumpah nak join lagi next year or any marraton yang ada challenge macam tu . Best okay . Siap Mar hadiahkan kasut kat tong sampah UPNM lagi hahahhah .

Event Warrior Challenge ni best sebab ada cabutan bertuah lepas tu . So Tahniah sape yang menang dan bertuah ! Hope nextyear Mar bertuah pulak hehhe. 

Aha,
ada kisah lucu jugak disebalik event ni.
Masa Mar berkaki ayam nak naik kat tangga stadium tu . Pergh tetiba terjatuh dalam longkang . Kaki sebelah je la. Sebab pijak penutup longkang yang tak rapat, masa tu dahla tak berkasut . Agak la sakit, Adeh tapi Mar usaha la bangun wlpn takde orang tolong time tu . Makasih kat orang yang depan longkang sebab kau semua pandai tgk je . hhu .Then bila Mar cuba bangun tu  adehhhhh jatuh kali kedua pulak , Mar terduduk takboleh nak bangun dek besi penutup longkang tu mencekam kaki . Fuh. Hurm lepas tu baru sorang brother ni datang tolong pegang besi tu . Baru nak tolong eh awak? btw Thanks . Mar tak tengok pun sape tolong hari tu . 

Lepas dah balik ada la pulak orang pm facebook mintak maaf . Nak tahu tak nape? sebab dia cakap dia gelak kat Mar masa jatuh tu . Fine! Pape la awak oi . Saya okay je . lagipun Mar tak tahu pulak ada orang gelak . Ape la orang jatuh gelak, bukan nk tolong . 

Dekat seminggu jugak kaki ni lebam lebam dek larian tu . Tapi tak kisah pun sebab puas hati join hhe Then ada pulak luka kat lengan sebab panjat tembok tu . Now dah sembuh dah . hhe 

Oh ya Mar ada pergi urut badan lepas marraton ni . Mar urut dekat RIESSA ROSE . ( korang klik untuk baca okay . Memang puas hati hilang habis lenguh lenguh badan hhe .


Thanks penganjur Warrior Challenge ! Goodjob for your best event!

Bye guys,
Love,
Mar


Pak Chu Tomyam Keramat Kedai Makan Wajib Pergi!

$
0
0
Assalamualaikum korang!
Setiap orang mesti ada satu kedai best yang dekat dengan rumah kan. Okay Mar nak share satu kedai best dekat area rumah Mar kat keramat . Kalau korang yang stay keramat KL ni mesti familiar dengan kedai ni .

Kat sini Mar paling suka dia punya MEE CELUP . setiap kali datang kedai ni WAJIB Order hhe .

Sedap, kuah dia best, lauk pun banyak dia taruk ayam,daging, limpa macam macam lagi la , always Panas! hhe Then taruk pulak lada jeruk & cili serbuk tu . Perghh lengkap! Sedapnyaaaaa Sekarang ni pun rasa nak pergi kedai tu. Diri sendiri cerita pun tertelan air liur huh! . hahaha

Okay ada satu hari tu Mar try Nasi Kerabu. Sedapnyaaaaaaa pandai akak tu buat dia punya bahan bahan dalam kerabu tu , dari isi kelapa yang digaul bersama ikan tu, dari budu dia, tambah sambal dia pulak. Fulamak . Minta pulak ayam bahagian paha . Mar nak habaq kat korang nak best makan nasi kerabu amikla paha ayam hhi . Mesti termimpi mimpi punya . Sedap & Sedap . Then nasi kerabu nak makan kena gaul kesemua bahan bahan tu baru sedap , then kalau Mar , Mar tambah satu lagi cara iaitu Mar akan perahkan asam limau dan gaul semua . Cuba korang buat , memang menyengatlah semua rasa ada . Hurm , dapnyaaaaaaaaaaa T_T .




Bab Makanan Mar bagi 100% sedaplah . Kalau tak, xde Mar nak datang selalu kat sini . Hehe. Pekena pulak air bandung cincau ni . Hmm . Dahla nak p makan sat! hhe  Oh ya, Mar tak try lagi tomyam dia, kawan cakap sedap jugak. So korang pergi la cuba okay . 
credit pic : zomato.com
LOKASI :
Near, Masjid, Al Akram, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Bye awak semua .
Love,
Mar



Cara Nak Add Channel Astro Untuk Pengguna NJOI

$
0
0
Sesiapa yang nak masukkan NJOI kat rumah akan dikenakan harga sebanyak RM350 macam tu. Mar tak sure details harga yang tepat, Tapi dekat dekat harga tu la. Guna secara free je lepas tu . Yang tak best dia takbanyak sangat channel ahha .


NAK TAMBAH CHANNEL .

Nak tambah channel korang kena beli  kad tambah nilai 7 Eleven atau beli secara online .

