Quantcast
Channel: Blogger. Model.Vlogger
Viewing all 336 articles
Browse latest View live

Akhirnya Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central, Kuala Lumpur

$
0
0
Sebelum ni selalu tengok Butik Asyikin Exclusive dekat media sosial. Satu daripada butik muslimah yang agak terkenal di Malaysia. Kalau korang nak tahu, Asyikin Exclusive mempunyai dua cawangan di Melaka iaitu di Kota Fesyen Air Keroh dan Pusat Beli Belah Mahkota Parade. Dan kini, pemiliknya Puan Nur Asyikin telah merealisasikan impian untuk melebarkan cawangan ketiga di Kuala Lumpur.
PEMBUKAAN CAWANGAN BARU DI SETAPAK CENTRAL
Akhirnya dah ada kat Kuala Lumpur! Alhamdulillah, Mar berkesempatan untuk bersama sama menjayakan  pembukaan butik baru ASYIKIN EXCLUSIVE di SETAPAK CENTRAL MALL. 
Teruja sangat, sebab dekat dengan Mar taw . Tahniah ! 
Puan Asyikin & Suami Ishak Tang @ Guohua Tang yang merupakan warganegara China dari keluarga muslim. 
Mereka sangat peramah dan humble orangnya. Walaupun merupakan founder butik terkenal tapi tetap nampak rendah diri je. Suka sangat tengok mereka ni. Hehe Mungkin itulah rahsia kejayaan Puan Syikin dan suami . Masa ni mereka menceritakan bagaimana boleh tercetusnya untuk buka butik di Kuala Lumpur iaitu di Setapak Central,yang mana Puan Syikin mengatakan bahawa kat sini merupakan tempat tumpuan warga malaysia & juga pelancong luar negara yang bermastautin di Malaysia membeli belah, terutamanya warganegara china di Malaysia.

Oh patutlah, Mar tengok ramai pelancong china datang shopping time pembukaan hari tu. Dan bila Mar jalan jalan kat Setapak Central ni memang rata ratanya adalah pelancong asing muslim yang datang beli belah kat Mall ni. Bagus juga idea Puan Syikin . 


FESYEN TERKINI DAN MEMPUNYAI IDENTITI SENDIRI
Bila ke butik ni, Mar dapat lihat sendiri koleksi koleksi baru seperti jubah, blaus, tudung, seluar palazzo serta banyak lagi. Kain yang digunakan memang sangat berkualiti tinggi. That's why la ramai yang suka shopping dekat butik ni. Asyikin Exclusive juga ada  koleksi artis Malaysia taw iaitu  koleksi Puteri Sarah Liyana, Sherry Alhadad dan Shila Amzah. Mar suka sangat sebab koleksi fesyen mereka lain dari yang lain taw. Dekat sana juga ada pelbagai jenis saiz dan sesuai untuk semua peringkat umur. So jangan risau memang sesuai sangat untuk shopping satu family.

Bila usha usha pakaian kat sana, rasa macam semua outfit Mar berkenan sebab style yang ikut trend semasa dan harga pula sangat berpatutan. Nasib baik lah dekat ! hhe 
so anytime boleh datang singgah sini. 






Nampak tak seluar jeans yang Mar pegang tu? Cantik sangat, bukan senang nak jumpa seluar jeans yang longgar macam ni, sesuai sangat untuk muslimah .  Kalau pakai longgar longgar pun boleh berfesyen taw awak.  Asalkan kita tahu matching matching kan outfit, then kena selalu up to date dengan trend semasa & juga tempat taw. InsyaAllah akan nampak sopan mengikut syariat asalkan tak berlebih lebih. 

Best pulak dapat borak borak dengan Puan Syikin ni semalam, tak sombong . Mar doakan semoga Asyiking Exclusive ni berkembang maju & dapat buka cawangan lain lagi ke seluruh Malaysia . InsyaAllah . Ameen. 
So korang yang berdekatan boleh singgah terus kat butik Asyikin Exclusive di Setapak Central okay, dan untuk tengok koleksi lain lagi korang boleh usha terus media sosial Asyikin Exclusive ni .  
Bye guys. Thanks singgah baca :)

FACEBOOK : AsyikinExclusive
INSTAGRAM: Asyikin_exclusive

ALAMAT :
Asyikin Exclusive, Level G, sebelah coffee Bean,
Setapak Central Mall, Kuala Lumpur.




Nasi Lemak Sedap Kuala Lumpur - Nasi Lemak Zaleha Keramat Mall

$
0
0
Salam Alayk awak semua.
Tetiba je housemate Mar ajak breakfast sama, so kitorang decide nak makan nasi lemak. Tak sangka dia ajak sarapan tempat makan best!. Nasi lemak ni kan favourite semua rakyat Malaysia , bukan orang melayu je yang suka, cina, india semuanya suka. Hebat penangan Nasi lemak ni kan. Mar dan housemate pun memang hantu nasi lemak. hhiks. 
Kedai Nasi Lemak Zaleha menyajikan pelbagai menu sarapan pagi bukan nasi lemak sahaja, ada juga sup tulang, nasi berlauk  pun ada, nasi kerabu, mee goreng, rendang, kuih muih, minuman dan banyak lagi .
Mar & housemate order Nasi Lemak berlauk. 
Mar Nasi Lemak Ayam Goreng dan housemate Nasi Lemak paru. Sambal boleh minta lebih taw. Nasi banyak sangat dia bagi . Tengok tu kemahen banyakkk sangatT_T hhu Memang tak kedekut la akak jual ni. Kami suka sangats sambal dia , manis pedas masin cukup rasa . Adeh patotlaa ramai orang suka makan kat sini
Dan kat kedai ni juga orang suka order sup tulang taw . Eh pagi pagi pun layan. Kitorang kongsi order satu mangkuk je risau takut tak habis sebab banyak sangat dia bagi . Bila try, Allah Sedap sangat, rempah sup dia pekat dan daging sangatlah empukkkkk . Harga pulak murah rm6.00 je .

HARGA  NASI LEMAK ZALEHA 
( linkungan anggaran harga)

NASI LEMAK BIASA : RM1.50
NASI LEMAK +TELUR MATA : RM3.00
NASI LEMAK +AYAM : RM5.00
NASI LEMAK KERANG : RM4.00
LONTONG : RM5.00
SUP TULANG : RM6.00




WAKTU JUALAN
 7.00 - Tengahari .

ALAMAT:
NASI LEMAK ZALEHA
Level bawah, Keramat Mall, 
UTC Keramat, Kuala Lumpur



Make Up Set Althea Korea Black Box Jadi Pilihan Hati

$
0
0
Bila buka website (Althea Malaysia) , 
Mar paling tertarik sangat dengan Althea Korea Black Box. So yah, finally i got mine! 
Bila parcel sampai rumah tak sabar sangat nak buka. Nak try semuanya! 
Alhamdulillah taw bila try Mar puas hati sangat dengan setiap barang make up dalam box ni, So memang tepat pilihan hati Mar hhe 


Everything from @altheakorea best & gorgeous!
So guys, dalam Althea Black Box ni ada : 
_
•April Skin Magic Snow Cushion
•Smoky Kit Eyeshadow
•Missha The Style 4D Maskara
•Luxe Gel Eyeliner



•April Skin Magic Snow Cushion
Produk dari April Skin semua orang tahu memang best pakai, Mar da try rasa dia smooth sangat, yeah sekarang kalau make up, Mar just alas dengan April Skin Magic Snow Cushion . Nak tengok?try usha instagram Mar @Puterymemory taw .

•Smoky Kit Eyeshadow
Okay yang ni paling seronok sangat, setiap warna ni memang untuk smoky make up look taw! So Mar xperlu lagi nak cari add beli warna lain . hhe Its enough to be beautiful smoky eyes!

•Missha The Style 4D Maskara

Awak! tahu tak, ni kali kedua Mar repeat Missha The Style 4D Maskara.  Sebab sebelum ni dah pernah pakai memang best sebab clean je, tak comot, plus memang buatkan bulu mata kita lentikk. 

•Luxe Gel Eyeliner
Eyeliner roll macam ni Mar suka sebab mudah, hhe so Mar pilih Luxe Gel Eyeliner, hitam menawan!
Bertambah koleksi make up Mar yey! Next nak shopping apa pula dekat website favourite Mar ni? Jom ladies,reward ourself :) 

Layari website make up favourite Mar taw
#MarShare #MakeupWebsiteFavourite

WEBSITE: http://my.althea.kr/ 
INSTAGRAM : @Altheakorea
FACEBOOK : @Altheamalaysia
YOUTUBE: @AltheaKoreaTV

Guys, korang 
juga boleh download Apps Altheadi Playstore taw!
So yah sangat easy kan!


Shopping Keperluan Dapur di Kedai Ayamas

$
0
0
Biasalah kalau tinggal bujang ni mesti kita nak cari barang dapur kan, 
Mar biasanya akan cari tempat tempat yang best dan murah untuk cari barang barang masak, 
Heyy of course la Mar suka masak. hhe Hidup di KL ni kena lah berjimat cermat kan awak. 
Tapi tinggal di mana mana pun mestilah kena selalu masak bagi perempuan, 
nanti takdelah dah kahwin kekok nanti hhe 
#RoadtobeWife gittew hehhe.

KEDAI AYAMAS
Sebelum ni, Mar memang suka makan fast food AYAMAS, tapi baru tahu kat Kedai Ayamas ni 
ada keperluan dapur lain, bukan hanya fast food rupanya ada juga ayam segar, makanan 
sejuk beku(frozen food), aneka jenis perencah serta sos, minuman dan banyak lagi . 

FAST FOOD
Dari dulu hingga sekarang Mar suka menu ayamas sebab mereka
mengekalkan menu menu yang best tu, so takdelah bila pergi je out of stock dah kan hhe
dan kedai Ayamas juga dah perkenalkan menu baru taw, 
nak tahu apa? baca smpai habis

FROZEN PRODUCTS
Tertarik tengok pelbagai jenis nugget, sosej, karipap dan banyak lagi kat Kedai Ayamas ni dalam pelbagai saiz taw, nak yang kecil atau besar semua ada, harga pun memang mampu milik . Biasanya Mar akan beli untuk simpan dalam freezer kat rumah, so Mar pilih nugget & bebola untuk dijadikan makanan segera hhe . Ambil & goreng je!



