Quantcast
Viewing all 336 articles
Browse latest View live

Banngkok Bukan Di Thailand, Banngkok Di Kuala Lumpur!

Assalamualaikum Semua ;)
Okay kali ni tempat lepak makan best mana pula yang Mar jumpa? Tahu kan seorang Mar ni sangatlah suka makanan Thai dan Mar baru tahu ada kedai makanan Thai di Setapak! Yes, paling best sebab dekat. Sebelum ni Mar suka cari makanan Thai/ menu thai food dekat kampung baru je . 
RESTORAN BANNGKOK 
 Dan kali ni, teruja sebab Mar jumpa Kedai Makan Banngkok yang ada macam macam makanan thai! Tak sangka kedai ni tersangatlah besar. Dan kedai makanan thai ni so hipstur sisturrrrrrr gittewww . hehehhe Ala awak awak yang kaki kedai hipstur tu mesti nak makan sini punye, hhiks . 

Mestilah tengok deko kat kedai Banngkok ni sangatlah unik, klasik, urban, hipstur, vintage apa lagi yang seangkatan dengannya heheh . Dan lagi menarik bila tengok staf staf diorang pun sangatlah style! hehhe 
 Bila masuk je, mesti tak tahu nak pilih seat mana satu, semuanyaa cantik cantik. Yes cantik nak snap gambar la wahai instagramer. Mar lah kaki bergambar kan, awak tak. hhu 

Ada juga seat luar, if korang nak lepak makan kat luar taw.
Okay Jom tengok antara menu Songkran yang menarik dekat Banngkok ni

MENU MENU DI BANNGKOK
Guys, menu menu thai kat sini semuanya sedap & ada juga menu yang tak pernah Mar rasa lagi, tapi alhamdulillah semuanya okay. 

Menu ikan kat bawah ni Mar lupa nama menu, rasa dia sangat terbaik. antara banyak banyak lauk, Mar makan nasi dengan ikan ni je sebab sedap , yes sos dia sedapp. 

HOYTOD (CRISPY OYSTER OMELETE)
Dapat telan satu oyster hari tu, fuh sedapnyaaaaa sos dia sangatlah memainkan peranan. Orang Thai ni memang pandai buat sos kan .
MIX LUK CHIN 
( Grilled Squid, Fishball, Meatball, Prawn Ball, Crab Stick)
 KHAO YAM 
( SOUTHERN THAI NASI KERABU WITH FRIED CHICKEN)
HOYTOD 
(Crispy Oyster Omelete)
YAM MAMUANG KAI KROB 
( Green Mango Salad, Crispy Chicken, Sweet Sour Spicy Dressing)
PUU OB WOON SEN 
( Baked River Water Crab, Glass Noodles, Spring Onions)

PULUT AYAM 
 KRAPAW SET 
( BRASIL MINCED LAMB, CRISPY EGG, NACHOS, RICE, BREAD, VEGE, THAI SAUCE)
BANGTO ( Cashew Chicken, Chap Chai, Omelete, Rice)
 SOTONG STIM
Sotong stim dia sedap, cuma sotong je Mar kena struggle sikit nak kunyah hahah


 BIHUN CELUP & KUAY JAB 


TOMYAM POK TEK


KERABU MAGGI

 BURGER 


MIANG KHAM

PANCAKE BANANA SPECIAL

DURIAN ICE CREAM ( WITH STICKY RICE, KUEH BUNGA ROS)

MANGO BING COOL
( MANGO, YOUNG COCONUT, CEREAL,MILK,SHAVED ICE)

 JACK BLACK ( BLACK RICE ICE CREAM SMOOTHIE)

COCONUT SHAKE
Pekat sedap, tak tahu nak cakap sebab memang sedap haha

BIG TOM MOJITO
Air paling rare Mar jumpa, hehe tak pernah okay minum air bercili macam ni heeew
(Rasa dia masam + manis + pedas)

GREEN TEA
Paling best, sebab rasa dia 2x kaw air dekat starbuck tu . hhu

CHA YEN YAI ( THAI ICED TEA SERVED IN THERMOS)

 Ini range harga dekat kedai ni, maaf la Mar tak sempat nak snap semua harga dekat kedai ni. Harga yang berpatutan. Tak murah & tak mahal sangat hehe!

Alhamdulillah, seorang Mar makan dengan jayanya kat Banngkok ni, banyak menu yang sedap sedap dan ada banyak lagi menu yang Mar tak cuba lagi, Haih kena pergi lagi ni. Jom guys! Sangat Recommneded taw !

INSTAGRAM: @BANNGKOK 
BANNGKOK SONGKRAN BAZAAR : 3pm-12am Everyday 
Location : Platinum Walk Setapak KL


Hadiah untuk Hari Ibu - Natasha By Dr. Fredi ada Set Promo!

Assalamualaikum Semua:)
 Korang tahu tak 13 Mei nanti kita akan sambut Hari Ibu? Bila dengar je Hari Ibu mesti semua dah tak sabar nak beli hadiah untuk ibu masing masing kan? Mestilah, Mar pun tak sabar nak balik kampung ni nak bagi hadiah kat Mak hehe. 
Yang paling best bila Mar dengar produk NATASHA BY DR FREDI ni ada buat promosi sempena MOTHERS DAY ni taw. Kalau korang nak tahu Mar dah guna hampir 3 minggu dah produk yang terkenal dekat Indonesia ni. Yup! Bila Mar guna maknanya bestlah. 
____________________________
Mar akan pastikan produk tu bagus untuk kulit Mar, terbukti secara klinikal baru Mar akan konsisten pakai taw. So kalau nak tahu sesuai tak korang kena lah cuba guna & rasai sendiri dulu. Korang boleh baca dekat SINIuntuk tahu tentang produk NATASHA yang Mar dah gunakan. Bila okay pakai  so Mar decide nak hadiahkan Set Promo untuk ibu Mar !  Yeyy!
Ini dia Set Promo NATASHA BY DR. FREDI.
Sekarang hanya RM299 
SET SKINCARE + FACIAL + LAT + BUNGA . 
Wah pakej yang sangat best, siap ada facial, siap ada bunga! Isk mana nak dapat macam ni korang? Sebab tu lah Mar ambil set promo ni, siap boleh bawak ibu kita pergi facial. Untungkan! :)

Dalam Set Promo Natasha By Dr Fredi ni korang akan dapat :

1)Facial Cleanser Oxygen Bubble - Yang ni boleh apply terus pada muka, tak perlu basahkan muka pun. So convenient esp kalau travel & nak basuh muka! Letak then nanti bubble akan form then settle!
2)Toner Ianya penting selepas cuci muka.  Skincare paling basic adalah cleanser & toner. .
3)CC Cream - Bagus sebab ada sunblock & apply sikit je, dah neutral look!
4)Krim Leher - Bukan hanya pada mereka yg expose je, ini boleh digunakan untuk jaga wrinkle & tekstur leher. Orang cakap umur boleh dilihat pada leher kita? hhe jeng jeng jeng! 
    5)Extra Moisturizing Cherry Lip Care- Paling best untuk bibir sebab ada vitamin c, ianya untuk melembabkan & juga mencerahkan bibir kita taw. 


      Korang, bukan itu sahaja taw, untuk first trial, ada 50% discount untuk facial & 20% utk other treatment ❤️ Facial insyallah jadi around RM60++ Sahaja☺️  So cepat cepat contact NATASHA BY DR FREDI untuk dapatkan Set Promo & juga diskaun okay! Yes, Mar recommend untuk korang try produk ni sebab best, sesuai dengan kulit muka taw :)

      For more info :
      Follow INSTAGRAM : 
       @natashaskin_my ❤️

      Bye! Happy Mothers Day to all mothers out there!
      xoxo


      Baju Raya Paling Hot & Trending Tahun Ini.

      Dalam memilih baju raya ni semua pening kepala kan? konfius sebab semuanya cantik cantik tak tahu nak pilih yang mana. Mar pun sama! Hhu Sekarang pun masih konfius sebenarnya TAPI TAPI Mar ada berkenan koleksi baju raya ni. Nak tahu yang mana ? baca sampai habis. Tahun lepas Mar menggayakan kurung moden warna gold & black , agak agak tahun ni Mar nak pilih baju raya warna apa pula ya ? biasanya Mar Suka cari warna yang belum pernah beli. Okay before beli baju raya, ni TIPS Mar setiap tahun taw . 




      TIPS BELI BAJU RAYA 
      -Ikut trend semasa
      -Ikut warna tema tahunan atau warna yang belum pernah beli lagi. 
      -Material kain yang best,tak panas.
      -Boleh dipakai untuk pelbagai majlis
      -Sopan menutup aurat

      Hhehe itu tips Mar, setiap tahun mesti Mar akan tengok tengok apa yang trendy dulu sebelum nak pilih baju raya. Aah memang suka ikut trend, orang kata selalu up to date, Eceh heheh. So bila cari Mar perasan ada satu butik ni koleksi dia sangat memikat hati Mar, memang sangat hot & trendy!

      CIRGARO
      Butik ini menampilkan baju raya yang ikut trend semasa, ringkas & nampak mewah. Antara baju raya  hot & trending CIRGARO tahun ini adalah : 

      WOMEN'S LEBARAN COLLECTION :

      -ADALIA LACEY KURUNG
      -MINI KURUNG CAMELLIA LUXE
      -QUEEN LUXE KURUNG
      -ROSETTA LUXE PEPLUM
      -BATIK CIRGARO KEBAYA

      MEN'S LEBARAN COLLECTION :
      -BAJU MELAYU
      -KURTA TELUK BELANGA KLASIK
      -KURTA KING LUXE
      -KEMEJA BATIK

      Okay kat bawah ni antara koleksi HOT & TRENDING dari CIRGARO& baju sedondon yang memikat hati Mar!