Masalah :
Okay permasalan Mar , Mar xboleh keluar pergi cari kad topup tu . Then Mar nak buat secara online banking je. huhu Then ada pulak masalah . Okay baca . Mar kongsi .

CARA BELI Secara Online:

Mula mula Mar beli dekat Maybank2u , Kat dalam maybank2u ada untuk beli godek godek la sikit guys, then pilih Njoi. Lepas dah payment akhirnya  berjaya  dapat kod. Dia hantar kod melalui no hp yang kita letak masa pembelian tadi.

Then kena bukak Channel 200 untuk pilih siaran yang kita nak .

So . Mar nak add channel 104 Ria sahaja .

So kat situ ada dia tunjuk Step SMS dgn kod dia bagi . (Yes kena SMS lagi,kemahen njoi ni makan duit orang )

Lepas dah sms. tetiba PROBLEM!

Tetiba sampai sms reply macam ni

-

berulang benda yang sama. Hm

So SOLUTION nya.
mar kena tukar no lain, guna no orang lain .

So guna no lain . Alhamdulillah dah dapat!
YEY! So easy sebenarnyaaa .
Cuma masa tak dapat tu Mar call customer services Njoi ( kena duit lagi nak call pun T_T hhu ) dia ajar cara macam tu & berjaya . So kalau korang ada problem macam Mar try tukar SMS guna no lain taw .

Bye Guys!

Belayar & Bercuti Dengan Kapal Mewah Dream Cruise Kini Dari Port Klang!

$
0
0
Hey Guys,
Thanks sape yang ikuti story instagram Mar! Okay sekarang Mar nak share gambar gambar dalam Dream Cruise! Serius mewah sangat ! Dream Cruise kini dari Port Klang ke 4 destinasi . Iaitu Penang, Singapore,Phuket Thailand and Bali Indonesia ! Wah tak sangka dah ada Kapal mewah kat Selangor!
Mesti semua teringin nak bercuti dalam kapal mewah macam ni kan!  Belayar sambil bercuti . Eh syoknya awaaaaak ! 
Okay jom masuk!! 


Mar dah sampai dalam cruise, fuh level dia!
Sebelum ni Mar tahu pasal Star Cruise yang hanya ada 9 level . Dan sekarang Mar masuk cruise yang sangat mewah & besar iaitu mempunyai hampir 20 level! Fuh , pancit . Tapi memang sangat berbaloi sesiapa yang holiday atau honeymoon sambil belayar dengan Dream Cruise ni . Mar tak larat nak round & snap gambar dalam cruise ni sebab besar sangat, Like hotel in hotel gittew , Fuh  T_T

Sekitar dalam Cruise . Jom tengok beberapa tempat yang Mar sempat snap !




Dalam Dream Cruise terdapat event space, meeting room, business centre yang sangat luas serta eksklusif!



CRYSTAL LIFE SPA dalam Dream Cruise















CRYSTAL LIFE FITNESS 
Boleh exercise/workout sambil tengok permandangan laut yang luas . Bestnya!

BOWLING , KARAOKE, PARTY SPACE & etc for entertainment 



SHOPPING DREAM 
Kat dalam cruise juga terdapat Shopping Centre untuk korang yang suka shopping barangan mewah!


TOILET dalam cruise


MAIN POOL DECK,KIDS WATERPARK,WATERSLIDE PARK & etc




best sangat bersantai kat sini, banyak tempat untuk landing landing sambil tengok anak mandi kat pool . hhiks

 PRIVATE PLACE FOR  PALACE GUEST ONLY
Okay kat bawah ni pula Pool for palace guest only!  Yey ! Mar dapat masukk . hehe


Ini lagi eksklusif nak landing bersantai dengan outdoor bed set  Belayar dengan tenang la . hhu
Memang selesa sangat! Landing sambil hirup udara segar .







GARDEN PENTHOUSE
Mar dapat snap beberapa je gambar dalam ni . Yang pastinya semua mewah!




PRIVATE CAFE FOR PALACE GUEST ONLY

Mak ai, cafe ni kami xsempat turun . Tengok dari atas pun dah nampak mewah sangat!




DREAM CRUISE CAFE
Kat dalam cruise ni sebenarnya terdapat banyak cafe & juga restaurant . Ada juga ala ala foodcourt!
Menu yang best dekat cafe ni! Mar bagi 100% Sedap . Tak sangka ada juga masakan melayu . 
Satay, Ikan bilis, Murtabak , Thai Young Mango tu sedap . Dan satu tu lagi abelone tu  Mar tak suka . Heeeee
Ayam Bertutu! Klasik nama . hahaha yang pasti Mar makan half of ayam. Anak ayam kot hahah sedap weyh awak . Sambal dia sedap . Ayam dia sangatlah lembut. 
Okay gambar sebelah (kiri) ni sedap sangat sup labu emas bersama aneka jenis makanan laut sotong pun ada, memang sedap sangat . Mar suka! Dan pic sebelah (kanan) pulak Leg Crab , Pun ranggup !