FRESH CHICKEN
Ayam segar pun ada, yang paling Mar suka bila tengok harga taklah mahal sangat hhe. Nampak tak lepas ni dah boleh beli ayam dekat sini je . Nak size M, L semua ada. Ayam yang dah perap, yang siap potong pun ada taw tso yah la penat penat nak carik pisau tajam lagikk hhe. Okaylah  Mar ambil ayam saize M je dua plastik tak boleh banyak banyak nanti tak muat freezer kat rumah.








Antara barang barang lain yang dijual, Mar dah bandingkan harga sos kat sini  memang lagi murah dari pasaraya taw. Ada santan kotak, sardin, eh banyak lagi lah hhe


Tak sangka juga bila tengok dalam freezer ada nasi siap masak segera taw. Bermacam macam jenis lauk pulak tu, lepas ni pergi pejabat nak makan lunch dengan 'easy and delicious' pun okay. Alang alang nak tunggu turn lama, ambil je yang ni kan. hhiks 
Segala jenis pes Mar dapat tangkap dekat Kedai Ayamas ni, sangat senang bila bizi kerja, ambil je pes pes siap ni untuk masak. 
 ''GOLDEN SESAME ROASTER"
MENU BARU KEDAI AYAMAS
 Yey! Menu baru Kedai Ayamas iaitu Golden Sesame Roaster, Mar dah try taw!


 Mar try menu baru ayam masak dari minyak bijan ni not bad lah, sedap macam yang lain juga . 
Tak ketara sangat perbezaan dia. Ayam tak yah cakap memang cukup empuk awak . hhe
BUKU RESEPI 
"Nak Masak Apa Mak, Meh Mak Tunjuk"
Kat Kedai Ayamas juga ada terjual buku resepi ni taw, memang cukup mudahlah untuk belajar masak nanti. Mar dah belek belek banyak sangat resepi mudah. So masakan pertama esok apa ya? 

Alhamdulillah !
Mar suka sangat dengan Kedai Ayamas ni sebab cukup lengkap dengan keperluan dapur
dan makanan pun sedap. Okay next month nak shopping barang dapur 
dengan housemate dekat sini lagi lah! 

INSTAGRAM: @kedai_ayamas
FACEBOOK@Kedai Ayamas




Thanks singgah baca awak!
xoxo


Pendapat Putery Memory isu Neelofa & Kelab Malam

$
0
0
Hey guys!, Thanks sudi singgah baca .
Cantik gila awak tengok semua koleksi Neelofa tu kan. Semalam pula Lofa dah launched koleksi terbaru iaitu Be Lofa Turban & Be Lofa Shawl . Omg So cantik . Tapi Mar tak sesuai pakai turban laaa, hhu best sangat kalau muka korang bulat,kecik,comel camtu mesti cantik pakai turban. 




Neelofa selaku pemilik Neelofa Hijab telah membuat pelancaran Koleksi Be Lofa semalam di Zouk Club sempena birthday beliau yang ke 29 tahun .  Congratulation Pretty Mek Kelate Neelofa! Day by day you improved your business very well and great, so proud with your smart and intelligent in business! Boleh tak i nak tahu apa lagi achievement yang you nak buat lepas ni? hhe . Peratiii je si pretty with brain nih . Idola sangat dalam bisnes! Oppps. try awak semua pandang tentang bisnes jap, bukan fikir pasal event tuh . hhu 





Okayla , semalam jadi issue gila tentang pelancaran koleksi tudung Lofa dekat Zouk Club. Okayla why Lofa memilih Zouk Club katanya sebab nak buat pelancaran dengan theme Neon. So yeah dia dah booked the whole club tu tanpa sebarang hidangan arak . Tapi ramai sangat netizen yang bagi pendapat yang baik serta kecaman yang agak melampau.  Betul, memang betul pun Lofa boleh jee sebenarnya cari tempat lain. 

Bagi pendapat Mar pula.
Kalau ikutkan zaman sekarang rasanya tak salah pun Lofa nak buat kat Zouk Club, Sebab kadang bila buat di tempat yang'panas'macam tu mana tahu ia salah satu cara untuk orang orang yang 'clubbing' tu boleh nampak jalan untuk mereka memakai tudung juga. perbaiki diri slow slow walaupun nak bertudung tp stylo melebih lebih. TAPI TAPI , haa ada tapi okay, tak bermakna korang bertudung tiket untuk korang masuk club & bergelek lepas ni. 

Yang mana ada berlaku sebelum ni, salah sorang ustaz yang letak posternya dekat club, dan akhirnya orang orang kat sana ramai hadir ke majlis beliau. You guys ada nampak tak benda yang positif dari situ?

Okay fine mesti dah ramai yang nak kecamPutery Memorypulak bagi komen macam ni. Okay walaupun Mar bagi pendapat macam ni, tak semestinya 100% Mar setuju .


Okay berbalik pada benda negatif yang berlaku. Such ada perempuan bertudung menari nari galak macam orang gila tu, memang salah perempuan tu, why buat performance terlajak galak macam tu, pendapat i memang benda tu salah dari segi performance, i think orang yang handle event atau buat performance perlu ambil sensitif benda tu. Banyak lagi performance yang tak menonjol boleh korang buat.  

Sambil i taip entri ni, 
Tetiba i dapat berita yang gelek kemahen tu kawan blogger i. Pergh, pedih la jugak nama blogger tercalit ni. Yang identiti wanita bertudung masuk kelab pun da panas sebab i pun bertudung. Okayla bila dia sendiri dah minta maaf di atas kelakuan yang tak senonoh tu dan sedar benda tu tak seharusnya berlaku. Kita as masyarakat perlu lah ambil semua tu sebagai pengajaran supaya tak kan terjadi lagi lepas ni. Dia da mintak maaf guys! mohon elakkan dari share video tersebut, lagi banyak kita share lagi mendapat kita kat akhirat . So sama je la level kita dengan mereka. 

Sebenarnya, kalau nak tengok benda maksiat kat dunia ni, kat mana mana je berlaku. Kadang, bukan tempat syaitan bertandang tu pun ada yang buat maksiat, lagi lagha . Cuma kita je yang tak nampak. Sebab apa? sebab tuhan tutup aib kita. 

Jom jaga diri sendiri. 

And to those women berhijab termasuk i sendiri, jom check balik why kita as a women bertudung and how to jaga identiti tu.

Oh ya, bukan itu je, yang lelaki pun kena lah jaga. Orang lelaki bukan setakat kena jaga diri juga malah kena jaga dan guide kami as a wanita juga, maklumlah kadang perempuan ni tak kuat sebab tu lah perlu ada pembimbing . 

Sorry la guys, Mar bukan a good person pun nak bercakap pasal agama, tapi kita cuba perbaiki, jaga semua . Jaga hati. Thankyou . 
Follow @PuteryMemory . 


Huk alos Lofa, Lets do positive marketing strategy okes lepas ni,  i'll support you as always!


Surat Terbuka Kepada Hajjah Neelofa dari Mufti Wilayah Persekutuan

$
0
0
Allahu, menitis air mata baca ni. Mohon kita semua hadam T_T . 
Jom check diri sendiri baik lelaki mahupun perempuan . Tuhan buka mata semua bukan sebab individu tersebut tapi, sebab banyak benda lagha yang dah berlaku sebelum ni yang kita buat buat tak nampak, tak amik peduli pun. Kutuk tindakan mereka tak apa, jangan kutuk individu tersebut, mungkin sekarang tuhan uji mereka,  kita tak tahu masa kita nanti, Moga kita & mereka ambil pengajaran & buat perubahan dalam diri masing masing. Sama sama lah kita jaga diri & hati #LetsSelfCheck .
Sumber : http://muftiwp.gov.my
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur.
Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini. 
  1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
  2. ‎Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
  3. ‎Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
  4. ‎Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
  5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
  6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
  7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya. 
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Jom Travel di Kuala Lumpur Like a Tourist!

$
0
0
Hi guys! Siapa kaki jalan kat sini mesti nak tahu tempat tempat yang best untuk korang explore ! Minggu lepas Mar & kawan Influenzas explore Kuala Lumpur taw! Dekat atau jauh semua Mar nak explorehee. Yang penting dapat luangkan masa dengan kawan kawan, release stress kerja. Walaupun Mar stay kat KL dekat 3 tahun dah tapi tak semua tempat Mar jejakk taw hhu T_T .



KL BIRD PARK
First sekali Mar ke KL Bird Park, ianya terletak di tengah tengah kuala lumpur beredekatan dengan Masjid Negara. Hey, first time taw Mar ke KL Bird Park ni, tahu tak excited dia macam kanak kanak yang teringin sangat tengok bird hhu. Bila dengan kawan kawan ni rasa seronok dapat snap gambar sama sama dengan burung . Burung kat sana sangat lawa macam macam corak & saiz, rasa macam teringin nak bawa balik sekor .

Lawa kan?








Kat sana juga Mar dapat merasai sendiri pengalaman bagi makan & minum kat burung, ingatkan berani rupanya takut jugak si Mar ni hahha. Tapi memang best ada juga burung yang Mar tak pernah tengok taw . KL Bird Park  ni sangatlah besar & luas sampai penat kami jalan. Fuh. 

KL BIRD PARK INFO: 
-Waktu operasi : 9.00pagi hingga 8.00 malam  
-Harga Dewasa : RM27
-Harga Kanak-Kanak : RM13  
-Facebook :KLBirdPark-
Instagram: klbirdparkmalaysia
-Website: www.klbirdpark.com
Penat jalan tak pe, sebab kat sana ada HORNBILL RESTAURANT taw, So dapatlah rehat & makan tengahari. Bila penat penat dihidangkan pula dengan hidangan yang cukup sedap, Omg! Rasa macam heavennya lahai datang KL BIRD PARK ni. 