      (1) BAJU KURUNG MODEN CAMELLIA LUXE PEPLUM & KURTA KING LUXE
      Okay kurung ni Mar suka sebab design bajunya nampak mewah, kalau korang nak tahu ia daadaptasi pakaian tradisi masyarakat Melayu iaitu Baju Kurung taw, elemen moden dalam rekaan Mini Kurung Camellia Luxe mengekalkan konsep asas baju kurung iaitu sopan, selesa & 'effortless'.  Mar suka material yang digunakan iaitu dari material brocade bermotif floral keemasan yang timbul "embossed golden lame lurex woven" membuatkan ia nampak mewah dan bergaya kan?  
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      Mini Kurung Camellia Luxe
      Untuk tengok warna lain boleh tengok SINI  
      Bahagian mini kurung ni mempunyai potongan puteri(princess line) di bahagian hadapan & belakang memberikan ilusi kurus & ramping kepada si pemakai taw.  Terdapat pula lapisan (lining) kepada material utama untuk  memberi keselesaan kepada kita semua. Korang perasan tak, jahitan 'handmade' 3D flower decorative detailing membuatkan busana ini nampak lagi ekslusif. Dan Mar suka sebab zip lengan kurung ini memudahkan kita untuk ambil wudhu taw . Nak beliii! T_T  Dan ia sesuai dipadankan dengan Kurta King Luxe dari CIRGARO ni .
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.


      (2) BAJU KURUNG MODEN ALLYSA LUXE PEPLUM & BAJU MELAYU MODEN
      Koleksi ni juga sangat letopss di CIRGARO, Mar percaya bila pakai kurung ni akan buatkan kita nampak berbeza dengan orang lain. Koleksi ni paling ideal untuk dinner ,wedding, atau mana mana event. Yes! Sangat exclusive look kan?. Peplum Alyssa Luxe adalah rekaan yang menampilkan gaya moden iaitu kain potongan duyung atau "mermaid" yang pasti tampak anggun dan lebih kurus taw. Bila lihat peplum ni ia ada satu lipatan "box pleat" di bahagian hadapan yang mana sesuai dan sangat comel dipakai bagi wanita hamil. Manakala jahitan 'handmade' 3D flower decorative detailing yang akan buatkan busana ni nampk lagi ekslusif dan nampak 'hidup' .
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      Allysa Luxe

      Untuk lihat warna lain boleh tengok SINI


      (3) BAJU KURUNG QUEEN LUXE & KURTA KING LUXE  
      Bila lihat baju ni ia nampak simple je kan tapi materialnya Mar suka sangat. Jadi sesiapa yang menggayakan kurung ni mesti nampak lembut je. Kurung Queen Luxe ni sebenarnya mengetengahkan rekaan sofistikated dengan dekorasi jahitan 'handmade' 3D flower decorative dan chunky beads detailing di bahagian lengan. 

      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      Queen Luxe
      Potongan baju labuh hingga lutut menutupi pinggul dan ada potongan 'kembang payung' bagi skirt memberikan gaya yang sopan dan elegant kepada si pemakai taw. Walaupun rekaan klasik menjadi tema utama, sentuhan moden minimalis tetap diberi. Mar suka bila ianya tampak ringkas dan bergaya tanpa imej sarat. 

      Untuk tengok warna lain boleh tengok SINI


      (4) BATIK CIRGARO KEBAYA & KEMEJA BATIK CIRGARO
      Okay yang ni  Mar paling suka dia punya corak batik klasik & tampak moden. Bila sedondon dengan kemeja batik lelaki tu semakin naik seri warna. Suka lahai. Try korang bayangkan bila pakai sedondon ke event, memang korang yang akan nampak paling menyerlah taw, sangat lawaaaa. Omg! Kebaya Batik Cirgaro ni adalah rekaan yang menampilkan gaya terkini iaitu kain batik bercorak ‘floral marble' potongan kipas di bahagian depan skirt yang pasti nampak lebih anggun, klasik dan bergaya!. Dan ianya  hadir dengan 3 warna sahaja iaitu ( Red, Brown, and blue black) . Mar nak yang blue black tu!
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      Batik Cirgaro Kebaya


      Untuk tengok warna lain boleh tengok SINI
                                                   


      (5) KURUNG ADELIA  LACEY  &  KURTA MODEN UNO V3 
      Baju kurung ni Mar suka sebab ia akan membuatkan si pemakai tampil langsing. Dengan design yang beralun dan corak bunga yang memikat hati pemakai untuk tampil anggun. Corak lace yang lembut seakan 3D dan lebih flowy kan?.Ia juga mempunyai bahan pelapis (lining) kepada material utama supaya dapat memberi lebih keselesaan kepada pemakai. Manakala, ia dihiasi pula dengan batu Kristal Swarovski yang dipilih khas  yang mempunyai ciri-ciri warna sama dengan motif lace bagi menaikkan kemewahan busana ini. Baju ni sesuai juga untuk majlis bertunang kan? hehe Boleh beli kat CIRGARO je lah nanti hehe.

      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      Adelia Lacey


      Untuk tengok warna lain boleh tengok SINI
                                                      
      (6) KURUNG MODEN PEPLUM ROSETTA  & KURTA KING LUXE
      Bila tengok skirt Peplum Rosseta ni seakan-akan bulu merak yang berbentuk 3D kan? Sangat Unik! . Dan bila ada lapisan (lining) kepada material utama ia dapat buatkan kita selesa.  Suka kurung ni sebab ia nampak kontemporari & ada signature klasik, ringkas, & mampu milik. Kalau korang perasan peplum ni mmepunyai lipatan yang membentuk 'curved' di bahagian hadapan baju jadi dah tak risau penampakkan perut dah lepas ni hhe
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      Peplum Rosetta

      BAJU SEDONDON / COUPLE SET
      Hurm, agak agak awak nak tak sedondon dengan saya tahun ni? Hehe. Mar suka sangat tengok baju couple atau baju sedondon ni, memang teringin nak pakai sedondon Haha, so maknanya kena cepat cepat cari pasangan hidup la ni kan? Hehe. Semua koleksi kat CIRGARO ni boleh di dipadankan antara satu sama lain taw. Tengok koleksi kat atas tu semuanya menarik kan bila pakai sedondon !

      SESUAI UNTUK SEMUA MAJLIS 
      Bila Mar tengok semua koleksi CIRGARO ni sebenarnya ia sesuai untuk semua majlis bukan setakat untuk hari raya je. Betul tak ? Mar tertarik tengok koleksi lelaki tu jika dipakai sedondon ramai ramai untuk dulang boy, cantikk kan? Yes segak sangat! So boleh dipadankan terus sedondon dengan dulang girl juga. Mar akan pilih baju raya bila ianya sesuai untuk semua majlis taw. Senang lah lepas ni, dah habis raya pun masih semangat lagi nak gayakan! 

      Oh yauntuk awak yang masih pening lagi nak pilih baju raya boleh juga baca BLOG AFZALSUKASUKI taw sebab dia pun ada share baju apa yang nak dipakai raya nanti! :)

      Untuk Maklumat Lanjut tentang CIRGARO:

      CONTACT : +60176055338

      ALAMAT :
      -Butik Cirgaro Apparel , Lot F4A, First Floor Plaza Shah Alam , No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
      -Booth Raya di Ground Floor Plaza Shah Alam ( berhadapan Giordano) & Booth Raya di Ground Floor Aeon Shah Alam ( berhadapan Padini) 


      WAKTU 10 pagi - 10 malam 

      Happy Ramadhan & Happy EidFitri!

      2018 xoxo.


      Menu Masakan Diraja Thailand di Chakri Palace Sangat Sedap!

      Salam Ramadhan Semua!
      Korang tahu kan Mar memang penggemar makanan Thai, kalau korang salah seorang follower instagram Mar, mesti tahu Mar selalu post kedai makan Thai kan. Okay ramadhan kali ni Mar & kawan kawan decide untuk berbuka puasa di satu kedai makan Thai yang sangat terkenal di Kuala Lumpur iaitu CHAKRI PALACE ( Royal Thai Cuisine)

       Kalau korang nak tahu ini adalah salah satu branch CHAKRI PALACE di PAVILLION KUALA LUMPUR yang terletak di Level 4. Sebelum ini Mar selalu makan CHAKRI PALACE dekat KLCC je, tak sangka kat PAVI pun ada, lepas ni senang lah bila shopping dekat pavillion nak singgah makan kat sini.  Ofcourse sedap sebab tu, first day puasa kami semua decide untuk berbuka kat sini. 
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      WITH FRIENDS FOR 1STDAY IFTAR . ALHAMDULILLAH