Telah dirasmikan dan kini akan belayar dari Pelabuhan Klang . Tahniah Genting Dream!

PRICE DREAM CRUISE 
Harga Promosi untuk belayar bersama Dream Cruise.
Pilih Guys! Yang bawah sekali paling murah ya ikut jenis bilik. Garden Penthouse paling mahal .
Sorry guys, kalau tak banyak gambar , Mar dah taklarat nak snap sebab besar sangat . hhe . Please vist their website for more photo okayh!


Pengalaman yang best dapat naik Dream Cruise! Ai Ai kapten . hhu 

So guys, untuk dapatkan Dream Vacation korang , 
contact travel agent atau boleh call
Contact : 03 23021288 
Email : kl.sales@dreamcruiseline.com 
Visit :

Thanks singgah! 
Much Love,
Mar


New Year Countdown 2018 di Citta Mall bersama Artis & Kpop Malaysia !

$
0
0
SAMBUT TAHUN BARU DI CITTA MALL 

Hey korang, Mar tak pernah sambut tahun baru . hhe  . Tahun ni apa kata jom sambut tahun baru kat Citta Mall Ara Damansara ! Korang mesti suka shopping kat sana kan? So Mardecide lepas lepak lepak makan sana nak tengok bunga apiiii tuuuuuuuu!

Paling best, tahun ni Citta Mall akan menyajikan persembahan dari para artis & juga kpop! Howwah awak yang suka kpop tuu mesti sukaa gila kan. Heheh . Dan bukan itu sahaja kat sana ada banyak lagi aktiviti & persembahan yang menarik  antaranya  street magician,romantic mushroom,kpop dancers, fire eater show& ada banyak hadiah yang disediakan taw!

Korang jangan lupa bawa kamera okay , snap banyak banyak firework tu! Wuuu syoknya! Hhe Mar wajiblah bawa kamera . Nak amik gambar & juga videooo! Kita tunggu fireworks sama sama okay!!
CITTA Mall 2018 New Year Countdown
TENTATIF
TARIKH : 31 Disember 2017 -1 Januari 2018
MASA : 20.00 malam -00.30 pagi
TEMPAT  : CITTA MALL, ARA DAMANSARA

Sebelum ni Mar dah pernah lepak makan sana . Korang mesti ada baca blog Mar kan ada banyak kedai makan best kat Citta Mall! . Antaranya adalah BUBBA GUMP SHRIMP CO ni!  Korang pun boleh try makan kat sini nanti taw . Mar paling suka rekaan dalam restoran ni . Memang cantikkkk sangat! Menu dia pun best woooo . hehhehe



Sedapppp nyaaaaa! Sambil tunggu fireworks nanti nak lepak sini lagii T_T .. 
Meleleh air liurr  . Wuuuu
Boleh klik blog Mar utk baca details Makan Makan Di Citta Mall



So korang yang berhampiran & semua yang  ingin menyambut tahun baru , Jom beramai-ramai ke Citta Mall bawa kawan kawan & juga family taw ! Jangan risau korang boleh tengok event kat facebook juga taw .   Boleh klik :

Citta Mall Address: 
1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Telephone: 03-7662 5000
Website: 
www.citta.com.my
Facebook: 
www.facebook.com/CITTAMall

Guys! Kalau korang nak tengok video countdown party kat Citta Mall tahun lepas boleh tengok kat youtube taw . Memang syok habis!
So jumpa kat sana guys!

xoxo



Ada juga produk muka dari Teh Hijau? | Pelancaran STEA BEAUTY

$
0
0
Hai Awak semua, Sabtu minggu lepas Mar sempat ke pelancaran STEA BEAUTY di Concorde Hotel Shah Alam. Sangat Meriah awakkkk. Hehe Emcee nya yang sangat sporting gelak pecah perut Mar . hahaha  Puan Mastura pengasas STEA ni pun sangat humble orangnya. Mar suka sangat tengok usahawan yang berjaya ni sebab kita boleh amik semangat dari beliau !
Dan, tak sangka kat sana ada performance dari Amylea AF3 taw. First time tengok Amylea dekat dekat. Patotlah cantik berseri amalkan STEA  rupanya! 
Jom Say HI to STEA BEAUTY Guys!

Pengasas STEA, Puan Mastura banyak menceritakan tentang kelebihan STEA ni dan offcourse kita semua tahu ianya sangat baik untuk kesihatan kan. Dan banyak juga testimoni yang berjaya & berkesan bila menggunakan produk dari STEA ni . 