HORNBILL RESTAURANT.

Hornbill Restaurant menyajikan menu yang pelbagai, ada masakan melayu & juga western. Mar dah try 6 jenis menu dekat sana, rasa rasanya next time sanggup datang KLBIRD PARK semata mata nak makan kat sini je hee.









KL HOP-ON HOP-OFF
Lepas dah habis makan, kami decide untuk naik bas KL HOP ON HOP OFF untuk round KL, Hoyeyyy! Tak sabar nak tengok permandangan Kuala Lumpur. Ramai sangat pelancong dari luar negara naik bas ni taw, kami semua apa lagi merasai sendiri travel like a tourist di KL la hhe. Best korang naik KL HOP ON HOP OFF ni, korang patut naik dengan kawan kawan taw, rasai sendiri pengalaman memang seronok! nak snap gambar pun lawa dengan permandangan bangunan bangunan yang cantik kat ibu kota ni. 





Amboi, kemain hirup udara ke Mar? hhe

KLHOP-ON HOP OFF INFO :
-Beroperasi : 9.00pagi sehingga 8.00malam.
-Bas berhenti di : 20 perhentian .
Dan 70 tempat tarikan yg menarik korang boleh lawati!
-Harga Dewasa : RM55
-Harga Kanak-Kanak: RM30
-Tel : +6 03-9282 2713
-Instagram: klhoponhopoff
-Facebook: klhoponhopoff 
-Untuk maklumat lanjut di : www.myhoponhopoff.com

AQUARIA KLCC

Okay sekarang kami menuju ke KLCC untuk masuk AQUARIA pula, KLCC ni paling dekat dengan rumah Mar taw, tapi Mar tak pernahada pengalaman masuk Aquaria ni, T_T Sedih kan?. So sekarang jom tengok ikan ikan kat dalam sana! Mak aih, bermacam jenis ikan ada. Patutlah ramai sangat pengunjung. Ada banyak juga aktiviti yang menarik disediakan taw. 









AQUARIA KLCC INFO :
-Harga Dewasa: Rm49  
-Harga Kanak-Kanak 3-13 : RM39 
-Harga Warga emas 60 tahun ke atas : RM39
Dibuka dari 10.00pagi – 8.00malam  
(Including Weekends and Public Holidays) 
-Tel : +603 2333 1888 
-Instagram: Aquariaklcc  
-Website : http://aquariaklcc.com/ 


MENARA KUALA LUMPUR (SKY DECK).

Okay hari berikutnya, kami ke MENARA KUALA LUMPUR pula, disebabkan hujan tempoh hari so kami terpaksa cancel(Skydeck ditutup jika hujan), so alhamdulillah akhirnya kali kedua Mar sampai ke SKY DECKni. Korang boleh baca pengalaman pertama Mar naik skydeck kat SINI. Kali kedua Mar pergi ada perubahan, kat sana dah ada café tepi SKYBOX tu, so bolehlaah lepak & snap pic cantik kat Café tu taw. 








Hhehe, mula mula rasa gayat, lepas dah masuk skybox ni korang pasti teruja nak snap gambar banyak banyak! :) Seronokkkkk. hehe



MENARA KL INFO: 
Harga Dewasa : RM75Harga 
Kanak-Kanak : RM39  
Facebook: menarakl 
Instagram: menarakl


Pengalaman explore Kuala Lumpur dengan kawan kawan memang sangat menyeronokkan,best sangat! So lepas ni agak agak Mar nak travel ke mana pulak? Impian Mar bukan hanya nak travel ke luar negara je, tapi Mar juga nak fokus travel seluruh Malaysia. Banyak lagi tempat kat Malaysia tak jejak taw T_T So sad. Okay lepas ni nak tahu kat mana kena stay tuned dekat blog Mar as your favourite Traveller okay!
 
Bye!
Much love
xoxo

Losyen Bakar Lemak Satu Dari Produk Rutin Harian Saya

$
0
0
LOSYEN BAKAR LEMAK | MYRACLE EFFENZEE LOTION| Antara koleksi rutin harian Mar wajib ada losyen untuk bakar lemak satu. Boleh dikatakan semua orang wajib ada. Sebab kita boleh pakai kat tempat yang ada lemak lemak degil heheh. Opps, nampak je Mar kurus tapi ada je bahagian yang mengembang bila makan tak hingat dunia! hurm .

 Myracle Lotion Effenzee : Bau yang best & sejuk lepas pakai!
Losyen yang bersaiz 150 mililiter (ml) ni wangi & tak melekit taw bila pakai, terus meresap je dalam kulit sebab tu la Mar suka pakai.

FUNGSI  MYRACLE EFFENZEE LOTION  
ni adalah untuk :

membantu memecahkan lapisan lemak yang berlebihan
Dapat mengawal selera makan
Memudarkan kesan selulit
Mengurangkan masalah perut buncit
Untuk ibu yang berpantang pula ia dapat membantu mengecutkan rahim
Dapat melancarkan kitaran haid
Membantu melawaskan sistem pencernaan dan sembelit
Menyelesaikan masalah bau badan
Melegakan masalah sakit kepala

SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN
Losyen ni juga sesuai digunakan oleh semua golongan taw, seawal bayi sehinggalah orang dewasa. Dan yang paling penting, wanita yang sedang berpantang pun boleh menggunakan produk ni untuk dapatkan kembali bentuk badan yang ideal tanpa perlu berasa tersiksa. Yelah kalau menjalani rutin diet ketat  ketika berpantang akan mengakibatkan kuantiti susu badan dihasilkan merundum taw. Bagus juga bila ada Losyen Myracle Effenzee ni.

BAHAN BERKUALITI TINGGI
Lebih lebih lagi ia menggunakan bahan bahan yang berkualiti tinggi seperti bunga matahari,jojoba,argan dan buah zaitun. Selain itu ia juga mendapat khasiat daripada vigetol ivy dan kolagen marine. Dengan semua itulah membuatkan losyen ni lebih efektif untuk membantu proses pembakaran lemak. 


Semua bahan bahan dia Mar suka!


Myracle Effenzee Lotion ni Mar suka pakai before sleep & lepas workout
• Suka sangat letak kat perut, kaki, lengan Sebab rasa sejuk & selesa bila tidur . Kalau korang nak efek V dekat muka, sapu la losyen ni dekat dagu k! . 


MAKLUMAT LANJUT TENTANG LOSYEN BEST NI :

INSTAGRAM : effenzee_official 
FACEBOOK: effenzeeHQ


Thanks sudi singgah baca! 
This my favourite day routine!
Much love,
Mar


Asianic Lancarkan 4 Lulur Scrub Best Dan Murah

$
0
0
Hi awak semua . Ingat tak entri sebelum ni Mar pernah share story pasal mandian best tu? Yes Asianic laa!. Mar memang amalkan mandian Asianic ni dari dulu .  Sekarang tak habis lagi hhe . 
So minggu lepas pihak asianic ada melancarkan 4 scrub best pulak . Omg mestila rasa excited sbb Mar dah amalkan produk Asianic ni dah lama kan. So sekarang Mar nak try scrub pula .
Mar suka scrub ni  sebab ia diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi. Lulur Scrub Asianic mempunyai 4scrub best iaitu divariasikan dari Papaya, Seri Tujuh Bunga, Delima, dan Susu Beras. Jadi korang bolehla pilih scrub ikut kesukaan diri taw. Kalau Mar, Mar suka semua. Sebab semuanya wangi hhe . 

Awak! Kalau nak tahu lulur scrub penting untuk penjagaan badan taw sebab ianya akan membuatkan kulit kita sentiasa lembut, bersihkan & menghilangkan sel-sel kulit mati.  Bila dapat scrub dari Asianic ni Mar cuba satu satu taw, memang rasa best sangat. Lulur scrub Asianic ni memang menyingkirkan sel kulit mati & mencerahkan bahagian yang tersembunyi.  

Aha, awak awak semua yang rasa tak selesa dengan bahagian, celah celah yang gelap bolehlaa guna scrub ni taw. Takperlu tunggu nak kahwin dulu baru sibuk cari scrub hhe. Mula jaga badan awak dari sekarang taw, baik perempuan atau lelaki . Ia juga boleh hilangkan bau bau badan. Kalau awak semua guna ianya secara konsisten ia dapat buatkan kulit kita tegang seakan awek muda gittew hhe . 
LULIUR SCRUB PAPAYA

LULUR SCRUB SERI 7 BUNGA 
Ehem ada scrub seri 7muka la hhi awak yg tengah cari jodoh tu bolehla kot pakai . Mana taw jodoh melekat nanti . Ehhh hhe
LULUR SCRUB DELIMA

LULUR SCRUB SUSU BERAS 


Bagi awak semua yang suka memanjakan diri, bolehla guna scrub ni dan berspa dirumah sahaja. Jika nak pergi Spa boleh juga bawa scrub ni taw Mar pun fikir macam tu juga, kalau pergi SPA nak bawa scrub ni laa hhe .



Harga : RM16.90 
setiap Satu . 