      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      NASI BERIYANI
       Nasi beriyani kat Chakri ni lembut sangat dan bau rempah dia sangat sedap. Dalam nasi beriyani penuh dengan lauk & aneka bahan bahan yang membuatkan kita nak semua hahha. Okay dua kali Mar tambah nasi ni taw. Kawan Kawan Mar pun sama, sampai licin nasi ni kami tambah. hhe 
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      AYAM GORENG DAUN PANDAN
      (
      Deep Fried Chicken with Pandan Leaf)
       First time kot Mar cuba ayam goreng daun pandan ni, rempah ayam dia sedap then cicah pula dengan pencicah tu lagi ngam rasa dia, mula mula ingatkan biasa je, bila try perghh sedap, nak ambikk satu lagii alaaaa dah habisss dah semua kawan kawan Mar kebas hhe. Sedap sangat sampai semua nak tambah kan. 
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      TOMYAM CHAKRI PALACE
       Okay ini adalah penyebab utama kami nak makan dekat CHAKRI PALACE, Tomyam dia sangat WOW, tak tipuu memang sangat sedap, Mar selalu makan kat klcc tu Mar selalu order Tomyam. Rasa tomyam dia memang memikat hati semua yang sukakan Thai food. Sedap sangat kami order dua mangkuk sebab semuanya suka tomyam kat CHAKRI ni. 
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      DAGING MASAK BLACK PEPPER
      (
      Crispy Prawn with Butter Sauce)
       Okay yang ni pun sama sedap dengan tempat lain, maknanya daging masak black pepper dia notbad okayy. Rasa nak belajar buat kat rumah nanti!
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      UDANG RANGUP DENGAN BUTTER SOS
      (
      Crispy Prawn with Butter Sauce)
      Udang dia sangat ranggup, dan rasa udang sangat segar. Sos butter dia Mar try sikit je sebab Mar bukan penggemar butter sos, tapi rasa dia boleh tahan sedap taw. Kawan Mar yang lain siap tambah lagi sos ni sebab sedap. 
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      KERABU MANGGA
      Harap betul lah nama dia, hhe . Yang ni favourite Mar juga, lepas makan dengan nasi, siap ratah lagi taw. Memang suka masam then ada kacang pula bila makan rasa sangat cruchy dengan mangga nya yang sedap tak lembik, hirisan mangga ni pun sangat elok senang bila kita nak makan. 
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      SOSEJ GULUNG (Sausage Roll
      Mar lupa nak tanya apa yang ada kat dalam, nampak macam telur kan? Mar main makan je sebab sedap sampai lupa nak tengok inti dalam gulung tu hhe. Sumpah sedap, kalau buat moreh ni sedapnya lahaiii. 
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      POPIA GULUNG (Spring Roll)
       Kulit popia dia Mar suka sebab ranggup tapi tak terlalu keras taw, so bila makan tu senang je nak ngapp, wajib cicah dengan sos dia sebab sos pencicah dekat Chakri ni sedap.
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      MIENG KAM
      Siapa tak pernah makan mieng kam ni angkat tangan? rugi taw kalau tak cuba,  ini makanan dari thai, ia seakan makan sireh . Ambil daun kaduk tu then taruk semua bahan bahan dengan sos then lipat daun kaduk tu dan makan! sos mieng kam kat sini pun sedap. Kalau nak tahu sedap tak mieng kam tu tengok pada sos yang dia buat. Heheh
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      PULUT MANGAA & RED RUBY WATER CHESTNUT 
      Alahai pulut mangga dia sangatlah sedap! tapi lain dari yang lain taw, macam ada hirisan roll berwarna hijau tu kan menaikkan selera nak makan, dan Red Ruby tu pun sedap rasa lemak berkrim! Urm!
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      CHAKRI PALCE PAVILLION KL
       Ini adalah suasana dalam CHAKRI PALACE dekat PAVILLION memang sangat selesa untuk bawa family dan kawan kawan makan dekat sini. Staf staf dekat sini pun sangat peramah. 


      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      WITH MANAGER CHAKRI PALACE
      Jadi sesiapa yang nak rasa buffet ramadhan dekat CHAKRI PALACE ni cepat cepat booking taw! Jom cepat cepat rebut peluang untuk berbuka puasa dengan Menu Thai yang sangat sedap & harga yang berpatutan! Mar pun rasa nak pergi berbuka dekat CHAKRI lagi ni T_T hhu 




      LOCATION: 
      [Chakri Palace Pavilion] 
      Level 4 Connection, Pavilion KL, 55100 Kuala Lumpur.

      CONTACT : 03-21431141



      Fashion On Wheels Trak Fesyen Pertama di Malaysia !


      FOWHEELS
      Assalamualaikum, wbt.
      Mar tak sangka tahun ni ada trak bergerak jual baju raya. Sebelum ni Mar tahu ada trak yang jual tudung je. Bila ada trak jual baju raya rasa macam excited taw. Sebab kita tak perlu susah susah nak ke butik dah nak pilih baju raya . Yang best bila dalam trak ada 15 jenama popular di Malaysia taw! 




      Konsep trak ni memang biasa kita tengok kat luar negara, tapi ini yang pertama di Malaysia taw guys!. Mesti semua dah tak sabar nak pilih baju raya kat trak bergerak tu kan, nantikan trak merah jambu FOW yang akan berhenti di 10 lokasi di sekitar Lembah Klang taw! 

      Bestnyaaa! Ia memang memudahkan kita semua untuk membeli busana raya menjelang musim perayaan Aidilfitri ni, Mar suka konsep yang macam ni sebab kadang Mar malas nak pergi butik butik untuk pilih satu persatu dan Mar juga tak minat nak pergi bersesak sesak dalam Event Jualan Besar- Besaran seperti Moodrepublik tu, dahlaa ramai, panas lagi, sangat tak suka. Bagus sangat bila trak ni akan berkunjung tempat tempat yang berhampiran, jadi Mar akan pergi kat destinasi FOW yang paling dekat je nanti. 


      Kalau korang nak tahu FOW ni menggunakan konsep vendor, kesemua jenama di bawah satu bumbung trak FOW . Ada pelbagai baju raya antaranya pakaian untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak, tudung serta aksesori. 15 Jenama terkenal yang ada di FOW adalah Minaz, Jameqha, Bella Ammara, Locka, By Fatin Suhana, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Alkhautar, Zarra Sinar Puteri, Teruna by Hafiz Mahamad, Riaz Arshad, Jelitasara, Sofea Rose, Mummu Scarf, Kaizer Scarf, Syafiqah Aina Hijab, Ravaka dan Rumah Manik.  Wah semua jenama yang Mar suka ada kat FOW ni, bestnya tak sabar!


      Trak FOW akan bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei 2018 di Surian Tower, Damansara bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berakhir pada 9 dan 10 Jun 2018 di Pullman Lakeside, Putrajaya bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Kat bawah ni Mar lampirkan  jadual pergerakan FOW, korang take note okay, jangan terlepas pula . hhhe


      Antaranya adalah :

      TARIKH LOKASI WAKTU :

      21 Mei 2018 Surian Tower, Damansara 10am – 5pm 
      22 – 24 Mei 2018 Menara TM, Bangsar 10am – 5pm 
      25 Mei 2018 Surian Tower, Damansara 10am – 5pm 
      26 – 27 Mei 2018 ShangRi-La, Kuala Lumpur 4pm – 10pm 
      28 – 29 Mei 2018 JKR Tower, Kuala Lumpur 10am – 5pm 
      30 Mei 2018 Sri Pentas, TTDI 10am – 5pm 
      31 Mei 2018 NSTP, Bangsar 10am – 5pm  
      1 – 3 Jun 2018 SACC, Shah Alam 4pm – 10pm 
      4 – 5 Jun 2018 Avenue K, KL 10am – 5pm 
      6 – 8 Jun 2018 Kompleks Kerajaan, Putrajaya 10am – 5pm 
      9 – 10 Jun 2018 Pullman Lakseide, Putrajaya 4pm – 10pm



      Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi : 



      INSTAGRAM :


      Bye Guys!
      Selamat Membeli Belah di FOW!




      Meriah Buffet Ramadhan di KLCC 2018 !



      MENGHIDUPKAN SEMANGAT RAMADAN PADA BULAN YANG MULIA!
      Kuala Lumpur Convention Centre Anjur Majlis Amal Berbuka Puasa Ke-11 Berturut-Turut untuk Kanak-Kanan Kurang Bernasib Baik dan Pesakit NKF serta Keluarga Mereka

      Alhamdulillah, Mar dapat turut serta dalam Majlis Amal Berbuka puasa di KLCC bersama dengan Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik & Pesakit NKF serta keluarga mereka. Best! Sangat meriah!Pusat Konvensyen meraikan seramai 94 kanak-kanak dari Living Hope dan Yayasan Generasi Gemilang (GG), serta 32 pesakit Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF)
      Sebagai permulaan, wakil-wakil Batik Guild, kakitangan Pusat Konvensyen dan rakan-rakan media mengetuai tetamu VIP kecil dalam aktiviti melukis batik berwarna-warni bertema Hari Raya!  Selepas itu, mereka semua diraikan dengan jamuan pelbagai sajian makanan kegemaran ramai yang lazat, disediakan khas oleh kumpulan chef Pusat Konvensyen yang memenangi anugerah.
       Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor, berkata, “Kami sentiasa teruja untuk menganjurkan acara bermakna ini dan kami menantikannya setiap tahun. Kami terharu melihat dewan kami diselubungi kegembiraan dan keseronokan apabila kanak-kanak ini menyertai aktiviti dan menikmati juadah berbuka puasa yang kami sediakan. Kami berbangga kerana dapat menganjurkan majlis berbuka puasa kami buat kali ke-11 berturut-turut dan kami percaya kerjasama kami dengan Living Hope, Yayasan Generasi Gemilang and Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF) Malaysia akan berterusan untuk selama bertahun-tahun yang akan datang.”

      ANTARA MENU BUFFET RAMADHAN DI KLCC
      Menu yang disediakan sangat membuka selera Mar taw, semuanya sedap ! 