Untuk pengetahuan semua, Produk STEA yang berasaskan Teh Hijau ni didatangkan dalam 2produk  iaitu STEA TEH HIJAU dan yang terbaru adalah STEA BEAUTY di mana ia mengandungi 2 produk iaitu sabun & serum untuk kesihatan kulit wajah kita .

Teh Hijau keluaran STEA ini adalah teh hijau yang asli yang dibawa dari Negara Jepun. Ianya dihasilkan oleh pakar-pakar hebat bagi menghasilkan rasa yang berkualiti tinggi untuk kita sebagai pengguna. 

Yang menariknya untuk STEA Teh Hijau ini, didalam setiap uncang, terdapat serbuk teh yang disebut 'matcha' dimana matcha ini diketahui mempunyai kebaikan untuk kesihatan dan juga kecantikan. Apabila korang minum matcha, korang akan menikmati keseluruahan daun teh dan mendapat 100% kebaikan teh hijau itu sendiri. 

Matcha dikatakan mempunyai 137kali kebaikan berbanding daripada teh hijau biasa dimana antara kebaikannya adalah seperti berikut:
  1. Agen anti penuaan
  2. Tinggi dengan anti oksida
  3. Boleh menambahkan tenaga
  4. Menghalang pengumpulan lemak
  5. Melawaskan proses pembuangan
  6. Mengawal berat badan
  7. Mengurangkan kolestrol
Kiri : STEA TEH HIJAU  kanan : STEA BEAUTY

Ini adalah STEA BEAUTY, Sebelum ni, Mar pernah try produk muka dari kopi je. Tak sangka ada produk muka dari Teh hijau tau korang. Memang agak excited la  sebab Mar suka gila Teh Hijau ni. Tasabar Mar nak pakai . Korang yang nak tengok testimoni dari Mar kena la follow (ig @Puterymemory )  okay . Nanti Mar buat story! 

STEA Beauty ini adalah produk perawatan wajah dimana didalamnya terdapat 2 produk lain iaitu sabun dan serum yang mana produk ini diformulasi dengan teh hijau.

Yang menariknya didalam sabun STEA Beauty ini terdapat serat-serat teh hijau yang bertidak sebagai skrub semasa korang memcuci wajah korang. Serat teh hijau ini akan membantu menanggalkan kulit mati dan juga menageluarkan kotoran didalam pori kulit korang.

Manakala Serum STEA Beauty pula bertidak sebagai agen merawat kulit korang yang mengalami kerosakan. Didalam serum ini mengandungi extact teh hijau, aleo vera, kologen, stem cell apple dan banyak lagi bagi memberikan kesan yang terbaik untuk kulit korang.

Untuk produk STEA Beauty ini terdapat banyak kebaikan sekiranya korang mengamalkan penggunaan produk ini. Antaranya:
  1. Antikoksida yang tinggi bagi merawat wajah
  2. Mengecutkan jerawat dengan singkat
  3. Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  4. Mengecilkan pori-pori
  5. Menghilangkan kulit kusam
  6. Meratakan tona kulit menjadi sekata
  7. Mencerahkan kulit
  8. Mengurangkan kedutan pada wajah


So korang yang berminat lekaih p beli okaih . Harga dia murah je awak 
STEA TEH HIJAU RM60
STEA BEAUTY RM89

Btw, Tahniah Puan Mastura untuk pelancaran produk yang sangat bagus . Mar memang addict dengan produk produk yang berasaskan Teh Hijau ni . Hehe So guys, nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan maklumat dari : 

FACEBOOKsteamalaysiahq
INSTAGRAMstea_malaysia_hq


KITSUI Boleh Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan.

$
0
0
KITSUI MALAYSIA
Supplement Kesihatan yang paling dipercayai!

Hi, Okay hari ni Mar nak cerita satu produk yang Mar amalkan beberapa bulan yang lepas. Iaitu KITSUI MALAYSIA. KITSUI MALAYSIA adalah satu supplement kesihatan yang paling dipercayai, ia hadir dalam supplement untuk kecantikan, kesihatan juga untuk mengurangkan berat badan . 


Mar minum dua flavour ni iaitu Kitsui Meal Replacement iaitu perisa sprulina & Kitsui Royal Lipo Trim iaitu perisa Manggo . Memang dua flavour ni favourite Mar lah! . Sebab rasa dia sederhana je, tak rasa kuat sangat sprulina & juga manggo tu.Tak masam sangat & tak manis sangat. Sedappp . Siap boleh buat breakfast lagi taw kalau tak sempat breakfast!