Produk Asianic boleh didapati di semua pasaraya besar di Malaysia, farmasi dan juga kedai runcit . Jika korang semua nak senang boleh juga dapati melalui atas talian iaitu AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street, Coopmall.my, Cmasa.my, facebook Asianic Halal dan juga website : www.wonderlandprimary.com 

WONDERLANDPRIMARY SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308    Fax :  +603 7783 6308

Facebook : ASIANIC HALAL 
Instagram : ASIANIC HALAL

                            

Sewa Dewan Perkahwinan & Pakej Katering di UBE Banquet Hall Nilai 3

$
0
0
Assalamualaikum semua, 
Angkat tangan siapa kat sini belum kahwin lagi? kita geng! heee. Bila dah umur 20 tahun ke atas ni mesti semua dah survey servis perkahwinan kan? Ehem, Mar pun nak survey juga lah. hhe Walaupun jodoh tak jumpa lagi, tak kiraaaaa nak survey jugak! hahha takpa Mar tolong survey untuk awak awak semua okayh . 
Minggu lepas Mar berkesempatan ke UBE BANQUET HALL dekat Nilai, sebab sebelum ni Mar dengar orang duk cakap menu katering depa ni sedap. Jadi bila UBE ni dah ada satu dewan besar untuk majlis perkahwinan rasa teruja pulak nak pergi tengok sendiri. 
UBE BANQUET HALL : adalah dewan perkahwinan besar untuk disewakan kepada umum. Ianya termasuk pakej dilengkapi dengan pelamin sekali taw. Korang boleh tengok pakej yang UBE tawarkan kat bawah nanti, memang sangat berbaloi . 
Lawanyaaaa dewan ni. Ehem! macam nak praktis jalan atas red karpet je Mar? Heeee 
Wahhh . Tengok pelamin yang agak kemas. Simple pun dah cantik. Mar pasti kalau request nak tema garden atau tema ala ala Fattzura pun mesti gempak juga! heee Tetiba pikir nak tema apa erk nanti hhi. Bagi la chance Mar nak berangan jap hhe
Dewan perkahwinan


Set makan beradab pengantin dan famili . 








Live cooking pun ada taw bestnya!
Bila UBE ni tersohor dengan menu katering, Mar nak cuba sendiri menu hidangan mereka. Betul ke orang dok habaq sedap sangat tu? Jom try!
AYAM MASAK MERAH
RENDANG DAGING
DALCA SAYURAN
ACAR SAYURAN
PAPADOM
NASI MINYAK
OREN
TEMBIKAI

Review Mar tentang makanan : Bila rasa sendiri memang betul betul sedap SANGAT, betul lah orang cakap menu katering mereka ni sedap taw, Mar paling suka Ayam masak merah dengan rendang tu, sempurna sangat masakan dia, rasa cukup! Tetiba je macam nak makan lagi. Terbaik! Mar bagi 10/10 perfect Indah khabar & indah juga rupa!
SIJIL HALAL
Siap posing depan feberet lagi Mar!

Untuk korang yang ingin menempah boleh tengok pakej yang UBE tawarkan, memang sangat berbaloi :

SRI TANJUNG
- Nasi Minyak/Nasi Hujan Panas
- Nasi Putih
- Ayam Masak Merah Sri Rose / Ayam Madu Tiga
- Daging Masak Kari / Gulai Kawah
-Acar Jelatah
- Papedom Kashmir
- Buah Tembikai
- Air Sirap Kampung
- Air Mineral

PAKEJ TERMASUK :
-Sewaan Dewan
- 25 Unit Meja Bulat + Alas (Top) Mengikut Tema
- 250 Unit Kerusi Chiavary
- 2 Set meja buffet + Alas + Skirting
- Set Meja Makanan Beradab / Makanan
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Makan Beradab dan 
Sekuntum Bunga Di Setiap Satu Meja Tetamu
- 2 Unit Dome Berhidang
- 12 Orang Pelayan Beruniform
- Peralatan Katering

1000/pax  
HARGA ASAL : RM25.50  
HARGA PROMO RM19.90! 

SRI KEKWA
- Nasi  Beriani / Nasi Minyak
- Nasi Putih
- Ayam Goreng Serai / Berempah
- Daging Masak Hitam / Masak Beriani
- Papedom Tah Mahal
- Dalca Sayuran
- Acar Jelatah
-Papadom Taj Mahal
- Buah Tembikai + Oren
- 2 Jenis Kuih Muih ( Manis + Pedas )
- Bubur Kacang Hijau / Pulut Hitam
-Teh Tarik & Kopi O
- Air Punch
- Air Mineral

PAKEJ TERMASUK:
-Sewaan Dewan
- 30 Unit Meja Bulat + Alas (Top) Mengikut Tema
- 300 Unit Kerusi Chiavary
- 2 Set meja buffet + Alas + Skirting
- 1 Set MejaTea Corner + Alas + Skirting
- 1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
Pelamin Dewan  18 kaki
- Set Meja Makanan Beradab / Makanan
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Makan Tetamu
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Beradap dan Sekuntum Bunga Di Setiap Satu Meja
- 3 Unit Dome Berhidang
- 13 Orang Pelayan Beruniform
- Peralatan Katering

1000/pax  
HARGA ASAL : RM23.50 
HARGA PROMO RM23.50 !

DEWAN UBE BANQUET HALL (dari luar)
Oh ya, UBE ni bukan sahaja boleh buat majlis perkahwinan tetapi boleh juga buat apa apa majlis lain contohnya, pertunangan, pernikahan, aqiqah, graduasi, seminar, makan malam, reunion dan lain lain semuanya boleh dibuat di sini taw. Senang sangat untuk sesiapa yang mencari dewan besar dan  dilengkapi dengan kemudahan surau, parkir kereta, bilik persalinan( Bilik VIP), pengawal lalu lintas/Anggota rela, pentas serta penghawa dingin.
So bagi korang yang berminat cepat buat tempahan awal taw. Ada promosi pulak untuk tahun ni ! Rugilah kalau tak booking cepat cepat heee. Bestnya korang yang nak kahwin tahun ni . Happy for you guys! Thanks reading xoxo


INSTAGRAM: UBEBANQUETHALL
INSTAGRAM: UBE_CATERING 

CONTACT : 010 5870000/0107007728
EMAIL: ubebanquethall@gmail.com

ALAMAT:
Lot 16660, Jalan Delima 1, Kawasan perindustrian Nilai3, 71800, Nilai, Negeri Sembilan

Tempat Menarik di Perak Yang Wajib Kunjungi

$
0
0
Hi, Assalamualaikum semua!
Thankyou selalu baca updated dari Mar. Okay sekarang ni Mar nak kongsi cerita kat korang semua Trip Mar ke Perak bersama dengan Gaya Travel. It's my dream to explore the whole Malaysia guys! So sekarang Mar nak share tempat menarik di Perak yang Mar kunjungi.


TAMAN REKREASI GUNUNG LANG,IPOH

Okayy, destinasi Mar yang pertama selepas mengisi perut Mar ke Taman Gunung Lang. Di sana terdapat tasik yang sangat cantik dikelilingi oleh hutan & gunung yang menghijau. Waaaa seronok pulak ambil angin lepas dah kenyang ni. Kat sana kami menaiki bot untuk lihat permandangan dan bergambar . Bila sampai je, Mar boleh lihat ada juga burung serta monyet yang sangat jinak. Hehe teringin nak bergambar dengan monyet tu, tapi bila pergi dekat depa lari. hha Kat sana juga terdapat rumah rumah kayu yang sangat cantik. Memang sesuai lah untuk korang yang nak datang bersiar siar kat sini .




Kalau korang nak tahu, Taman Rekreasi Gunung Lang adalah kawasan bukit batu kapur yang di terokai seawal 1880 oleh pelombong bijih timah Melayu yang mana perlombongan ini telah di lakukan di dalam gua-gua yang terdapat di sini. Kawasan ini juga telah di jadikan kawasan perlombongan bijih besi dan menghasilkan kawasan landskap terganggu seperti kawasan berpaya dan tasik. Kajian Rancangan Tempatan Ipoh 2020 telah mengariskan kawasan Gunung Lang seluas 111.93 hektar sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2 dan perlu di pulihara. Pembangunan yang di benarkan untuk kawasan ini hanyalah eko pelancongan, penyelidikan dan pendidikan. Keunikan formasi batu kapur ini juga menarik minat pengunjung kerana ianya terletak berhampiran pusat bandar Ipoh.




Kat tasik ni ada ikan ikan yang sangat besar taw. Teruja sangat tengok .







FUNTASY HOUSE
Selepas ambil angin segar kat sana, Mar dan team terus ke Funtasy House! Yey tasabar nak bergambar dengan lukisan seni dekat dalam ni. Sebelum ni Mar tengok ramai yang upload pic best best dan cantik cantik dekat sini kan? So nak jugak lah hhe jom snap pic bebanyak! heee




Hehe so lawa & ada yang kelakar gila! hhiks 


KAPAL KOREK (TANJUNG TUALANG TIN DREDGE NO 5 (TT5)
Ia merupakan lokasi di mana tersimpannya kapal korek bijih timah yang terakhir di Malaysia. Kapal korek ini dahulu digunakan sebagai medium untuk mendapatkan bijih timah. Kalau nak tahu Perak memang terkenal dengan hasil mineral ini sehingga penjajah England datang menjajah negara kita untuk mengeksploitasi hasil mineral ini

Sebelum ni kan, Mar tak tahu pun kewujudan kapal korek ni, bila sampai sini rasa teruja juga sebab boleh tahu tentang sejarah kapal korek untuk melombong biji timah ni taw.





















 Untuk Maklumat Lanjut :
Dibuka setiap hari kecuali hari isnin .
Waktu beroperasi : 9.00am-6.00pm
Tel : 0149043255/053702253
Harga Tiket: RM10
Kanak-Kanak (7-12tahun) dan Warga Emas: RM5
Kanak kanak bawah 7 tahum masuk adalah percuma

REFARM 

Refarm pula adalah salah satu tempat yang menarik untuk bercuti bersama keluarga. Korang boleh menginap kat sini, atau pun balik hari. Kat sini juga boleh buat aktiviti atau program taw. Jika korang nak relaks jauh dari bandar nak rasai suasana urban bolehla datang sini,  sebab kat sini macam macam ada, terdapat homestay best, kolam renang, ada pedal boat, nak berbasikal dalam ni pun boleh, ada mini zoo, tanaman pokok dan banyak lagi lahhhh .
Oh ya, kat sini juga terdapat satu gua yang dinamakan Time Tunnel, dalam gua ni terdapat sejarah sejarah lama tentang penubuhan perak. Syok kan datang sini boleh anak anak pun dapat belajar tentang sejarah .





















































































Untuk Maklumat Lanjut:
FACEBOOKrefarm.perak

GUA TEMPURUNG
Gua Tempurung semua orang tahu akan kewujudannya, sebelum ni Mar selalu tengok orang update ke Gua Tempurung ni dekat blog,facebook & instagram. Mar anggap ianya biasa je tapi bila sampai sini, waaaahhh  rasa seronok sangat, sebab dapat tengok sendiri keunikan gua ni dengan cerita sejarahnya. Nampak biasa je tapi bila nak naik ke level yang tinggi, rasa pancit jugak hhe . Rasa macam tak payah pergi gym dah, hahaha.