      Pengasas dan Pengerusi Living Hope, Dr Peggy Wong, berkata, Pusat Konvensyen benar-benar telah berusaha setiap tahun untuk membawa kegembiraan dan mengukir senyuman di wajah kanak-kanak ini dengan aktiviti mereka yang kreatif dan menyeronokkan. Kami terharu melihat sebuah organisasi seperti Pusat Konvensyen menghidupkan semangat Ramadan dan berkongsi kegembiraan musim perayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kanak-kanak ini seronok dapat datang ke Pusat Konvensyen untuk berbuka puasa, terutama mereka yang pertama kali mendapat peluang berbuka puasa di luar rumah mereka.”

       Pengasas GG, Encik Daniel Tan, berkata, “Aktiviti Pusat Konvensyen yang menyeronokkan dan sajian makanan yang lazat sentiasa dinantikan oleh kanak-kanak ini. Lebih penting lagi, mereka diberi peluang untuk mengalami budaya berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam, menyemaikan nilai saling menghormati dan memahami sejak kecil.”



      Alhamdulillah, Mar pun turut gembira bila tengok adik adik yang datang ke majlis ni nampak enjoy & gembira sangat, lebih lebih lagi bila dapat menikmati menu IFTAR lazat yang disediakan oleh KLCC ni. Harap tahun depan boleh meraikan mereka lagi. 
      Untuk semua maklumat lanjut , 
      sila layari:
       www.klccconventioncentre.com 

      *Living Hope ialah pertubuhan kebajikan dengan misi untuk memberikan makanan dan pendidikan, dan bertindak sebagai pusat sumber pendidikan untuk kanak-kanak dari keluarga miskin tegar di seluruh negara.

      *Yayasan Kebajikan Generasi Gemilang (GG) ditubuhkan dengan visi yang berilhamkan Kesungguhan untuk melahirkan generasi akan datang yang boleh dicontohi dan membina keluarga yang lebih kukuh. GG berusaha menambah baik kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang kurang diberi perkhidmatan dengan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Mereka terdiri daripada kanak-kanak dan keluarga dari masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah di bandar, institusi dan sekolah yang terabai dan kurang diberi perkhidmatan. Ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah, GG berpangkalan di Lembah Klang dan mengendalikan perkhidmatan di seluruh Malaysia. 

      *NKF idalah pertubuhan amal tidak mencari untung yang membuka pusat dialisis pertamanya di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur pada 1993. Lama-kelamaan, NKF telah membesar dengan sokongan banyak pihak. NKF telah meluaskan peranannya daripada pembekal rawatan dialisis semata-mata untuk menjadi pusat sumber setempat bagi hal-ehwal yang berkaitan buah pinggang.                                                                                   





      Butik Haqqi di Bangi Sentral Meriah Serta Murah!

      Assalamualaikum Ramadhan :)
      Hai pembaca blog Mar yang setia! Siapa yang mengikuti perkembangan blog Mar, Mar ada berkongsi platform fesyen yang Mar suka tahun lepas adalah Haqqi.Com.My. Kalau korang nak tahu 
       HAQQI merupakan pusat sehenti yang mempamer, menjual dan menawarkan barangan kelengkapan Haji & Umrah serta fesyen patuh syariah taw. 

       Sekarang ni HAQQI dah ada 4 cawangan taw, antaranya adalah HQ di SHAH ALAM, BANGI SENTRAL, TTDI & TERENGGANU. So tahun ni Mar sempat pergi shopping kelengkapan ramadhan di Bangi Sentral. So yeah nak tahu tak Mar shopping apa kat sini? hhe
       Kat sini ada pelbagai kelengkapan haji & umrah antaranya telekung, kurta, jubah, beg haji umrah, sarung lengan, niqab, kasut, alquran, dan banyak lagi.





      BAJU RAYA DI HAQQI
      Kat sini juga menjual fesyen baju raya patuh syariah, kalau korang ingat baju raya tahun lepas, Mar beli dekat HAQQI taw jenama Zareeth Zehra, kat sini terdapat pelbagai jenama yang terkenal antaranya, EL by Elfira Loy, Izzuexlusive, Al Mukarramah, An najwa, elhajj dan banyak lagi. 

      KOSMETIK UMRAH HAJI
      Jangan risau kat sini barangan umrah & haji memang lengkap, ada juga kosmetik untuk umrah haji taw, so lepas ni senanglah untuk ayah ibu kita yang nak menunaikan haji datang je beli belah dekat HAQQI semua ada taw taw ! 

       Aha, Kawan Mar sempat shopping baju raya dekat HAQQI ni, Mar shopping apa pulak? hehe
      Alhamdulillah, Sangat cantik & selesa, Mar shopping TELEKUNG untuk ramadhan lah awak! kalau raya nak baju baru, ramadhan mestilah nak tarawih nak ada telekung baru juga tawww baru lah semangat sikit heheh. 

      PORTAL BELI BELAH 
      Korang juga boleh layari haqqi.com.my untuk membeli belah keperluan ibadah dan fesyen kegemaran korang taw! Jika ingin melihat sendiri koleksi pilihan terbaik, korang boleh kunjungi butik fizikal di alamat berikut:

      Butik Haqqi Bangi Sentral,
      8-23-01, JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 7A, BANGI SENTRAL, 
      43650, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

      Ikuti perkembangan Haqqi di Media Sosial:



           XOXO

      Puas Puas Puasa dengan California Raisins


      Hi Assalamualaikum semua. Baru baru ini Mar sempat menghadiri satu event Puas Puas Puasa bersama dengan California Raisins. First time Mar try kismis california taw! Mula mula Mar rasa cam tak nak datangg event ni tawwww nak tahu tak sebab apa? hhe kena baca sampai habis. 
      KISMIS CALIFORNIA
      Korang mesti tahu kismis banyak sangat khasiatnya, Ia sangat membantu untuk memberi kita semua tenaga pada bulan puasa ni lebih lebih lagi bila kita mempunya jadual yang agak padat. Untuk you guys yang mementingkan kesihatan, kismis adalah makanan yang kurang gula taw, jadi tak perlu risau untuk mengambil kismis dalam kuantiti yang banyak. Kismis juga mempunyai nutrient serta vitamin untuk tubuh badan kita.
      Kat event ni turut ada demo masakan oleh Chef taw, dan mereka ajar menu yang boleh masukkan kismis. First time Mar tahu banyak menu yang kita boleh masukkan kismis sebenarnya! Its so wow kan! Menu kat bawah ni semuanya ada kismis. Lepas ni boleh Mar buat kat rumah pulak. hhe
      SPAGHETI TOMYAM PES WITH RAISIN


      Ahaaa! Ini sebab why Mar rasa tak nak datang sebab tak reti nak deco cupcakeeeeeT_T alaaa hahaha. Tapi akhirnya datang juga untuk join contest ni kat sini . Yang paling best sebab kena deco dengan kismis taw! . 
      Akhirnyaaa tak sangka Mar one of winner untuk deco ni. Hehhe taksangka taw. hhu . Cupcake Mar yang ke tiga! LAWA TAK? hhe simple but nice . Alhamdulillah . Suka sangat! hhe
      Thankyou California Raisins! Mar dah amalkan makan kismis taw untuk bulan puasa ni. 
      Memang sangat bertenaga walaupun bersahur hanya dengan kismis & air masak. 

      Korang pun boleh dapatkan kismis california ni & amalkan makanan yang berkhasiat taw.
      Happy Ramadhan & Selamat Beribadah taw .

      Bye 
      xoxo



      Tips Penjagaan Rambut Bayi - Hairaa Hair Kit

      TIPS PENJAGAAN RAMBUT BAYI :
      Setiap mommies kat luar sana semestinya nak menjaga rambut bayi dengan sempurna kan? Rambut bayi yang baru lahir berbeza, ada yang nipis, tebal, panjang serta ada yang belum tumbuh dan lambat tumbuh. Jadi macam mana nak menjaga rambut bayi supaya terjaga rapi?

      1) Pemilihan jenis sikat
      Rambut bayi sangat nipis, jadi para ibu sebaiknya memilih sikat jarak yang jarang, jenis sikat seperti ini mudah untuk sikat & mengurai rambut bayi yang kusut. Jika pilih sikat yang agak rapat ianya akan buatkan rambut bayi mudah gugur serta kerosakan pada rambutnya.  Ibu ibu juga boleh gunakan berus lembut atau tuala lembut untuk keringkan rambut bayi dengan menekap perlahan lahan. 