KELEBIHAN 2 flavour ni adalah : 

KITSUI MEAL REPLACEMENT
-Sihat dan sesuai untuk diet
-Tinggi dalam protein dan serat
- Rendah dalam kalori dan gula
-Menghalang atau melambatkan penyerapan karbohidrat & lemak yang berlebihan dalam sistem penghadaman anda.
-Boleh digunakan utk satu hingga dua hidangan setiap hari

KISTUI ROYAL LIPO TRIM
-Melambatkan pertukaran karbohidrat kepada lemak
-mengawal mengurangkan selera makan
-Mempercepatkan rasa kenyang
-Membakar lemak yang berlebihan
-Lebih sihat selepas pengambilan kerana mengandungi anti-oksida
-Tiada kesan sampingan kepeningan atau menggangu tidur
-Tiada kesan sampingan dengan degupan jantung yang lebih tinggi.

Oh ya awak! 
Ini ada peringatan untuk korang yang ambil Kitsui nanti taw : 
1.      Untuk masalah jerawat sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
2.      Elakkan pengambilan kefein sebab boleh mempercepatkan penuaan.
3.      Masa period better stop sbb sistem pnyerapan badan masih lemah jd bazir jika minum.
4.      Boleh jarakkan waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil ubat dari hospital/klinik.
5.      Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan keatas untuk ibu mengandung/ ibu mnyusu.
6.      Amalkan minum air masak 2-3 liter untuk kesan terbaik.

Cara pengambilan: 
Boleh bancuhkan dalam 150ml air. Boleh bancuhkan dalam air biasa, air suam ataupun air sejuk tapi pastikan betul2 larut dulu sebelum minum. 


Okay why Mar amalkan KITSUI ni? Sebab Mar dah lama sangat cari produk yang boleh menjaga kesihatan badan, meningkatkan tenaga , mengurangkan kolestrol , part yang mengurangkan kolestrol ni Mar nak, sebab Mar ni seorang yang suka sangat makan & makan. Hehe . Orang cakap makan banyak tapi tak gemuk gemuk. Untunglah kau kurus nak makan banyak banyak pun boleh. Ala semua orang tak tahu, Mar makan banyak berat badan Mar ni meningkat jugak. 

Tapi walaupun kurus jangan ingat semuanya sihat dan terjaga taw. So bila Mar amalkan kitsui ni Mar rasa tak risau dah. Hehe .
Jom guys, jaga kesihatan badan. Jaga kolestrol anda okay!


Mar syorkan sangat korang ambil Kitsui Malaysia ni, terutamanya wanita kat luar sana yang  sedang amalkan diet . Untuk sesiapa yang food craving always pun korang patut ambil hhe. Untuk maklumat lanjut korang boleh follow Kitsui Malaysia di media sosial taw:

KITSUI
(HEALTH. SEDUCTION.BEAUTY)


 Nanti tengok video post kat Ig Mar juga taw . 
Bye xoxo

Make Up Kelas Murah & Mudah Faham oleh MUA Onie Yusuf & MUA Nadia Zainol

$
0
0
Assalamualaikum uolls,
Baru baru ni Mar ada share tentang pengalaman Mar make up orang for first time kan. Hehe  . Dan kali ni Mar join satu kelas make up best untuk improve lagi skill make up . Setiap wanita mesti nak pandai make up cantik cantik kan .


Cikgu Make up Mar on that day adalah MUA Onie Yusf & MUA Nadia Zainol . Mereka ni best sangat taw. Sebab kitorang boleh belajar dari zero & nak tanya banyak banyak pun takpe . Hihi Kelas ni memang fun gila. Ugh! nak join lagiii !

FIRST SESSION
Belajar teknik Make Up Natural bersama MUA Nadia Zainol
Make up natural senang , Mar suka sangat make up macam ni .




MAKE UP NATURAL by MUA NADIA ZAINOL 
Tengok cantik sangat hasil tangan MUA Nadia Zainol tu kan. Mar belajar teknik make up natural ni nanti bolehla apply kat muka awak atau muka sendirikk hhehe. Memang senang sangat faham . Tapi kena selalu praktis taw.
SECOND SESSION
Belajar teknik Make Up Half Crease bersama MUA Onie Yusuf.
Make up Half crease ni kena pandai buat eyeshadow. Agak susah sikit tapi tengok MUA Onie Yusuf ajar senang je nampak . Mar kena selalu belatih .Uhukk . Bestnya kalau pandai make up macam ni.




MAKE UP HALF CREASE by MUA ONIE YUSUF
Fuhh cantik sangat!


So lepas dah habis 2sesi tu , kami kena apply kat muka sendiri . Terpulang nak make up natural atau half crease. Syok kan. Lepas kelas dapat terus praktis . Kalau tak faham boleh tanya banyak banyak.


Dan tak sangka kami dapat banyak barang sponsor kat kelas make up ni! Thankss a lot ! 
Suka sangat taw!