Antara bukit bukit batu kapur dan marmar yang terindah di Malaysia adalah Gua Tempurung. Tersembunyi di dalam batu kapur ini adalah satu rangkaian sistem gua dalam berbagai dimensi  dan berangkaian seolah sarang lebah . Gua Tempurung berlingkar di dalam perut gunung. Tempurung sebagai satu terowong dari timur menembusi ke barat semenanjung Malaysia, kini jejantas dan tangga  telah disediakan di dalam sebahagian dari gua gua ini dan dengana danya kemudahan tersebut ia memudahkan lagi pengunjung untuk lihat keindahan  ciptaan alam semulajadi dengan lebih dekat.

Bila korang sampai ke level 5 yang paling tinggi dalam Gua Tempurung mesti teruja sangat. Dan korang akan tahu kenapa ianya dipanggil Gua Tempurung.



















DISNEYLAND HOUSE
Omg Guys! Mesti ramai yang tak tahu lagi tempat ni kan, kat Kampar ada tempat seakan Disney Land taww. Sumpah Mar teruja gila bila sampai sini, semua lot bangunan kedai dan cafe cafe kat sini berkonsepkan Disneyland. Turun je bas rasa macam nak berlari lari bak princess je kat sini, Sib baik ramai orang . hhiks .

Sekarang ni tak siap sepenuhnya lagi, means ada bangunan yang dalam renovation . Tapi Mar percaya lepas dah siap semua ianya akan jadi satu tarikan yang sangat menarik di Perak! Eh hebatlaa, Mar suka sangat, sebab semua kedai lawa lawa rasa macam tak habis habis nak snap gambar je sampai sini .


Korang boleh imaginasi sendiri ya, lot kedai tak kiralah ianya cafe, saloon, boutique, semuanya berkonsepkan Disneyland, Yess konsep yang sama yang buatkan korang taknak balik bila sampai tempat ni hhe.


PUSAT EKO-PELAJARAN HUTAN PAYA LAUT MATANG
Bila sampai sini banyak Mar belajar tentang penanamn pokok bakau. Betapa banyak kepentingan untuk kehidupan kita. Pusat ini ditubuhkan pada 1992 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak dengan tujuan untuk menyediakan fasiliti bagi kegiatan rekreasi,peluang eko-pelancongan dan meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan menjaga hutan.




Bila ke sini, Mar dapat lihat sendiri proses penanaman pokok bakau dari A-Z. Mar baru tahu arang dihasilkan dari kayu pokok bakau ni. Hehe. Menarik sangat sebab arang tu juga banyak pula kelebihan untuk kita semua, bukan hanya untuk proses pembakaran tapi ada juga untuk membuat ubat gigi serta macam macam lagi.
























Untuk Maklumat Lanjut :
ALAMAT : Jalan Taiping-Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak.
No Telefon: +058581762/+06058072762 
Waktu Lawatan: Setiap Hari 8.00am-6.00pm


KILANG ARANG KUALA SEPETANG

Kuala Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Mukim yang terletak di daerah Larut dan Matang ni juga sangat terkenal dengan pembuatan kayu arang sehingga ke hari ini. Pembuatan kayu arang di Kuala Sepetang ni sudah menjadi darah daging penduduknya sejak 1900an lagi. Tradisi itu tidak menghairankan kerana pesisir perkampungan nelayan  itu dikelilingi kira kira 40700 hektar hutan paya bakau. Setelah hampir lapan dekad, kayu arang di sini dianggap antara yang yang terbaik di Asia malah ianya turut mendapat permintaan yang tinggi hingga ke pasaran antarabangsa. Sebelum ni Mar tak tahu pun macam mana arang tu dihasilkan, sampai je kilang arang Mar lihat sendiri proses pembuatan arang ni, sangat menarik &teruja.










3 MUZIUM DI PERAK

Di perak, Mar sempat explore 3 muzium sekaligus dalam satu hari taw. Sebelum ni Mar anggap sejarah ni biasa je no need to know more, tapi bila sampai kat 3 muzium ni Mar dapat tengok sendiri sejarah lama yang sangat bernilai. Dengan sejarah ni sebenaranya kita boleh ambil sebagai tauladan & pembelajaran disebalik peristiwa peristiwa yang berlaku . Dan bila kita tahu tentang sejarah juga ia akan buatkan kita kenal erti syukur .

Mar harap sangat semua sejarah atau peninggalan di negara kita dapat dikekalkan hingga ke generasi akan datang, Yes mestilah untuk anak anak Mar sendiri, Mar nak mereka pun tahu kisah & sejarah lama negara .
1) MUZIUM MATANG




















ALAMAT : Kota Ngah Ibrahim Matang,34750 Taiping Perak.
NO TELEFON: +605-8477970
LAMAN WEB: www.jmm.gov.my 
WAKTU LAWATAN: Setiap hari, 8am-5pm


2) MUZIUM PERAK, TAIPING
Muzium Perak merupakan muzium pertama ditubuhkan di Malaysia dan antara yang terawal di Asia Tenggara. Bangunan ini juga telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan. Ia dibina pada tahun 1883 dan siap sepenuhnya tahun 886. Keunikan bangunannya ialah ia mengaplikasikan ciri ciri bangunan masyarakat Moor di India yang digabungkan dengan gaya senibina Neo-classical dan Victorian  masyarakat Eropah. Semasa zaman pemerintahan British, Muzium Perak berfungsi sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan dan eksperimen bahan etnologi, zoologi,arkeologi,herbarium dan mineral. Muzium Perak mempunyai bahan koleksi etnologi, spesimen alam semulajadi, kebudayaan dan seni kraf yang sebahagiannya diklasifikasikan sebagai nadir berusia lebih seratus tahun.







3)MUZIUM TELEGRAM












TAMAN TASIK TAIPING

Kami berhenti rehat dekat satu tasik yang sangat luas dengan  permandangan yang cukup indah . TAMAN TASIK TAIPING  merupakan bekas lombong bijih timah yag mana telah ditinggalkan dan terbiar suatu ketika dahulu. Keluasan tasik ini dalah 61.93 hektar (152.97 ekar). Namun setelah beberapa penambahan kawasan telah menjadikan kawasan Taman Tasik Taiping kini seluas 96.44 hektar(238.32) dan diselenggarakan sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Taiping sebagai kawasan rekreasi.




SubhanaAllah, boleh jadi begitu indah sekali, Mar recommend sangat siapa yang nak berphotoshoot tu datang la photoshoot kat sini, memang superb lawa.  Kat tasik ni juga ada pokok pokok hujan yang besar dan membuatkan kawasan tasik ni teduh & redup. So kalau petang petang nak ambil angin kat sini memang terbaik sangat.  Jadi Mar & kawan kawan tak lepaskan peluang untuk tangkap gambar banyak banyak kat sini .

Kat tasik ni juga sesuai untuk beriadah, sebab Mar tengok ramai yang tak lepaskan peluang untuk berjogging kat sana. Bila beriadah kat tempat yang menghijau ni ianya akan membuatkan kita tenang taw. Kalau tempat ni dekat dengan KL, hari hari Mar datang sini semata untuk jogging . heee




Cantik kan, so korang jangan lupa singgah! :)

ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI

Pada malam hari di Taiping kami sempat singgah di Zoo Taiping ni. Sebelum ni Mar pernah je masuk Zoo tapi tak pernah rasa lagi ber night safari pada waktu malam ni hhiks. Agak menarik taw bila waktu malam, boleh tengok keadaan binatang kat sana yang aktif  pada waktu malam. Mar rasa pengalaman tengok pada waktu malam pun menyeronokkan taw. Ia seakan kita masuk ke dunia haiwan gittew hhe. Pelbagai jenis haiwan ada di Zoo Taiping ni, Mar sempat tengok singa, zirafah, pelbagai jenis buaya, kerbau, memerang, dan banyak lagi . So hampa yang kat Taiping ni dah datang sini belum?


Kalau korang nak tahu, Zoo Taiping menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan, So bila masuk sini pengunjung pun akan rasa lagi dekat dengan haiwan & rasai keindahan alam semulajadi  di sekitar Zoo Taiping ni .
Sempat kami dengar taklimat & juga info tentang Zoo Taiping ni yang mana  Zoo ini dibangunkan dalam kawasan seluas 36 ekar (14hektar) dan memiliki kira kira 1300 ekor haiwan dari 140 spesis mamalia,burung,reptilia dan ikan. 
Untuk Maklumat Lanjut:
FACEBOOK: zootaipingnightsafari
CONTACT: +60194815351    

MAPS ( MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS)

Hoyey! Hari terakhir Mar ke Maps.  Rasa excited nak lompat lompat je datang sini hhe.  MAPS adalah satu taman tema yang baru di Ipoh, Perak. Ianya mempunyai lebih 40 tarikan. Bila Mar masuk kat sini rasa teruja bila banyak animasi yang pernah Mar layan dekat tv hhiks. Kantoi kan tengok kartun kat rumah. Kat sana juga ada persembahan yang diadakan ikut masa yang telah ditetapkan. Mar dapat menonton satu persembahan menarik perlumbaan kereta & juga smurff . Fuh layan sangat!


