      2)Pemilihan syampu untuk rambut bayi
      Memilih syampu bayi juga haruslah yang sesuai dan khusus untuk bayi. Elakkan dari menggunakan syampu yang anda gunakan. Bahan syampu orang dewasa dengan bayi tentunya jauh berbeza. Pilihlah jenis syampu yang lembut dan juga tidak memedihkan mata. 2 hingga 3 kali mencuci setiap minggu sudah cukup untuk rawatan rambut bayi anda.
      3)Minyak rambut yang terbaik
      Jika anda perasan ada kesan kelumumur pada rambut bayi pastikan bersihkan dengan kerap. Elakkan penggunaan bahan kimia yang mungkin menyebabkan bayi anda sensitif hingga menyebabkan kerengsaan dan kegatalan. Kerap menggaru juga boleh menyebabkan rambut gugur. Jadi para ibu mestilah menggunakan minyak rambut yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering dan gatal pada kepala bayi. Seelok-eloknya gunakan minyak rambut yang berasaskan minyak zaitun, minyak kelapa dara, atau minyak ‘almond’. Guna dalam kuantiti sedikit dahulu untuk memastikan bayi tidak mengalami alahan.
      4) Jangan ikat rambut bayi dengan ketat
      Biasanya bila dapat anak perempuan, ibu ibu kat luar sana sangat teruja untuk buatkan stail dandanan rambut, tentulah sangat comel tapi jangan sesekali pakaikan aksesori rambut atau kepala yang terlalu ketat sebab ia akan mengganggu peredaran darah dan merencatkan pertumbuhan rambut buat si kecil.
      Ouch hensemnya!
      Siapa taknak anak kecil hensem & cantik kan? 
      Yang penting rambut pun memainkan peranan kan? 
      ______________________________________________
      Okay sekarang Mar nak berkongsi kat semua mommies kat luar sana tentang produk rambut yang sangat best untuk anak anak anda taw. Best sebab Mar dah try, bau dia wangi sangat. Eh! mestilah Mar suka try produk bayi taw, Tahu tak, Orang yang sentiasa amalkan produk baby ni akan sentiasa comel taw hhe. Siapa setuju dengan fakta yang Mar bagi ni? Haha. Baru baru ni pun viral rahsia beberapa orang model kekal cantik adalah hanya dengan mengamalkan produk baby taw taw . hhiks. 
      Eh Mar nak cerita kelebihan Produk bayi HAIRAA HAIR KIT untuk anak anak anda semua.
       Jom Baca!
      HAIRAA HAIR KIT
      Wangi , Selamat & Berkesan!
      KELEBIHAN HAIRAA HAIR KIT :
      -Ianya untuk menyihatkan rambut bayi .
      -Mempercepatkan pertumbuhan rambut dengan lebat.
      -Melembabkan & menguatkan rambut bayi
      -Mengelakkan kulit kepala bayi daripada kering

      CARA GUNA :
      Gunakan syampu Hairaa di rambut bayi yang dah basah dan gosok dengan perlahan lahan, bila dah sebati barulah basuh. Bila dah siap syampu keringkan rambut dengan tuala lembut biarkan ianya kering baru lah sapukan minyak rambut Hairaa pula. 


      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      HAIRAA BABY SHAMPOO
      Image may be NSFW.
      Clik here to view.
      HAIRAA BABY HAIR OIL
      Jika rambut bayi ada masalah seperti ini mesti merisaukan segelintir mommies kan? Rambut anak cukur bantal? Tumbuh tak sekata? Lambat panjang? . Boleh ambil Hairaa Hair Kit ni sahaja sebab bahan yang digunakan memang khas untuk masalah tersebut. Iaitu dari minyak kelapa. Jika kita guna minyak kelapa terus baunya agak tak best kan, jadi Hairaa produk ni dah hasilkan dengan minyak kelapa dara yang wangi untuk mommies nak kiss rambut bayi dengan selesa hhe 
      Bila sapu Hairaa bukan setakat wangi, yang penting ianya selamat dan berkesan. 
      Rambut bayi sihat, mommies pun happy kan?heeee




      Jom jaga rambut bayi kita semua dengan sihat, Jadi kepada mommies kat luar sana nak 
      dapatkan boleh terus ke :
      INSTAGRAMHairaaHq 
      NO TELEFON : +6018-2776303

      check it out! xoxo

      Sista Stardust Minuman Botani Berkhasiat Untuk Kulit

      MINUMAN BOTANI
      Siapa kat sini pernah minum campuran minuman botani? Sedap kan? Mar pilih Minuman Botani sebab Mar percaya ianya sangat baik untuk kesihatan kulit muka & seluruh badan. Mestilah Mar pilih SISTA STARDUST perisa berries hhe. Penggemar berries sangat! hee
      Mar paling suka packaging dia so cantik & saiz yang besar. Bila dah siap packing satu satu macam ni sangat senang nak minum untuk hari hari, tak perlu guna sukatan sudu lagi . Dalam kotak ni ada 60 paket kesemuanya, jadi ianya untuk 2 bulan. Suka lah macam jimat pun ada hhe! 60 paket x 10 gram.
      Korang mesti nak tahu kelebihan SISTA STARDUST ni kan? 🍹 

      KELEBIHAN SISTA STARDUST ADALAH : 

      •Mencerahkan & memutihkan kulit seluruh badan. 

      •Membantu Mengurangkan jerawat & jeragat
      •Membaiki tona kulit wajah yg tak sekata
      •Menghalang pembentukan black head & white head 
      •Mengatasi masalah kulit yang berminyak 
      Mengatasi masalah liang pori terbuka
      Menjadikan kulit muka lebih lembab
      Sesuai untuk masalah kulit yang sensitif
      •Menyihatkan kesihatan mata kita taw.
      P/S :Sesuai untuk yang ada alahan makanan laut.

      BAHAN BAHAN :
      Fruktosa, Serbuk Jus Oren, Maltodekstrin, Asid Citrid, Gum Acacia, Trikalsium Fosfat, Perisa Strawberi, Ekstrak Buah Camu-Camu, Pewarna Strawberi, Ekstrak Biji Anggur, Serbuk Jus Campuran Buah Beri (Buah Beri, Strawberi, Rasberi, Anggur, Kranberi, Plum), Omega 3 
      (Bunga Matahari), Serbuk Jus Acerola, Sodium Ascrobic ( VIT C), Ekstrak Kelopak Bunga Ros. 
      CARA CARA PENYEDIAANNYA:
      Masukkan 1paket SISTA STARDUST ke dalam 150ml air suam, kacau hingga larut/ goncang dahulu dan minum serta merta selepas penyediaan. Minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.  



      Perisa Berries ni sedap sangat taw tak. Tak leh move on minum ni hhe rasa masam masam manis . Jangan risau korang boleh pilih perisa lain dengan SISTA STARDUST taw .  

      PEMAKANAN YANG DICADANGKAN :
      1paket Sehari, Sebelum Tidur. 
      Kacau sehingga larut sebelum minum. 
       Nak kulit licin Mar suggest ambil la produk minuman botani iaitu minuman berkhasiat & utk kesihatan. Dapatkan SISTA STARDUST sekarang  dan untuk maklumat lanjut di : 

      FACEBOOK SISTA STARDUST
      TELEFON : 601116110369

      Jom kulit sihat & cantik sama sama taw! 
      xoxo

      Pertama Kali Jejak Stadium Bola Sepak Johor

      Finally! Jejak juga ke Stadium Johor ni, biasanya selalu tengok bola sepak dalam TV yang selalu diadakan di Stadium Johor  sebagai tuan rumah kan, so sekarang ni Mar jejak sendiri ke Stadium besar ni. hehe Super duper excited la. 
      STADIUM TAN SRI DATO' HAJI HASSAN YUNOS @ STADIUM LARKIN
       Bila sampai je sangat teruja bila tengok warna stadium ni , hehe Mar suka sebab warna dia cantik biru & merah ni  menyerlah sangat seakan naikkan semangat Mar untuk masuk tengok kat dalam stadium ni. Kalau pemain bola sepak mesti lagi semangat nak main bola bila ada stadium cantik ni kan? hhiks 
      Eh, macam sama je outfit Mar dengan stadium? HAHA



      Bila masuk je, Wahhhh! Besarnya stadium ni. Stadium ni sangat terjaga rapi taw, ada tempat tempat yang kitorang tak boleh masuk contohnya kawasan tempat duduk penonton. Mar pun tak pasti kenapa, mungkin sebab nak jaga kebersihan stadium kot, hhu. Tapi stadium ni memang tersangat bersih, takde satu pun sampah bila Mar berjalan dalam stadium ni taw.

      Bila datang ke Stadium ni, Mar teruja nak tahu tentang sejarah penubuhan stadium ni sendiri . 

      SEJARAH STADIUM
      Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dikenali sebagai Stadium Larkin.
      Stadium ini pada mulanya dibina dengan kapasiti 10,000 tempat duduk apabila ia mula digunakan pada tahun 1968. Sepanjang 1966 hingga 1973 beberapa kerja menaik taraf telah dilakukan.
      Diuruskan dan dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp), stadium ini menjalani beberapa kerja-kerja pengubahsuaian dan juga naik taraf sejak tahun 1991.
      Sebanyak RM50 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf stadium ini pada tahun 1991, ia telah meningkat dan kini mencecah kapasiti sebanyak 30,000. Wow teruja tak?

      Stadium ini pernah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan sama ada di peringkat tempatan, negara mahupun antarabangsa, antaranya ialah Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 1968, SUKMA 1992 dan Piala Dunia Belia FIFA 1997. Pada 25 Feb 1973, stadium ini buat pertama kalinya digunakan untuk perlawanan bolasepak Piala Malaysia zon Selatan. Ia juga merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukanJohor Darul Takzim (JDT) . hhu siapa tak kenal pasukan bola yang agak hot jugak ni kat Malaysia hhe. 

      Apabila Tunku Mahkota Johor menjadi presiden Johor FA, perkara pertama yang baginda lakukan adalah untuk memberikan tranformasi kepada bola sepak Johor bermula dengan namanya.
      "Saya ingin mengumumkan kepada rakyat Johor yang saya telah mengambil alih Persatuan Bolasepak Johor sebagai presiden. Matlamat saya adalah untuk menghentikan perlibatan politik dalam sukan ini dan mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Johor demi rakyat ini."
      Baginda berjanji untuk membawa bola sepak Johor kembali ke zaman kegemilangan di era 80-an apabila stadium penuh sesak dengan kehadiran peminat. Bermula dari itu, baginda menggesa peminat untuk keluar dan memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri.
      Baginda juga turut sama menyaksikan hampir setiap perlawanan pasukan ini beraksi bukan dari bilik VIP, seperti tamu terhormat yang lain, tetapi dari bangku simpanan bersama pengurus, jurulatih dan pemain gantian yang lain.
      Selain lampu limpah, kerusi stadium juga telah diganti dan kemudahan bertambah baik termasuk tandas. Satu tambahan yang menarik di stadium ini adalah set bangku pemain simpanan yang pertama seperti ini di Malaysia. Bangku dipasang dengan baket yang diimport seperti yang digunakan dalam Liga Perdana Inggeris.