Thanks untuk semua yang sponsor kelas Make Up ni :

[-lmbeautycosmetics ] - make up brush & sponge yg sangat comel !
[-chadiyusaishah_shop] - eyeshadow dia tahan lama!
[-glowcskin- Serum best yang Mar dapat!
[-zulaikhazulkifli]- Blouse yang cantik sangat!

Photographer : [izxati_]
Lokasi Kelas Make up :[Zulaikha Zulkifli HQ ]


Antara barang sponsor yang Mar sempat snap! Semua best best taw.
Alhamdulillah , kami berjaya belajar make up dengan jayanya . Tengok siap dapat sijil taw. Awak ada? heee Cikgu dua orang ni best sangat. Korang patut belajar dengan depa taw. Sporting je!
Ni la antara kawan kawan blogger Mar yang hadir ! Semuanya cantik & semuanya suka make up!

Harap sangat ilmu yang dipelajari kat sana dapat dipraktiskan. Korang doa Mar cepat praktis & belajar okay . Heee memang seronok okay belajar make up ni .
Heee Bye guys.

Korang yang berminat cepat contact mereka taw .

Thanks reading
xoxo
Mar

Resepi: Sira Labu Kelantan

$
0
0


Salam Alaik Awak. Sira labu ni sebenarnya bukanlah favourite pun dulu, tapi bila pandai buat sendiri, Memang favourite gila! hhe sedappp rupanya! Dulu bukan main makan pun acah acah makan je. hhe 
Bahan Bahannya adalah :
Labu ( 1biji -Potong panjang)
Daun Pandan (1 atau 2helai-ikat)
Gula Melaka (1//2 -potong biar hancur)
Kapur Makan ( ikut sukatan labu yang diguna)
1)Potong kulit, potong panjang macam ni,dan bersihkan labu, rerambut labu buang juga, kalau takbuang pun boleh, ikut selera awak semua, nak cantik buanglah. hhe
2) Rendamkan dalam air kapur selama 1-2jam. Boleh guna kapur serbuk atau kapur yang dah siap bancuh(cair) . Kenapa rendam dengan air kapur? Sebab untuk biarkan isi labu pejal. So takde lah lembik sangat bila masak. 
3)Dah siap bersihkan, boleh masukkan labu dalam periuk tanpa air ya. Masukkan daun pandan 1 atau 2helai. 
4)Masukkan gula melaka tabur biar rata atas labu dalam periuk ni.
Gula melaka akan cair dengan sendiri. Walaupun anda semua tak letak air jangan risau ia akan masak ya. Kalau nak letak air boleh pastikan sedikiiiit saja k. 
5) Jangan lupa tutup periuk, biarkan dengan api perlahan je taw selama beberapa minit. Jangan lama sangat nanti terlebih masak labu tu ya.
Siap! Fuh nasib baik tak lembik sangat. 
TIPS : Kalau nak sedap bila makan, letakkan sira labu ni dalam peti ais. Buat makan time petang, pergh masuk dalam mulut manis manis sejukkkkk gittew sedapnyaaaa! hhhee  Dahla saya suka gila manis ni awak!

Bye
Follow :
xoxo

Hadramawt Kitchen Wangsa Maju Sedap!

$
0
0
Alhamdulillah, Mar berkesempatan juga untuk merasai makanan arab & timur tengah di HADRAMAWT KITCHEN ni. Ia baru sahaja dibuka dan ramai pengunjung yang singgah untuk rasai sendiri.  Mar salah seorang yang suka sangat makan nasi arab.  So apa lagi, jom food hunting!hee

Hadramawt Kitchen 
beroperasi di Wangsa Maju, Restoran Hadramawt ni bertempat di Bangunan Wangsa 118-Ground Floor, berhadapan dengan Carefour Wangsa Maju. Pada satu masa, ia dapat memenuhi tetamu seramai 100 orang. Jika korang berada dekat Wangsa Walk boleh jalan kaki sahaja ke Wangsa 118. 

BAMBOO BIRYANI
Lamb chunks cooked with Biryani,spiced rice inside bamboo container over charcoal
Tak boleh dinafikan memang sedap.


CARNIVOLS MIX GRILL
Shish Tawooq;Marinated chicken cubes, kebab: minced lamb patties, Awsal : marinated lamb cubes marinated prawns & fish fillet, grilled on charcoal
Ini sangatlah sedap! Cicah pula dengan mayonis tu . 