Hey walaupun dah dewasa tapi Mar rasa enjoy taw datang sini, Maps bukan hanya untuk kanak kanak sahaja. Mar pasti ianya satu tempat yang menyeronokan untuk satu keluarga. Korang juga boleh adakan famili day, birthday party, team building, theme dinner atau wedding! Wah bestnya kalau dapat photoshoot dengan berlatarbelakang colourful of superhero dekat Maps ni. 
Eh *sorry bahasa rojak pulak,asalkan korang faham * hhe




INSTAGRAM: maps_perak
FACEBOOK: mapsperak

Alhamdulillah. Mar enjoy sangat berada di Perak selama 4hari 3 malam.  Tak sangka Perak banyak tempat menarik yang kita boleh kunjungi taw. Yang Mar paling suka adalah Disneyland House tu, Mar nak repeat pergi sana lagi lepas ni. Rasa macam tak puas bergambar! hhe.
So next destination lepas ni Mar nak explore mana pulak?
Korang nak explore negeri mana?
ce komen kat bawah hhhe. 

Tempat Makan Best di Perak : Baca SINI
Dua Hotel Best Mar stay dekat Perak : Baca SINI



Tempat Makan Sedap Di Perak Wajib Singgah

$
0
0
NASI BAMBOO SUNGAI KLAH
Kami bertolak ke Perak dalam pukul 10 pagi dan destinasi pertama kami singgah di kedai Nasi Bamboo Viral. Mar ingatkan kedai tu biasa biasa je tapi bila sampai kat sana, Mak aih ramainya orang. Beratuq sakan!
Kedai Nasi Bamboo ni memang sangat besar & luas. Teruja tengok variasi menu makanan dekat sini. Korang bayangkanlah ada 100 hidangan di Nasi Bamboo ni & menu ni adalah menu semua negeri ada. So kalau Mar ni orang pantai timur nak makan masakan dari pantai timur pun ada taw. Sebab tu excited sangat sampai tak tahu nak ambil yang mana satu hehe








Kemain beratuq sakan noh. Nasib baik kami pergi awal hhee.


Semua jenis kerabu ada.
Kata Owner, memang beliau buat menu untuk semua negeri memandangkan kat sini ramai pengunjung/pelancong dari seluruh negeri singgah. It's good idea taw! . Dan yang paling best lagi ada menu yang paling istimewa beliau hasilkan iaitu Nasi Bamboo atau Nasi dalam buluh .First time Mar makan, memang sedap, so hari tu Mar decide untuk try menu istimewa dekat Nasi Bamboo ni yang Mar tak pernah makan. Mar tak cerewet taw dalam bab makanan, so Mar boleh je try makanan yg belum pernah Mar jumpa atau makan.


Antara Menu istimewa di restauran ni, sedap. Semuanya Mar makan dengan berselera sekali
(Nasi Bamboo,Nasi Panggang serunding ayam, Ayam Kg Goreng Serbuk,Kambing Salai,Ayam bunian, Kerabu Pegaga )

MAKLUMAT NASI BAMBOO RESTAURANT :
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat
Dibuka seawal 10.30 pagi sehingga 6.00petang.
Alamat
Exit Tol Sungkai, dari traffic light ambil kanan 300m sampai.
Instagramnasibamboosgklah 

BIG BOWL RAMEN
First time Mar kunjungi Big Bowl Ramen, yang mana ianya mempunyai sijil Halal. Bila dengar ramen atau noodle Mar la paling excited sebab favourite. Not bad semua menu kat sini . Tapi Mar paling suka Asam Laksa & kari kat sini . Then Mar try pula puding caramel & coconut shake pun sedapppppp .  Kalau korang tengok bowl besar besar tu tak da la Mar makan sorang hhe. 1bowl tu memang dikhaskan untuk 3 orang makan . So kalau datang sini nak bowl yang besau tu korang datangla ramai ramai dengan kawan & famili taw . 









UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
Facebook : BigBowlRamenn


RESTAURANT GORENG GORENG
Pada waktu malam sebelum balik ke Hotel, Mar singgah di Restorant Goreng Goreng, restoran ni terkenal dengan menu western mereka yang agak sedap . Malam tu Mar try semua jenis menu kat sini. Semuanyaaa sedapp. Dekorasi kedai ni pun Mar suka sangat urban style ! 




















Untuk Maklumat Lanjut :
Address:  27, Jln Meru Utama A1, Ipoh, Perak
Hours
Open ⋅ Closes 12A 
Phone012-477 7508
INSTAGRAMgoreng2cafe 

LEISURE FARM RESTAURANT
Kami berkunjung di Refarm pada hari pertama, bila ke sana wajiblah try menu di Restoran Leisure Refarm ni, yang mana ianya adalah restoran chinese food. Mar suka taw makanan chinese ni sedap & banyak khasiat . 












Ini hidangan yang Mar paling suka, sos dia manis, masam, cukup rasa, rasa macam 
nak mintak resepi je hhe. 


DISNEY BEAUTY AND THE BEAST CAFE
Korang tahu Cafe Beauty and The Beast ni terletak di Disneyland House taw, kami berkunjung ke Disneyland house untuk tengok sendiri betapa cantikknya tempat ni, dan kami pilih Cafe Beast & Beauty untuk minum ais kepal . Omg , dapat ais kepal petang petang memang sedap sangattttttt . Mar order ais kepal milo . Not bad, sedap habis 1 mangkuk i makan hhiks .

ALAMAT :
No 55-G, Disney Avenue, Bandar Agacia, 31910, Kampar, Perak 


RESTAURANT MIKER
Pada waktu malam, kami semua ke Restaurant Miker, dari jauh lagi dah nampak betapa cantiknyaaaaa kedai ni . Kedai Miker ni tersohor dengan Pizza & Tomyam Kelapa. Sampai kat kedai ni, mak aih full house hhu nasib baik ada seat . Pizza kat kedai ni best . Tomyam kelapa okayla .






Maklumat Lanjut: 
AddressJalan Padang, 30020 Ipoh, Perak
Hours
Open ⋅ Closes 12AM

MEE UDANG MAKJAH KUALA SEPETANG
Ahaaa! korang yang datang Perak, memang wajib singgah dekat sini kan? Makjah Mee Udang ni memang dah tersohor sejak dulu lagi . So kalau kedai yang orang cakap best ni Mar pun nak jugak rasa sendiri, yeke best?. hhiks ! Mar order Mee Udang Special. Beza dia adalah saiz udang je. Bila sampai je kat meja, wahhh besarnyaaaa udanggg. Yang pasti bila makan tu, udang dia rasa sangat segar. Memang tak rugi singgah dekat Makjah Mee Udang ni. Sedap!
ALAMAT :
AddressKampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Hours
Open ⋅ Closes 10PM


Thanks sudi singgah baca.
 If you guys nak ke tempat menarik di Perak boleh baca SINI
Menginap di Hotel Paling Best di Perak baca SINI
Bye, Love
Xoxo 

Dua Hotel Terbaik Di Perak !

$
0
0
M ROOF HOTEL
TRIP PERAK | Hari 1 & Hari2 Mar menginap di M ROOF Hotel . 
Hotel yang paling exclusive di Perak.
Bahagian lobi hotel yang sangat exclusive



 THE DELUXE ROOM
Bilik yang super duper selesa.


Sangat Selesa, Servis yang terbaik. Mar bagi 10/10% untuk semua servis. 
Korang yang nak stay dekat sini boleh terus survey website :
untuk membuat tempahan segera taw. 


M BOUTIQUE HOTEL
HARI ke 3, Mar menginap di M Boutique Hotel, Hotel yang sangat urban style ! Paling suka, & Favourite hotel lah! Dari luar pun dah nampak unik, masuk dalam lagi gempak taw!


Waaah! Lawa kan? Suasana dalam hotel yang urban & klasik 
 Dalam bilik pun sama, mengekalkan style sama di setiap sudut hotel . Unik sangat!






 Bahagian Toilet dekat lobi pun sangat style! Its fantastic & cool!
Boleh visit website : https://www.mboutiquehotels.com/ untuk pilih bilik yang cool! hhe 
Mar bagi 10/10% untuk semua servis hotel ni! Terbaik sangat!
Address2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Perak
Bila stay di Perak mestilah nak berkunjung ke tempat menarik kan? Baca SINI 
Dan wajib nak singgah kat tempat makan best! Baca SINI

Bye guys
xoxo

Resepi : Sayur Air Kulit Tembikai

$
0
0
Hey guys! 
Hhe Lepas Masak sempat Mar buat entri resepi untuk awak yang takpernah makan Sayur Air Kulit Tembikai ni. Setelah mar buat survey kat instagram tadi, half of anda semua tahu tentang sayur ni & half jugak takpernaah makan. Jom try okay!

Bahan Bahan :
Kulit tembikai (buang kulit hijau, potong panjang )
Ikan bilis
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Garam/Gula

Cara Cara:
Rebus air dalam periuk ,bila dah mendidih masukkan terus kesemua bahan tersebut (Kulit tembikai,Ikanbilis, bawang putih,bawang merah,garam/gula/perasa) . Biarkan lama sehingga kulit tembikai dah empuk, then siap! Huk alos senang sangat awak main campak campak je pun . hhe



Selamat Mencuba taw awak awak semua! Ini bukti Mar tak cerewet bab makan hhe

Thanks reading
Follow Instagram :  @puterymemory
xoxo 


Buffet Ramadhan RM60 & Promosi Perkahwinan RM30 di The Grand Campbell Hotel

$
0
0
Hai awak semua, minggu lepas Mar try Buffet Ramadhan dekat The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur, first time Mar ke hotel ni rupa rupanya ia berada di tengah tengah Kuala Lumpur taw. Siapa kenal Shopping Complex Sogo? Aha tepi Sogo je awak ! hehe So memang sangat senang siapa yang nak berkunjung dekat sini.

Alhamdulillah  menu buffet Ramadhan yang berkonsepkan sajian nostalgia kat sini semua sedap sedap, rasa macam nak menginap kat sini je Ramadhan nanti hehhe. 
BUFFET RAMADHAN 2018

















 Semuanya menyelerakan & sedap . Ramadhan nanti siap ada live stall taw, lagi lah syokk dapat makan makanan panas panas. Uwwww tasabar!


Siapa yang tercari cari Buffet Ramadhan dekat KL ni boleh cepat cepat booking dengan harga Early bird ni taw. Sangat berpatutan hanya RM60 sahaja. Rugi lah kalau lambat. Ia bermula pukul 7.30 malam sehingga 9.30 malam yang boleh memuatkan 700 orang pada Ramadhan nanti . 