      Untuk Liga Super 2013, Johor Darul Takzim menjadi tuan rumah kepada Perak pada 11 Januari 2013 di Stadium Larkin. Meskipun permainan berkesudahan Johor Darul Takzim menang cuma 1-0, suasana stadium yang penuh sesak dengan kehadiran lebih 30,000 peminat ke stadium dengan diwarnai bendera 

      Pada 18 Januari 2013, pasukan Johor Darul Takzim menjadi tuan rumah kepada Angkatan Tentera Malaysia, keputusan seri dicatatkan iaitu 2-2.
      Kali ini, penyokong mendapat bonus, apabila Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mencemar duli ke stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
      Kali ini penyokong bola sepak Johor menjadi sedikit senyap berbanding perlawanan sebelum ini. Ini adalah adab Rakyat Johor yang sentiasa memaparkan rasa hormat yang tinggi kepada raja-raja dan pemimpin mereka.

      So sekarang ni, Mar nak tunggu masuk padang atau nak tunggu pemain bola JDT agak agak? hehe. 
      Btw, memang best masuk stadium ni sebab ianya sangat besar & cantik. Jadi sesiapa yang explore Johor tu bolehla berkunjung ke Stadium Johor ni jugak. 

      XOXO

      Grand Opening New Store NYX COSMETICS Klcc, Kuala Lumpur

      Holla Guys! Korang tahu tak NYX kini dah ada di KLCC taw. Mar berkesempatan ke New Opening store dekat KLCC baru baru ini. Sangat meriah & sangat murah! OMG rambang mata !

      Wuhuuu! Tengok apa yang Mar dapat dekat NYX! 






      Ramai sangat yang datang serbu NYX ketika pembukaan, sebab memang banyak sangat promosi . Yes! Memang rugi awak yang tak datang hhu. Mar ni sampai tak tahu nak ambil apa sebab semuanya murah taw . hhe

      MEET & GREET WITH LILY MAYMAC

      Sempena pembukaan NYX di KLCC, ada penampilan istimewa iaitu LILY MAYMAC , Australian youtuber yang sangat terkenal di Instagram. Wahh taksangka gila dapat jumpa dia depan depan, ingat Mar lagi kurus rupa rupanya dia lagi kurus. Cantikk comel je orangnya! Ada sesi demo makeup oleh make up artis Malaysia untuk Lily taw! Bila dia menggunakan semua NYX Cosmetics  memang sangat menyerlah that's why Mar suka gila brand NYX ni taw. 

      Mar dapat make up box NYX COSMETICS PINK & Make up favourite Mar. Thankyou NYX, Memang suka gila, Mar percaya semua perempuan kat luar sana teringin make up box ni kan. So cantik! 
      Untuk info yang lebih lanjut korang boleh follow :

      Stay Pretty with NYX guys!
      Bye xoxo


      Jom Menangi Pakej Umrah Sempena Kempen Skim Thohir 2018


      Assalamualaikum .
      Awak semua dah bayar zakat pendapatan? Sekarang ni banyak sangat kemudahan kan. Mar baru je balik dari PUSAT PUNGUTAN ZAKAT -MAIWP (PPZ-MAIWP) untuk faham dengan lebih lagi tentang kemudahan untuk pembayaran zakat pendapatan. 



       Kalau korang nak tahu PPZ-MAIWP telah memberi kemudahan kepada kita semua untuk buat pembayaran zakat melalui Potongan Gaji Zakat ( Skim Thohir 2018) taw . 

      SKIM THOHIRmerupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapat untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat dengan saluran potongan gaji.
      Melalui SKIM THOHIR ni , kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh & menjimatkan masa untuk mendapatkan keberkatan di sisi Allah SWT.  Dengan kutipan zakat ini ia membantu lebih banyak golongan asnaf . 

      Mar percaya , setiap dari rezeki yang kita perolehi ada juga rezeki orang lain, bila kita memberi inshaAllah lagi banyak yang kita perolehi dalam kehidupan kita contohnya, hati tenang( kebahagian), dapat rezeki yang tak disangka sangka & banyak lagi .

      KENAPA POTONGAN GAJI?
      -Senang Berzakat
      -Tidak tertangguh dan menjimatkan masa
      -Rebat Bulanan atas potongan Cukai berjadual (PCB)
      -Belanja tunai terancang
      -Pendapatan berkat & hati jadi tenang

      MACAM MANA ?
              Korang boleh rujuk Jadual Skim Thohir, manakala isi borang kebenaran potongan zakat PPZ 052(SKIM THOHIR) & serahkan borang kepada majikan ( Bahagian Gaji) atau layari portal PPZ ( Menu Bayar Zakat) . P/S: Bagi anggota tentera perlulah lengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Zakat PPZ 052 ATM (Skim Thohir) & serahkan kepada PPZ.

       PELANCARAN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT 
      ( SKIM THOHIR) 2018



      Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff  di PPZ pagi tadi. 

      JOM SERTAI KEMPEN SKIM THOHIR!
      Korang jangan lupa rebut peluang ni okay, sambil korang berzakat korang juga boleh sertai peraduan Kempen Skim Thohir untuk memenangi 10 hadiah percutian menarik termasuklah pakej menunaikan umrah - Tajaan  FIVE ESTEC TRAVEL SERVICES SDN BHD yang bernilai RM28000. Para  pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu karnival Zakat pada bulan November akan datang . Wahh bestnyaaaaa! Nak sangat pergi umrah T_T 

      CARA PENYERTAAN KEMPEN:

      PORTAL PPZ 
      -Isi borang Skim Thohir secara online di www.zakat.com.my 
      atau
      MAJIKAN
      Hantar borang Skim Thohir ke majikan anda & emelkan salinan borang ke skimthohir@zakat.com.my
      atau
      KAUNTER PPZ
      -Isi borang Skim Thohir di 11 kaunter PPZ
      atau
      KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ
      -Isi borang Skim Thohir
      atau
      TALIAN ZAKAT
      -Hubungi 1300 88 5757


      SYARAT & CARA PENYERTAAN KEMPEN : 
      -Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
      + 11Kaunter PPZ-MAIWP
      +Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
      +Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
      +Majikan di syarikat atau organisasi
      +TALIAN ZAKAT – 1300 88 5757

      CARA MENGIRA POTONGAN ZAKAT :
      Cara untuk mengira potongan zakat pada setiap bulan , korang boleh ke :
      -Portal PPZ_MAIWP, www.zakat.com.my
      -Berkunjung ke 11 Kaunter zakat PPZ-MAIWP
      -Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
      -Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP


      Jadi kita semua sebagai umat islam  yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji, jom kita kembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar kehidupan & rezeki kita lagi berkat di sisi Allah . Insha Allah, Ameen . 

      UNTUK TAHU DENGAN LEBIH LANJUT BOLEH FOLLOW :

      YOUTUBEPPZTV

      “PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

      Coway Run 2018 Kembali Lagi !


      Hey Korang! Bestnyaa larian COWAY 2018 kembali lagi taw! Dengan bertemakan "Beat The Heat" pada tahun ini COWAY membuka peluang untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat & elemen yang lebih 'cool'! .  Paling best projek larian ni menyokong projek CSR COWAY "Happy Water Project" , yang mana projek ini membekalkan bekalan air  bersih untuk komuniti yang terlibat. 


      Acara larian COWAY 2018 kali ini akan disertai oleh Model Fitness Malaysia taw iaitu Jordan Yeoh, wahhh bestnyaaa! So jom kaki marathon kat luar sana kita sama sama turut serta dalam larian kali ni. Mar dah daftar taw! ianya akan berlangsung di :

      GATE2, MAEPS MARDI SERDANG 
      SERI KEMBANGAN, 
      SELANGOR 


      Sesi perkongsian bersama Mr James Park (Guest of Hanour & Director of Global Business Division, Coway Korea, HQ), Mr Kyle Choi Ri Yong (Managing Director, Coway Malaysia) dan Mr Ryan Jung Tae Seung (Head od Division - Communication Division of Coway Malasyia).

      Kat pelancaran tersebut, Mar dapat tonton video klip acara Larian COWAY tahun lepas yang telah sukses dijalankan. Ramai sangat join & meriah ! Okay tasabar ! hehe

      Jangan risau guys! kat sana ada pelbagai kategori dipertandingan dengan hadiah yang sangat lumayan. Antara kategori COWAY RUN 2018 adalah: 

      -5KM FUN RUN 
      16 YEARS OLD & ABOVE 
      -1OKM CATEGORIES
      -INTERNATIONAL MEN'S & WOMEN OPEN-16 YEARS OLD & ABOVE
      -MEN'S & WOMEN'S VETEREN 40 YEARS OLD & ABOVE
      -MEN'S & WOMEN'S OPEN -16-39 YEARS OLD
      KIDS OBSCTACLE RUN






      HARGA TIKET:
      Harga Tiket boleh rujuk pada jadual di atas, Promosi yuran yang sangat murah kan? Dengan setiap pembayaran yuran anda semua, sejumlah RM10 akan didermakan kepada 'Happy Water Project' taw . So sangat berbaloi kalau join nanti .