SALT- BAKED LAMB 
 Chunks of Lamb baked with vegetables inside a crust of fine sea salt
Daging dia empuk sangat. Sedap, rasa dia pun cukup!
ROTI MAULAWAH
Roti ni sedap makan panas panas awak. So lekas makan sampai kenyang hehhe


MUTTABAL, HUMMUS,ARABIC SALAD,STUFFED VINE LEAVES
-MUTABBAL– Creamy Dip of Charcoal Grilled Eggplants & Sesame Paste, blended with Herbs
-HUMMUS– Mashed Chickpeas with sesame paste, Dressed in Olive Oil
-ARABIC SALAD- Fresh Greens, Tomatoes & Cucumbers Dressed in Olive oil & Lemon Juice
-STUFFED VINE LEAVES – Vine Leaves stuffed with Rice, Mint, and Herbs; drizzled with Lemon & Olive Oil
Boleh makan roti cicah dengan ini semua.

KUNNAFAH (DESSERT)
Hair like dough layered with cheese & cream,drizzled with sweet syrup,topped with pistachios
Mar sempat tengok penyediaan Dessert Kunafah ni guys!. Teruja tengok cheese leleh dia! Gulp.

urm, tertelan air liur tengok pic ni. hhu memang lazat sangat. Bila makan rasa berperang dalam mulut,ngap ngap ngap! hhe

Sedap sangat dessert ni, Orang yang suka manis , suka cheese, suka kekacang tu memang patut rasa!
 Nasi Mandy Lamb &  Nasi Biryani . Korang kena cuba dua dua,sebab dua dua Mar suka hhe. Yang paling penting sos dia sedap!
Cakap kat member sebelah, weyhhh awak sedapnya! hhe

Average Cost : MYR 35 (Approx)
I tak sure dengan real price, so korang yang nak cuba makanan arab & timur tengah ni bolehla call dulu untuk pertanyaan & details ya. Memang sedap, tak rugi datang sini. 

Untuk tempahan & sebarang pertanyaan anda boleh hubungi

03-41419841 & 019-3368841


FACEBOOKHadramawtKichen
INSTAGRAMhadramawtkichen

EMAIL: info@hadramawt-kitchen.my. 
LOCATION : Suite G8, Wangsa- 118 No.6, Jalan Wangsa Delima, 53300, Wangsa Maju 


Bye, 
Putery Memory
xoxo

CARI RESORT DI JOHOR BAHRU TAPI PILIH PULAU TIOMAN

$
0
0
Mar suka sangat nak teroka 1 Malaysia taw. Okay last Mar travel hari tu adalah kat Johor.  Itu adalah second time la, pertama kali Mar ke Johor Mar pergi Legoland & baru baru ni Mar ke Pulau Tioman. Best lah Johor ni taw! Banyak lagi yang Mar nak terokai .

So guys, korang semua tahu tak disebalik nama Johor adalah daripada perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Cantik sangat maksudnya, patutlah tempat kat Johor ni cantik cantik hehe


Okay hari tu Mar buat keputusan nak shortvacay sekejap , Mar pilih Johor sebagai destinasi. Hehe so sebelum travel, mar akan search semua resort di Johor Bahru. Cari punya cari, last-last Mar pilih Pulau Tioman. Mar nasihatkan korang sebelum travel banyakkan baca blog travel & juga tanya kawan kawan yang berpengalaman  apa yang best dekat Johor  taw.


Bila tiba kat kat sana dah excited taw, hhe sebab pertama kali juga jejak ke Mersing,Johor ni. Untuk ke jeti  Mar kena berjalan dari hentian bas Mersing , macam syok pulak tengok bandar Mersing!So bila sampai kat Mersing Harbour Centre ni Mar kena tunggu pukul 8pagi untuk beli tiket feri ke Pulau Tioman.

PULAU TIOMAN
Guys, ini pertama kali Mar ke Pulau Tioman taw. Kalau korang nak tahu kat Pulau Tioman banyak kampung. So korang kena decideuntuk holiday kat kampung mana sebelum naik feri.

Bila da researchtentang Pulau ni, Mar buat keputusan untuk holiday kat Kampung Tekek . sebab Kampung Tekek seakan pekan, ada kedai kedai untuk beli something& offcoursesebab ada ATM hhe.  Kalau dah tiba kat Mersing , beli tiket feri korang boleh juga tanya orang orang kat sana tentang Pulau Tioman dan apa yang best kat pulau tu. Mar bila tiba je kat Mersing jumpa orang je Mar banyak bertanya. Hhehe. Mereka pun banyak kongsi cara nak ke sana .

Kalau korang tengok peta ni ia adalah peta perjalanan feri Bluewater Express ke kampung kampung di Pulau Tioman ni. Ada Kampung Genting, Kampung Paya, Kampung Tekek, Kampung Ayer Batang, Kampung Panuba, Kampung Salang, Kampung Juara, Kampung Mukut, dan Kampung Nipah. Korang boleh nak berhenti kat mana mana kampung dengan tiket yang sama tapi sebelum pergi, ingat korang kena buat research tentang resort kat Pulau Tioman dulu taw. Baru lah tak kelam kabut nak cari tempat penginapan nanti hehe. Tapi kalau korang nak walk in pun boleh, tapi kalau nak jimat masa lebih baik buat persedian awal cari resort pilihan korang dulu taw. So bila sampai sana boleh terus buat aktiviti kegemaran korang!