PROMOSI RM30 UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN
Oppps. Mar & Naff siap posing di pelamin kat The Grand Campbell hotel ni . hhe

Gambar tu hanyalah lakonan semata mata, Mar nak share kat sini The Grand Campbell Hotel ada promosi RM30 untuk buat majlis perkahwinan dekat sini taw. 

The Grand Campbell Hotel menyediakan Dewan Bunga Raya berkeluasan 13,800 kaki persegi mampu memuatkan 1000 orang tetamu untuk hidangan buffet. Bagi memberi pilihan kepada raja sehari, hotel ini tampil dengan pakej perkahwinan serendah RM50 per pax. 

Yang paling best pada tahun 2018, Hotel ini menawarkan promosi istimewa buat 50 orang terawal yang menempah pakej perkahwinan di sini. Harga istimewa yang ditawarkan ialah RM30 per pax untuk 1000 orang tetamu termasuk kemudahan lain. Wah. warga kl cepat cepatlah booking taw!

Bagi sesiapa yang berminat boleh terus hubungi The Grand Campbell Hotel 
Email : sales@grandcampbellhotel.com
Contact : 011-26062560/0126871518/01162034457 
Facebook@grandcampbellhotel 


Terima Kasih Sudi Singgah Baca Sini.
xoxo

Ibu Ayah Wajib Bertukar Kepada Produk Bayi Bella Booo .

$
0
0
BELLA BOO MALAYSIA | Hi Semua, mesti kenal usahawan berjaya Bella Alyahya  kan? Pemilik brand fesyen terkenal Bella Ammara. Kini beliau dan partner telah melancarkan produk best untuk bayi pula, Apa yang lagi tertarik sebab produk bayi yang mereka keluarkan dihasilkan dari minyak kelapa dara, bestnyaaaa.  Jom baca lagi!

BELLA BOO | adalah produk terbaik untuk bayi yang dihasilkan daripada bahan bahan semulajadi. Terdapat 3 produk terkini Bella Boo keluarkan iaitu Bella Boo Head To Toe, Bella Boo Baby Powder, Bella Booo Baby Oil. Dan ada 2 lagi produk yang akan bakal dikeluarkan iaitu losyen & purfume. Memang set lengkap bila dengan Bella Boo, so ibu ibu kat luar sana tak perlu risau untuk fikirkan produk produk bayi nanti, hanya ambil set Bella Booo sahaja. Walaupun Mar belum berkahwin tapi rasa sangat tertarik dengan produk mereka, lagi lagi bau yang harum . Oh yaa, ibu ayah sendiri pun boleh pakai taw. So dont worry!
     BELLA BOO HEAD TO TOE | BELLA BOO BABY POWDER | BELLA BOO BABY OIL
Semua produk ini tanpa bahan kimia yang berbahaya, sebaliknya Bella Booo dihasilkan daripada bahan bahan semulajadi iaitu minyak kelapa dara, minyak daun eukaliptus globulus, susu kambing, minyak buah planifolia vanila, minyak elaeis guineensis, pappermint,  myristica fragrans dan banyak lagi. Manakala, baby powder pula bedak yang sangat baik kerana ia menggunakan kaolin clay ( sama macam tepung ubi) ia bukan dari serbuk bedak seperti di pasaraya taw. Ianya membantu  menjaga kulit bayi (masalah kulit ekzema), sesuai untuk kulit sensitif  dan merawat kesihatan kulit anak anak kita semua.







 Bila beli produk ni anak anak juga akan dapat hadiah dari Baby Boo iaitu Story Book dan lain lain. Bestnya!
Okay ada lagi benda yang menarik tentang produk Bella Booo ni sebab produk ni memperkenalkan 5 karakter comel yang mewakili setiap produk mereka . Antaranya :
-Ruby The Bunny 
Rafi The Giraffe
-Eddy The Elephant
-Vivi The Duck
-Buzz The Bee
Mar pasti ia akan membuatkan anak anak kita tertarik untuk menggunakan produk ini lebih lebih lagi karakter tersebut berwarna warni . Wahh memang comel sangat!
Jadi, Mar dah decide bila dah ada anak nanti nak guna Baby Boo je, semuanya mudah & bagus . Tak ada kerisauan lagi lah. hhe Ibu ibu kat luar sana dah buat keputusan belum? Jom bertukar ke Baby Boo. Untuk anda semua yang nak dapatkan boleh terus ke laman web mereka untuk buat pembelian taw .

INSTAGRAM bellabooohq 
FACEBOOKbellabooomalaysia 

Bye,
xoxo
PuteryMemory 

LYNDA RAHIM Presents Moonlight Mile Inspirasi Cinta !

$
0
0
LYNDARAHIM KUALA LUMPUR | presents Moonlight Mile, a destination themed wedding collection! I'm really enjoyed with this fashion show and so excited with this themed. Maybe i can grab it for my wedding ? Ouch! hehe Soon !
Actually, i am really addicted with white color , so yeah, this make me excited to focus on LyndaRahim Collection! Its so fantastic Wow! All the white dress is so perfect. 

Inspired by Bianca Jagger-a quirky and fun loving icon for fashion . The 70's on its own was a defining point in the development of fashion as we know it today, and her choice of wedding attire was set far apart from the stereotypical ball-gown dresses of this era. She chose a single buttoned blazer ( of course wearing absolutely nothing inside), paired with an ankle length skirt, peep-toed Mary-Jane heels and a wide brimmed sun hat detailed with rosettes and a face veil. Not to mention, a flower chain for a bouquet.
 Oh this so crazy! Wanna this beautiful dresss please! 


 Simple but nice right?
 Sexy and gorgeous!
 Look so elegant!
Very detailed and Love that flower! 

Steering clear of Lyndarahim KL's usual, this collection features a cohesive blend of silhouettes and attires-short dresses and long bridal dresses, pant suits and jumpsuits, off shoulder cuts, clean lines as well as low necklines and backs. The collection is aimed at destination themed wedding- Hence, there is no sight of the brand's usual modest and traditional cuts. Most of the detailing is different from LRKL's usual hand embellished laces as well. This time around, the collection incorporates large flowers, petals and wispy feathers, as well as Shimco's luxe beaded laces and Rhea Tan's shoes.

The materials used in this collection are extra special as they have been specifically sourced for internationally by the luxe fabric retailer, Shimco Brunei. The choice of fabric includes French Laces, Beaded Laces, Dutchess Silk, Organza Silk, Fine Tulle, French Crepe, Shantung Silk and etc. Shimco, a luxe fabric atelier, carries the most exquisite and luxurious fabrics from the finest of silks to the most intricate applique laces- adorned with Swarovski crystals and other embellishment. All these fabrics exude opulence and are handpicked by Shimco's buyers, who look for only the best quality to supply to their important clientele, including members of Brunei's royal household.

This ideology has been the inspiration for this collection and collaborations- in line with Lyndarahim KL'S continuous efforts to step out of the classic design identity the brand is always associated with-not because the Lyndarahim KL does not want to continue making its saccharin sweet, girly and super flowy dresses the brand is famed foe, but to show that one in a while, a little difference can be refreshing too.
All the Models with Datin Lynda Rahim (Black blazer)



Congratulation Datin Lynda Rahim, really enjoyed with your fashionshow. One day, i want grab one from Lynda Rahim collection! 
So guys, for more information please visit their social media okay : 

INSTAGRAM@lyndarahimkl


Natasha By DR Fredi Setyawan Sekarang Ada Di Bangsar!

$
0
0
Guys,Korang tahu tak dah lama Mar tak buat facial muka, Mar tercari cari juga tempat facial yang dekat KL, senang sikit nak pergi nanti.  Kebetulan pula NATASHA By Dr Fredi Setyawan dekat Bangsar ni buat workshop skincare. So Mar try usha usha dekat sana. SPA dia sangat besar , dua tingkat . Best pulak tengok SPA ni nampak selesa.

Bila ke SPA ni, Mar dapat tahu jenis masalah kulit sendiri taw. Mereka akan consult kita tentang jenis kulit & produk yang sesuai digunakan untuk kulit muka. Kat sana juga Mar dapat try produk skincare dari NATASHA ni, sangat teruja sebab NATASHA by Dr Fredi ni sangat terkenal dekat Indonesia taw, so mestilah nak juga pakai produk terkenal ni dan rasai apa yang best tentang produk ni. hehehe
___
Balik jeee Mar terus guna produk NATASHA ni, rasa macam sesuai dengan kulit muka sendiri taw. Kalau korang yang nak cari produk yang sesuai memang kena cuba sendiri taw, tak boleh ikut muka orang lain. Cuba la, mana tahu okay juga dengan kulit muka korang.


FACIAL CLEANSER OXYGEN (02) BUBBLE
Facial Cleanser ni paling best taw , ia akan bertukar jadi bubble. 
 
CARA PAKAI:
Ambil sedikit letak kat telapak tangan dan terus sapu kat muka, biarkan beberapa minit. Ambil tisu lembut atau span kering sapu dekat cleanser tersebut. Lepas tu baru korang bersihkan dengan air taw.


Lepas beberapa minit :)

CREAM LEHER (PAGI)
Cream ni smooth je bila pakai kat leher, bagi sesiapa yang ada daki daki kat leher memang kena pakai taw, ia akan hilangkan segala kekotoran daki dan warna gelap kat bahagian yang berlipat tu. 

CARA PAKAI: 
Ambil sedikit dan sapu rata di bahagian leher, amalkan setiap hari untuk kesan yang cepat. 

CC CREAM
Krim ni pun best, warna dia seakan pekat sedikit tapi bila dah pakai ratakan kat kulit muka ia akan sebati sesuai dengan semua jenis warna kulit, ia akan membantu hilangkan bekas jerawat, melembapkan kulit dan yang penting mampu hindarkan dari sinar matahari. 

CARA PAKAI: 
Oleskan krim ni setiap pagi selepas kulit wajah kita dibersihkan taw.