      UNTUK INFO LANJUT & UNTUK PENDAFTARAN  
      LARIAN COWAY 2018
       korang boleh klik di 
      Website :

      Jumpa korang kat sana okay!!
      xoxo


      FSJ Loafers Shoes Perfect Design For Women


      Hello guys!, last week i was involved in one fashion show. The important thing in my life as catwalk model is i must to make sure my high heel is perfect & best to catwalk. So before show, i must to try all my high heel in wardrobe, its still okay or not . Why? because i am worried if my high heel is damaged or not strong enough. HAHA by the way , i just find one website to buy high heel, wedges and my favourite shoes! I am very sure FSJshoes is high quality!
      _________________________________
      Yeah, if i go out or hangout with friend i just wear any flat shoes or sport shoes, if i have an event i want to wear like loafer shoes, loafer shoes makes me look so profesional! So this website have more perfect loafers ! From colour, size, design makes me want all loafers shoes ! 

      So Now, i want to show you guys my favourite loafers:

      LOAFERS FOR WOMEN
      we can't close this website! 
       Loafers for women so perfect, more colour  with beautiful design . I believe you can like it too.




      BLACK LOAFERS FOR WOMEN
      Okay now i want to show you guys, may favourite black loafers! 

      1)Black Almond Toe Patent Leather Loafers for Women with Knit

      (2) Black Patent Leather Square Toe Vintage Platform Loafers for Women



      (3)Black Suede Square Toe Vintage Flat Loafers for Women US Size 3-15


      RED LOAFERS FOR WOMEN
      then this is my favourite red loafers guys! OMG, so sexy!

      (1)Burgundy Patent Leather Block Heel Square Toe Heeled Loafers for Women


      (2) Red Pointy Toe Low Heel Loafers for Women US Size 3-15


      (3)Burgundy Patent Leather Platform Stiletto Heeled Loafers for Women


      Check it out this website guys! Everyday i want to open this T_T, i don't know why . Maybe because of their shoes so perfect fit. Very comfortable. Great quality.  haha
      we can reward our self every month with buy perfect loafers in this FSJ website :)



      Perfect Shoes Website For All.
      Bye! xoxo


      Hospital Swasta Terbaik di Kuala Lumpur- KPJ Tawakkal

      Baru baru ni Mar ke KPJ Tawakkal yang terletak di Jalan Pahang, hospital ni dekat dengan rumah Mar di Kuala Lumpur jadi mar decide untuk ke KPJ Tawakkal untuk dapatkan rawatan. Kenapa Mar pilih KPJ Tawakkal? Jom baca lagi. 
      Mar rasa hospital ni terdapat perbezaan dengan hospital lain, lebih lebih lagi hospital kerajaan. Sorry terpaksa mention juga sebab Mar banyak pengalaman yang tak best kat sana. Okay sekarang Mar nak cerita kenapa Mar suka sangat KPJ Tawakkal sebab hospital nisangat memberi pengalaman terbaik kepada pesakit, yang mana bila Mar ke sana Mar dapat lihat betapaprihatinnya mereka untuk memberi pertolongan. Bila masuk je ke kaunter mereka terus lemparkan senyuman dan akan bantu & bawa kita untuk dapatkan rawatan. Sesiapa yang pernah ke KPJ mesti tahu servis KPJ seakan hotel. hhe

      Pada hari tersebut, Mar pergi untuk dapatkan suntikan vaksin. Staf mereka terus tunjukkan tempat untuk suntikan tersebut. Mar ke kaunter dan diberi penerangan tentang kepentingan vaksin, bila banyak bertanya pun mereka layan je Mar, mereka tak kisah pun untuk melayan patient sebaik mungkin . Kat situ, Mar percaya level of care mereka sangatlah tinggitak kira masa dan tempat. Bila dah siap isi borang Mar terus masuk bilik untuk suntikkan, tak sampai 5minit dah siap! hhe . Jadi sesiapa yang nak datang untuk dapatkan suntikan vaksin jangan risau tak ambil masa lama pun. 



      Bila berada kat sana, Mar ada lihat beberapa staff yang memakai baju oren dan ada tulis volunteer, teringin juga nak tahu tu volunteer untuk apa. Ada staff kat sana terangkan yang mana kat KPJ Tawakkal memang mempunyaiskuad volunteer yang akan memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang datang ke KPJ. Wahhh bagus sangat kan, sebab Mar tak pernah jumpa lagi hospital yang ada skuad volunteer kat hospital . Goodjob KPJ TAWAKKAL! 

      Kalau orang cakap, mestilah layan sebaik mungkin sebab pesakit bayar mahal, bagi Mar tak semua hospital swasta layan sebaik mungkin. Tapi mungkin kat KPJ Tawakkal harga sama dengan hospital swasta lain tapi Mar percaya layanan mereka sangat different, mereka sangat jaga kualiti gaya perawatan mereka . 

      Kat KPJ Tawakkal Mar ada tengok beberapa orang warganegara lain datang untuk dapatkan rawatan, Mar percaya kat KPJ Tawakkal beri keistimewaan kepada semua golongan termasuk pelancongyang datang kat Malaysia lebih lebih lagi KPJ Tawakkal berada di Kuala Lumpur. Staff mereka pun ada bagitahu yang mana mereka ada team yang akan bawa ke mana sahaja patient nak pergi, contohnya shopping atau jalan jalan. Wahhh syoklah patient kat sini. hehe cakap je nak pergi mana mereka akan bawa!. Bila lihat patient luar negara keluar masuk, Mar dapat rasakan journey yang mereka dapat kat KPJ Tawakkal buatkan mereka happy kat sini. Hospital pun boleh jadi simbolik budaya Malaysia kepada mereka. Siapa setuju dengan Mar angkat tangan? hehe Thank you KPJ Tawakkal kerana melaksanakan Medical  Tourism di Hospital Pakar ini. 


      Baru baru ni ada pelancaran penjenamaan hashtag baru KPJ Tawakkal iaitu #TAWAKKALKANADA 
      oleh YBhg. Dato' Mohamad Farid Salim, Pengarah Eksekutif KPJ TAWAKKAL.  Memang sesuai sangat dengan tagline baru KPJ ni. Sangat sangat ada di saat memerlukan. hhe. Penjenamaa ini bagi mengukuhkan  lagi jalinan pihak Hospital  Pakar KPJ Tawkkal dengan pelbagai pihak termasuklah pelanggan di Malaysia dan antarabangsa. 


      Da siap buat rawatan, cepat & layanan yang cukup baik :)
      Thankyou KPJ TAWAKKAL !

      KPJ TAWAKKAL SPECIALIST HOSPITAL
      1, Jalan Pahang Barat,
      53000 Kuala Lumpur.

      TEL: 603 4026 7777 FAX: 603 4023 8063
      EMERGENCY : 603 4026 7777 
      EMAIL: tawakal@tawakal.kpjhealth.com.my

      SOCIAL MEDIA
      FACEBOOK: KPJ Tawakkal Specialist Hospital
      INSTAGRAM: kpj_tawakkal



      Beli Untuk Baby TAPI Seluruh Keluarga Boleh Guna? Wah Bestlah!



      MANDIAN BEST UNTUK BABY & SELURUH KELUARGA ASIANIC KIDS

      Okay guys! Baru baru ni Mar ke KLGATEWAY untuk cari barang sikit. Bila tengah jalan Mar jumpa satu booth produk yang Mar suka pakai, boleh katakan dah jadi produk mandian wajib Mar kat rumah laaa sampai sekarang.
      Siapa yang selalu ikut media sosial Mar @puterymemory mesti tahu produk apa yang Mar selalu pakai. Yes, from scrub, syampoo & mandian, semuanya ASIANIC .

      Jadi bila nampak booth ASIANIC mestilah nak terjah kan nak tahu apa yang best kat sana. Baru tahu yang mana ASIANIC dah keluarkan ASIANIC KIDS untuk baby pula taw! Wahh, best best. Tahu tak kenapa best? Sebab ASIANIC KIDS ni boleh digunakan untuk satu keluarga, so beli je ASIANIC KIDS untuk baby tapi seluruh family boleh pakai juga. Woot woot mestilah jimat! Ahaks!

      Agak agak Mar beli tak? Hey mestilah beli sebab Mar memang pakai produk baby, kan wanita cantik kat luar sana semua pakai produk baby untuk kekal cantik, so haruslah Mar pakai juga. hehe


      JOM mar cite why ASIANIC KIDS ni best! :

      Pertama sebab diperkayakan dengan daun lidah buaya & vitamin E,yang dapat melembapkan kulit dan merapikan rambut, manakala ASIANIC KIDS hadir dengan 4jenis haruman, MILK, PEACE dan dua lagi haruman bakal dikeluarkan tak lama lagi.  Bila ada haruman buah buahan ni kanak kanak lagi suka kan? So Mar pasti anak anak akan seronok untuk gunakan ASIANIC KIDS setiap kali mandi. Ibu bapa kat luar sana kena tahu juga bungkusan ASIANIC KIDS ni sangatlah menarik taw, ada kartun & warna warna khas yang comel . Boleh lah nak jadikan hadiah untuk anak anak kecil dengan mandian yang sangat comel ni kan? Hhe

      ASIANIC KIDS ( MILK) 
      ASIANIC KIDS (PEACH)

      Oh ya, jangan risau mandian ASIANIC KIDS ni bebas daripada SLES dan PARABEN taw. Yang pastinya ASIANIC adalah produk yang HALAL.