BARBURA SEAVIEW RESORT
Bilik untuk 3orang, 1bilik air : Hanya RM100/day . Mar bagi 4/5bintang!

Kat Pulau Tioman Mar stay dekat BARBURA SEAVIEW RESORT di Kampung Tekek. Why Mar pilih resort ni adalah sebab resort ni betul betul depan pantai.  Hehe  Memang Mar target nak resort yang boleh view pantai. Yela, mestilah nak bercuti sambil rehatkan diri tengok keindahan pulau kan. 

Resort ni sangat cantik. Bilik yang agak luas, selesa ada aircond  & freezer.  Kadang, ada juga rasa tak nak keluar sebab best sangat tidur kat bilik tu . Huu . Memang keputusan yang terbaik sangat stay kat resort ni . Jom tengok gambar gambar Mar kat Barbura Seaview Resort ni.
Cantik sangat ! Ini adalah permandangan Barbura Seaview Resort dari depan pantai . Bila keluar je bilik tengok pantai, terus berlari lari sakan! Heheh Sumpah best korang! Kat sana ramai juga pelancong asing datang holiday taw. Dan resort ni juga berdekatan dengan resort lain.  Kalau korang tengok kat sebelah kanan tu adalah tempat untuk lepak makan dan ber BBQ taw.  Memang syok sangatlah kalau datang dengan family atau dengan kawan ber picnic sesama .hhe 

Wahhhhh tengok permandangan pantai tu guys! Tak tahu nak gambarkan macam mana cantiknya lahaiiiii ! Bila kat sini rasa tenang sangat, memang rasa tak nak balik hhe. Mar boleh habiskan masa 5 jam duduk kat pantai je taw. Kat pantai ni tak ramai sangat, so korang boleh fefeeling staykat pulau ni sorang sorang! Hhiks

 Kalau korang datang holiday kat sini jangan risau kat mana mana tempat pun cantik nak bergambar. Memang full memory Mar! yelah sebab semua tempat cantik kan, dahlaa kaki bergambar sangat . hhhiks 
Oh ya, kalau korang nak tahu pasir kat pantai sini lawa gila! Tengok tu, seakan lukisan . Sebab tu la berjam jam Mar habiskan kat pantai je. Hehe . Bila korang ke Pulau Tioman ni bolehla buat aktiviti snorkeling,memancing dan banyak lagi taw. Masa Mar jenjalan kat pantai ni ada budak budak yang tengah tangkap ikan taw. Hhe so apa lagi join lah sekali. Hhe 

 Mar harap sangat lepas ni boleh datang lagi & nak pergi resort cantik lain juga.  
"More you explore, more you learn, Yey!"

Bila pergi pulau rasa release stress sangat, so mesti lah balik dengan hati yang senang. Hehe Mar syorkan kat korang semua yang nak shortvacay& nak rehatkan diri pergi lah holiday kat pulau taw.

 Hari nak balik Mar singgah satu kedai tepi jeti kampung Tekek ni. Memang sedap sangat. Mar try nasi goreng & roti canai, pergh sedap! Masa ni tengah breakfast sambil tunggu feri untuk balik dah . Permandangan kat kedai ni cantik sangat awak! Rasa macam nak duduk lama jeee. Hhe Breakfast di tepi pulau gitteww . hhiks .
Makcik kedai makan ni sempat tegur tanya menginap kat resort mana, dia banyak kongsi tentang Pulau Tioman ni, baik betul. Orang orang kat pulau ni peramah sangat! Memang rasa nak pergi lagi hhe
Bye Mersing JOHOR! Bye Pulau Tioman.  Johor ni best! So lepas balik dari pulau Mar sempat jenjalan kat Bandar Mersing taw. Memang cantik sangat. Next time kena datang lama sikit baru boleh teroka banyak tempat kat negeri Johor.Nak tau mana lagi tempat-tempat best yang boleh di explore di Johor ni, boleh check senarai unseen malaysia dan pilih negeri johor.


Sempat tangkap gambar kat artwork bangunan kat bandar Mersing! Hehe Jangan lupa taw awak semua, sebelum travel mar nasihatkan korang kena search dulu tempat yang korang nak travel, usha resort  atau hotel  yang best, berdekatan,bandingkan harga & sebagainya taw. Nak senang korang download jeapps Traveloka untuk usha penginapan lagi senang kan. 
Thanks singgah baca .
Bye !



Viewing all 336 articles
Browse latest View live