REFRESHING AND SMOOTHING MASK
Rasa dia sejuk & berangin je bila pakai kat muka, rasa macam nak biarkan lama lama hehe 

Ia mempunyai ekstrak botanical dan bahan bahan yang dapat membersihkan wajah, membantu menghaluskan dan melembabkan kulit wajah kita.

CARA PAKAI:
Korang oleskan krim masker ni secara merata pada wajah yang telah dibersihkan ,diamkan sampai kering. Setelah masker kering, bersihkan dengan menggunakan tissue bersih. Dan hindarkan pemakaian disekitar mata.

Mar percaya bila ada produk NATASHA ni semuanya lengkap untuk bawa ke mana mana je, nak pergi travel pun senang bawa 1 set terus, tak perlu nak pening nak bawa produk apa lagi hhee.

Lepas dah usha tempat & try produk lepas ni mestilah nak buat macam macam treatment pulak kat sini . Tasabar!
Yuhuuuu! Mar ada voucher diskaun untuk pembaca blog (PUTERYMEMORY.COM), So korang yang teringin sangat nak buat facial treatment boleh DM Mar dekat INSTAGRAM taw: @puterymemory

ADRESS:
96 JALAN MAAROF, BUKIT BANDARAYA KUALA LUMPUR, 59100
CONTACT: 03 2201 9922/03 2201 9944

WAZE: NATASHA BEAUTY & WELLNESS
INSTAGRAM:NATASHASKIN.MY
FACEBOOK: NATASHASKIN.MY 

Pudore Fragrance - Perfumed Inspired Tahan Lama & Murah

$
0
0
Hi Guys, Korang nak tahu fakta tentang Mar tak? Hahah 
Seumur hidup benda yang paling jarang Mar tukar adalah perfume taw. Bukanlah nak kata Mar orang yang setia pada 1perfume SAHAJA. Dan ada lagi fakta yang korang mesti akan gelakkan Mar hhu. Nak tahu baca sampai habis taw.
PUDORE FRAGRANCE 
Akhirnya jatuh cinta dengan PUDORE perfume ni. Mar tak suka tukar perfume sebab tak boleh bau macam macam perfume sakit kepala. hahha . Tapi bila cuba bau perfume PUDORE ni macam jumpa bauan favourite!

PUDORE ni mempunyai 17 jenis perfume inspired taw. 
Antaranya adalah :

(FOR WOMEN) -Bombshell - Forbidden Rose -Flora-Midnight Fantasy-Incanto Shine-Ralph-Be Delicious-La Vie Est Belle-Vanilla-Moon Sparkle-Apple Blossom

(FOR MEN) -Invictus-1 Million-Desire Blue- Starwalker-Energise-Desire-Eros
_________________________________________________________
Masa nak pilih bauan perfume hari tu, tanpa tengok nama jenis perfume, hanya dengan bau je Mar terus decide, saya nak perfume A & B . Then, sorang brother ni cakapla, awak memang suka bau lelaki ya? Eh Mar cakapla, mana awak tahu? Ni awak pilih dua jenis perfume ni, dua dua sesuai utk lelaki sebenarnya.

Oh, yeke. Kantoiii hehhe. So Mar story la kat dia, sebenarnya Mar memang jenis yang suka bauan perfume lelaki, bukan yang strong sangat pun. Sedang sedang je. Masa sekolah menengah dulu Mar ingat selalu beli sorok sorok perfume lelaki punya hahah. Lupa lak nama brand dia, Bukan nak bagi hadiah kat pakwe taw, tapi nak pakai sendiri hehe.

So Mar tanya balik kat dia, okay ke saya ambil dan pakai  bauan macam ni? Risau la takut bau yang ketara sangat sampai orang cakap lelaki. Hhu dia cakap, okay je jenis ni memang perempuan pun ada pakai hehe. Oh yeah, suka nak lompat lompat! Heee Kalau sesiapa tanya kenapa Mar suka bauan macam tu, jawapan dia satu je, bau dia bestttt . hhiks 

PILIHAN HATI MAR? :
Nak tahu kan bauan jenis yang mana Mar suka?
Mar suka DESIRE& LA VIE EST BELLE !
Bau dia best tak strong sangat taw, dan tak bau yang manis manis, if sweetsweet camtu Mar tak suka sangat hhe. Then lagi satu bau dia tak sakitkan kepala. Susah kan nak describe kan, yang penting bau dia ROMANTIS! ouchhh patotlah Mar sukaaa. heeeeeee



Kalau korang nak tahu dua jenis bauan ni nak seakan sama taw, kalau korang nak bauan yang strong sikit korang boleh pilih  LA VIE EST BELLE. Bau dia semerbak gitu. Hhe kalau nak sedang sedang je amik DESIRE. Serious tak retti nak "describe" kan bau dia macam mana tapi yang pastinya bau dia romantis taw taw awak! Heeeeeeee


Perfume ALFRED DUNHILL – Desire Blue 30ml 
 Perfume LANCOME – La Vie Est Belle 10ml 



KELEBIHAN PUDORE FRAGRANCE:

Perfume ni tahan lama, bila Mar pakai dekat tudung & jaket, lepas 3hari masih bau lagi. Yes walaupun lebih 8 jam dia ada bau lagi taw, kemahen kan! Lagi best bila perfume ni boleh bawa solat. Kalau korang nak tahu perfume ni 100% sama macam original  tak perlu nak cari perfume mahal mahal lagi, Mar lebih suka beli harga yang berpatutan macam ni so bolehla nak kumpul koleksi dua jenis perfume yang Mar suka ni banyak banyak kan hehe. Oh ya, korang tengok packaging dia kecik molek je kan? Mar suka sangat sebab tak berat senang nak bawa ke mana mana, yes! sesuai nak bawa travel. Super love!



Sempat Mar jumpa owner Pudore Fragrance: Encik Rafiq

Nanti lepas dah habis, saya nak tambah stok ya En. Rafiq? 
Lepas ni korang takyah tanya lagi Mar suka perfume apa, 
Mar pilih perfume ni taw taw, sape nak bagi hadiah kat Mar bolehlah beli perfume ni je! hhiks  
So korang semua bolehla pilih bauan yang korang suka sebab ada 17 inspired perfume semuanya best best. 


Check it out gang! :xoxo


Much Love,
Putery Memory

Studio Photoshoot Murah di Setia Alam - Bajiwoa Studio

$
0
0
Mar kena photoshoot untuk Brand Pudore dekat studio ni, malam tu first time Mar ke sana . Alhamdulillah senang je Mar waze BAJIWOA STUDIO terus sampai depan depan. Studio ni kat tingkat atas, so korang yang nak cari studio ni boleh tengok dia punya banner ada tampal kat depan bangunan. Berdekatan juga dengan Setia City Mall :)
Mesti tertanya tanya kan, kenapa nama Studio ni Bajiwoa? Mar pun tertanya tanya . Sebab macam comel & lain dari yang lain. Jom nanti tanya Owner Studio ni . Bila masuk je studio ni. Wah besarnyaaaaa. Lengkap dengan semua kelengkapan lah! Mestilah excited nampak semuanya baru hehe



Bila dah briefing untuk product, Mar terus start photoshoot. Tak sangka owner studio ni sendiri yang jadi photographer untuk malam tu. Mula mula risau juga takut dia telajak profesional so kena posing betul betul tak boleh main main. TAPI rupa rupanya, dia sangat sporting. Bila pose and pose tibe tak tahu nak pose macam mana lagi dia ajar kita pose taw. Terbaiklah photographer ni bisik Mar dalam hati hahaha. Senang sangat berkerjasama dengan photographer kat Bajiwoa Studio ni. Cepat je kerja beliau, dahlah peramah. 

Bila dah habis photoshoot, sempat juga lah Mar borak dengan owner dia selaku photographer hebat tadi, dari tadi lagi macam nak tahu kenapa studio ni nama BAJIWOA, hhu .  Jom kita tanya!

OWNER BAJIWOA STUDIO
Encik Su Aziz
Contact: +6019 - 426 4911

Sejarah nama BAJIWOA?
Bajiwoa adalah dari perkataan jawa . Iaitu yang bermaksud bangun jiwa . Owh! sangat mendalam maksudnya, so korang boleh sebut dengan sebutan baji-wo . Mula mula pun Mar keliru cara sebutan lepas dah tahu baru senang sikit nak sebut . heheheh 


Gambar Photoshoot di STUDIO BAJIWOA .

Antara gambar Mar photoshoot dekat studio ni, semuanya cantik cantik kan, ni belum edit lagi, kalau dah edit mesti letop. hhe gambar la letoppp , bila gambar letop orang dalam tu pun tumpang meletop kebabom. Hee

PAKEJ & SERVIS BAJIWOA STUDIO :

Untuk anda yang tercari cari studio untuk photoshoot baju, photoshoot kahwin, photoshoot konvo atau macam macam lagi lah, Mar recommend sangat Studio ni sebab pakej dia tersangatlah murah. Jika sewa studio tanpa photographer hanyaRM50/jam.Wahh, terbaik sangat. Dengar dengar ada pakej istimewa untuk mana mana bisnes/brand yang baru berniaga tu . Nak tahu kena whatsApp sendiri Encik Su Aziz taw taw :)
Mana nak dapat harga berbaloi macam ni kan? Hanya di Studio Bajiwoa je. Staff staff kat sana pun semua peramah & sporting, yang penting buat kerja pantas kan :)


Inilah owner BAJIWOA STUDIO, Encik Su Aziz. 

So sesiapa yang nak sewa studio atau nak dapatkan pakej fotografi cepat cepat book dengan beliau okayhhh. Mana tahu cakap nama Putery Memory dapat murah lagi . Eh hahha

Check it out guys! :

ALAMAT STUDIO:
Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

INSTAGRAM:@bajiwoastudio
FACEBOOK: @bajiwoastudio 
EMAIL : bajiwoastudio@gmail.com
CONTACT: +0194264911

Viewing all 336 articles
Browse latest View live