      Jadi sesiapa yang nak cuba juga koleksi penjagaan diri ni boleh didapati dekat semua pasar raya yang berhampiran dengan harga yang sangat murah taw, RM16.90 sahaja uolls! Kalau korang yang tak sempat nak keluar shopping boleh je buat pembelian secara online

      Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan tentang Produk Asianic, korang bolehlaa klik :

      FACEBOOK:ASIANIC HALAL
      INSTAGRAM: ASIANIC HALAL 

      Thanks reading! xoxo

      Cannis App launched in Malaysia!


      Congratulation to NIMPMOS Sdn Bhd , this company has officially launched CANNIS APP yesterday! It's aimed to create an integrated platform and promote progress and business development of social media application services .

      Group Vice Chairman Tan Sri Dato Sri Ong Tee Kiat successively introduced the group backgroud and APP future blueprint. The event garned thousands of attendees and was officiated by The Royal of Selangor, HRH Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.


      CANNIS APP has successively acquired several technology companies, including the internet, online games, mobile devices and big data analysis, as well as becoming a Google Partner. In addition to the APP's read speed, system security is enhanced.


      The CEO, Dato Azman Ching said, "Cannis is the world's first fans integration platformm. People no longer need to download multiple apps, as long as they own Cannis App, they can satisfy all the fans demand for all purposes."

      I love the 7 in 1 mobile app concept. With this app, I won,t need to rely on so many different mobile apps anymore . It have :


      • live broadcast

      • creative video
      • e-commerce
      • social media
      • discount for shopping
      • online games
      • online payment



      CANNIS APP emerged to create the most comprehensive social media applications, to create the most suitable ecological environment for enterprises and fans, and to allow users around the world to browse data in CANNIS APP. Leveraging the powerful strength of the global star team, the APP centralized core technology and market proven mature products with overwhelming advantages to invest 100% resources aiming towards vision and goals, as well as to create powerful APP in digital era.

      Thank you for creatingCANNIS! 


      For more information about this new apps, kindly visit their website : https://cannis.app/ . So guys! Go dowload now a new app that can change the world!


      INSTAGRAM : CannisApp 
      FACEBOOK : Cannis App 
      WEBSITE: https://cannis.app/ 

      Thanks reading!
      xoxo


      Tempat Wajib Singgah Bila Ke Kuala Selangor

      WAJIB SINGGAH SINI BILA KE KUALA SELANGOR
      Hai korang, kali ni Mar akan share korang tempat best kat Kuala Selangor yang korang wajib pergi! 

      (1)SKY MIRROR
      Sebelum ni Mar tengok je orang post gambar cantik cantik kat Sky Mirror ni, dan akhirnya Mar pergi jugak hehe. Sangat best dan rasa nak pergi lagi! Tak puas bergambar taw sebab Sky Mirror ni lawa sangat. Yes! Pergi sendiri baru lah tahu.
      Kalau korang nak tahu SKY MIRROW ni jarang berlaku, ia berlaku ikut musim juga dan tak semua tempat ada.

      Korang ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor, dan naik bot kat sana. Bersiap sedia taw sebab bot tu sangatlah laju hahha. Best taw naik bot laju ni, rasa macam nak cakap kata abang driver bot tu “Laju Lagi bang!” Hahaha 

      Bila sampai kat sana, abang bot tu yang akan guide korang untuk bergambar cantik macam mana & dia akan sediakan props, bila kat sana kalau korang pegang payung pegang kuat kuat taw sebab angin kuat, masa Mar pergi 3 payung props kitorang habis jahanam hahhaa. tapi memang best sangat bergambar kat sana sebab view dia sangat cantik!

      HARGA :
      DEWASA : RM80
      Malam Mar terus bertolak ke Fire Fly yang terletak di Kampung Kuantan, ni pun first time Mar nak tengok kelip kelip hehe. Oh ya guys! Kelip-Kelip dengan Kunang- Kunang yang selalu korang tengok tu lain taw, huhu. Kelip-kelip ni dia hanya akan singgah di pokok berembang je taw.

      Dan kalau nak kenal yang mana betina yang mana jantan adalah dari cahaya yang dikeluarkan, kalau kelip kelip jantan lagi terang dari kelip kelip betina. Haa gittew!.  Bila sampai kami kena naik sampan. Dalam sampan hanya 4 orang sahaja  & ada pendayung yang akan bawa untuk tengok kelip kelip. Bila sampai di pokok pokok tempat kelip kelip tengah bercahaya tidak boleh memasang mana mana lampu atau flash kamera sebab kelip kelip akan lari. Jadi kalau nak tangkap gambar memang kurang jelas. Sebab tu korang kena datang sendiri kat sini untuk tengok sendiri betapa cantiknyaaaaa cahaya yang dikeluarkan serentak oleh kelip kelip ni taw.

      (3)RAMADAS POTTERY @ LOCAL HANDICRAFT (TEMBIKAR)
      Keesokkan hari, Mar singgah tempat buat tembikar, rasa teruja juga sebab dah lama teringin nak belajar buat tembikar ni hihiks. Nampak macam susah tapi memang susah la korang. Eh TAPI TAPI, bila Mar buat sendiri menjadi la jugak. Hehe Tapi banyak kena belajar lagi untuk bentuk ukiran ukiran lain .
      (4)SASARAN ART (Galeri Seni)
      Okay lepas dah dapatkan buah tangan tembikar untuk Ibu, Mar ke tempat cantik untuk bergambar. Ramai yang tak tahu kan ada tempat cantik untuk tangkap gambar  kat Kole Selengor ni? Kat Sasaran Art ni korang boleh masuk je untuk tangkap gambar secara PERCUMA . Tarikan kat sini adalah korang boleh lihat pelbagai jenis bentuk/art yang dihasilkan oleh artist pelbagai negara. Kat bawah ni antara art yang sempat Mar snap. Sangat lawa!
      (6)BUKIT MALAWATI SIGHTSEEING
      Oh ya, kat Bukit Melawati memang terkenal kat Kuala Selangor kan? salah satu tempat sejarah yang wajib dikunjungi, bukan itu je taw, view dari bukit melawati ni pun sangat lawa dan bila ke sana korang juga boleh bagi makan monyet monyet yang sangat jinak. Oh ya, masa Mar pergi tak sempat nak berhenti kat tempat monyet tu sebab masa tak mengizinkan. Kalau korang nak pergi better pergi petang sikit baru lah monyet monyet tu ramai yang keluar taw. Wajib tangkap gambar dengan monkey tu okayy! sebab depa comel & jinak sangat! heeee
      (7) LOCAL MARKET PASIR PENAMBANG
      Datang Kuala Selangor wajib singgah beli belah kat sini sebelum berangkat pulang okay, kat sini boleh dapat bahulu panas dan semua jenis ikan kering, ikan pekasam dan banyak lagi. Mesti Mar beli ikan pekasam sebab kat KL susah nak dapat ikan pekasam. heee . Balik terus masak makan dengan nasi panas! ouch sedapnyaaaa.

      TEMPAT MAKAN BEST
      (1) RESTORAN DE CORAL SEAFOOD & IKAN BAKAR , PASIR PENAMBANG
      Oh ya, cakap pasal tempat makan best mula mula sampai di Kuala Selangor Mar food hunting kat restoran ni dulu taw, Restoran De coral ni agak terkenal dengan menu menu seafood yang sangat best & segar jadi mestilah Mar nak rasai sendiri. Korang patut try memang FRESH! Mar bagi 5/5 bintang untuk semua menu.


      (2)WARUNG IBU NASI AMBENG
      Sesiapa yang datang Kuala Selangor wajib datang try nasi ambeng okay? Nasi ambeng kan nasi putih bersama dengan mee goreng di gabungkan dengan kelapa dan lauk pauk, bila makan gaulkan semua tu, barulahh bangkit selera tu heheh. Sedap korang should try. Kalau makan dalam talam ramai ramai lagi best taw lagi berselera, Mar ingat lagi Mar pernah makan beramai ramai ketika masih belajar dulu. Oh ya, menu lain pun ada kat sini, menu lain pun sedap. Tak rugi datang dahla murah.



      So, next destinasi negeri mana pulak agak agak? rekemen kat Mar okies! Mar nak explore 1 Malaysia. My wishlist . Thank you 
      Tourism Selangor

      Thanks reading xoxo.
      Bye!

      IJM Land Half Marathon 2018 Builds Stronger Bonds With 9000 Participants


      IJM LAND HALF MARATHON 2018 BUILDS STRONGER BONDS WITH 9,000 PARTICIPANTS

      Hi Everyone!
      Last week i was joined  IJM Land Marathon in Seremban. This marathon is so great because  participants with full of energy! hehe . Before this, i am always joined marathon since secondary school. My target is i want to be a winner and have a great healthy lifestyle. For this year, i completed my run and be a finisher!



      A part from a brand new 5KM route for individuals aged 18 years and above, the marathon also included categories such as a 21KM Half Marathon for adults aged 18 years and above and 12KM route for both juniors aged 13-17 years and adults aged 18 years and above. This coveted run also announced the fastest men and woman of the race who will be in the running to receive the grand IJM Land Half Marathon Challenge Trophy will be accorded to the fastest man and woman who is able to win the title in their respective category for 3 consecutive years, with 2018 being its third year.








      All runner who have completed the race regardless of their category took home goodie bags along with a custom-made Finisher Medal and certificate. There were also lucrative lucky draw prizes worth more than RM50000 up for grabs, and runners who completed the 21KM race also received a custom-made Ultron Micro-dry Finisher Tee.





      IJM Land announced that their next IJM Land Half Marathon 2019 will be happening on 4 August 2019. So guys take note your calendar okay! hee i will join for next year! 

      For more information on IJM LAND HALF MARATHON 2018, You guys can visit :




      Viewing all 336 articles
      Browse latest View live